Followers

Tuesday, May 19, 2015

Guan Eng yakin Ahmad Awang tewas lawan Hadi Faiz Zainudin

 
lim-guan-eng_ahmad-awang_Hadi_600

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pasti mampu mempertahankan jawatan yang disandang sejak 13 tahun lalu berdasarkan sokongan kuat ahli Pas kepada Ahli Parlimen Marang itu.

KUALA LUMPUR: DAP yakin bekas Naib Presiden Pas, Ahmad Awang, akan kalah dalam perebutan jawatan Presiden Pas pada pemilihan parti itu pada Jun ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hampir pasti mampu mempertahankan jawatan yang disandang sejak 13 tahun lalu berdasarkan sokongan kuat ahli Pas kepada Ahli Parlimen Marang itu.

“Saya tak mahu campur dalam urusan Pas, tetapi bagi DAP, kami yakin Hadi akan menang. Cuma keadaan tidak akan berubah sepanjang apa yang DAP maklum,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen pada Selasa.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata demikian ketika ditanya peluang Ahmad Awang menentang Hadi untuk jawatan nombor satu dalam Pas.

‘Keikhlasan’ pengakuan Guang Eng itu boleh dipersoalkan kerana beliau dianggap menyokong kumpulan liberal untuk menjatuhkan kepimpinan kumpulan ulama dalam Pas yang diketuai Hadi.

Pemilihan Pas tahun ini dijangka mendapat perhatian ramai dengan pertembungan kumpulan ulama yang tidak digemari Pakatan Rakyat dengan kumpulan liberal.

Jawatan Presiden Pas menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Hadi dan Ahmad Awang manakala Timbalan Presiden antara Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.