Followers

Tuesday, May 19, 2015

Selepas Pas, DAP pula tolak Kabinet Bayangan FMT Reporters


Lim-Guan-Eng_team_600

DAP mengeluarkan Kabinet Bayangan sendiri kerana membantah Presiden Pas yang didakwanya sering membuat keputusan membelakangi pimpinan Pakatan Rakyat.

KUALA LUMPUR: DAP mengikut jejak Pas menolak Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat yang mahu diperkenalkan semula oleh Ketua Pembangkang yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, cadangan Kabinet Bayangan yang mewakili tiga parti PR tidak praktikal ekoran sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sukar bekerjasama dan sering membuat keputusan sendiri.

Guan Eng berkata, keputusan itu sebagai petunjuk DAP tidak mahu ada sebarang kaitan dengan Hadi yang bertegas mahu membentangkan hudud di Kelantan.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu bagaimanapun memberi jaminan DAP dan Pas akan tetap bersama melibatkan isu-isu yang memberi kebaikan kepada Pakatan Rakyat.

“Buat masa sekarang, tiada Kerajaan Bayangan Pakatan Rakyat. Yang ada Kabinet Bayangan DAP dan mungkin juga Kabinet Bayangan PKR dan Pas selepas ini,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Dalam senarai Kabinet Bayangan DAP itu tidak dinamakan porfolio Perdana Menteri dan nama Guan Eng, Lim Kit Siang serta pemimpin veteran DAP, Tan Seng Giaw dikecualikan.

Kabinet Bayangan DAP yang dikeluarkan Guan Eng itu melibatkan 18 portfolio iaitu,
  1. Mohd Ariff Sabri (Pertanian, Komoditi dan Luar Bandar)
  2. Sim Tong Him (Hal Ehwal Pengguna)
  3. Loke Siew Fook (Kebudayaan, Pelancongan dan Komunikasi).
  4. Zairil Khir Johari (Education, Sains dan Teknologi)
  5. Tan Kok Wai (Wilayah Persekutuan)
  6. Tony Pua (Kewangan dan Ekonomi)
  7. M Kulasegaran (Luar Negara dan Pertahanan)
  8. Ong Kian Ming (Kesihatan dan Alam Sekitar)
  9. Gobin Singh Deo ( Dalam Negeri dan Undang-undang)
  10. Ng Wei Aik (Perumahan)
  11. V Sivakumar (Sumber Manusia)
  12. Teresa Kok (Perdagangan Antarabangsa dan Industri)
  13. Nga Kor Ming (Kerajaan Tempatan dan Hal Ehwal Bandar)
  14. Jimmy Wong Sze Phin (Sabah)
  15. Chong Chieng Jen (Sarawak)
  16. Liew Chin Tong ( Pengangkutan dan Kerja Raya)
  17. Teo Nie Ching (Wanita dan Kebajikan)
  18. Teo Kok Seong (Belia dan Sukan)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.