Alhamdulihah saya baru selamat sampai di rumah dari Kota Bharu
yang bergabung dengan puluhan ribu rakyat jelata memberi penghormatan
terakhir kepada Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke
Rahmatulah malam semalam serta menghadiri majlis pengembumiannya pagi
tadi.
Sejak dari petang semalam, sebaik menerima berita kematian Allahyarham saya masih belum rehat sampailah ke saat ini.
Entah macam mana seluruh anggota semacam tidak tertakluk dengan rutin biasa lagi. Mata jadi tidak mengatuk, perut tidak lapar, tekak juga tidak merasa harus, manakala anggota langsung tidak merasa letih. Semua inderanafas menjadi terhala kepada berita sedih, kematian Tokguruku Nik Aziz sehingga mengalpakan apa sahaja hal-hal lain.
Malam tadi saya cuba membuat beberapa catatan bagi mengenang Allahyarham untuk dikongsi bersama penjengok blog ini. Tetapi tidak menjadi, fikiran terus bercelaru sebak mengunyah diri. Beberapa kali saya cuba mencatat tetapi fikiran buntu dan terganggu.
Apa lagi keadaan ditambah dengan "kalutkala" untuk mencari tikit kapal terbang atau pun mengambil keputusan untuk pulang dengan kereta. Tetapi memandangkan malam, jarak perjalanan jauh dan kebetulan isteri tidak dapat diajak untuk menjadi teman (kerana kurang sihat), terpaksa berusaha mendapatkan tikit kapal terbang.
Naisb baik ada rezeki, ada kekosongan (seat) membolehkan saya terbang
pada awal pagi. Sementara menanti untuk ke lapangan terbang saya mencuba
menyiapkan apa-apa catatan, tetapi ternyata kesebakan merampas kekuatan
dan dayafikir saya untuk menulis. Saya melewati jam-jam berlalu sebelum
ke lapangan dengan membelek-belek dan membuka beratus folder gambar
untuk mencari gambar wajah Tokguru ataupun gambar yang sempat saya rakam
bersamanya untuk direnung sepuasnya.
Penerbangan dengan Firefly jam 8:15 pagi, tetapi saya sudah
berada di lapangan jam 5:20 pagi. Terasa hari begitu lama untuk
berganjak dan menteri juga seakan malu dan malas untuk keluar dari
jerumunya menerangkan alam serta membawa saya ke Pulau Melaka secepat
mungkin.
Di lapangan terbang bukan sahaja saya keresahan dan tidak sabar untuk
berangkat tetapi mereka yang lain sehaluan dengan saya juga. Berjumpa
pula dengan MB Selangor Mohamed Azmin Ali (Minali) dan beberapa flight
dan sedestinasi dengan saya untuk menemui Tokguru. Di lapangan terbang
itu juga kami sempat bersolat Subuh dengan diimamkan oleh Salahuddin
Ayub.
orang pegawainya. Turut sama muncul Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan beberapa yang lain. Semuanya satu
Pertemuan pagi tadi di lapangan terbang itu tidak seperti biasa, kami seakan hilang ceria dan kemurungan. Masing-masing sebak dan sedih dengan kehilangan Tokguru Nik Abdul Aziz. Belum habis terkejut dengan nasib dialami Anwar Ibrahim kini ia ditambah pula dengan dukacita kehilangan Tokguru.
"Dia seorang pemimpin yang mulia. Saat saya menghadapi fitnah, Tokgurulah yang menasihati saya dan memberi keyakinan kepada saya untuk terus berjuang," begigulah kata Minali.
"Dan apabila ibu saya dieksploitasikan oleh musuh untuk memburuk-burukkan saya, Tokguru telah meminta saya bersabar dan agar terus mengasihi ibu dan pergi ke rumah ibu dan peluk dan sayangi ibu," cerita Azmin lagi matanya mula berkaca.
Minali adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang terawal berangkat ke Kota Bharu untuk menghadiri pengembumian dan memberi penghormatan kepada jenazah Tokguru. Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail katanya tiba ke Pulau Melaka menjelang malam.
Keadaan di Kota Bharu luar biasa daripada hari biasa. Suasana di lapangan terbang juga penuh sesak dengan orang ramai. Semuanya untuk ke Pulau Melaka. Di lapangan terbang lagi sudah mendapat maklumat jalan untuk menuju ke kediaman Tokguru sudah ditutup dan hanya kenderaan yang mempunyai pelekat khas sahaja yang dibenarkan masuk. Itu pun terpaksa berhenti jauh dan harus berjalan kaki kira-kira lima kilometer.
Mendengar itu saya sudah merasakan harapan untuk menatap buat terakhir kali wajah Tokguru kecintaaan itu sudah tidak mungkin lagi. Kesesakan dan keadaan yang tidak ubah seperti di Padang Arafah dipenuhi dengan puluhan ribu rakyat yang dari segenap penjuru negara menyebabkan saya tidak mungkin dapat menjengah masuk.
Sedih dan terkilan hanya Tuhan sahaja yang tahu. Namun tidak mengapa pentapan wajahnya itu adalah simbolik semata sedang wajahnya sudah sekian sebati dalam jiwa ini.
Dalam perjalanan terus mengharungi manusia yang memutih bagaikan ladang kapas, hati terus berdoa dan memohon maaf kepada Tokguru kerana tidak sempat untuk menatapnya untuk terakahir kali. Saat inilah jiwa menjadi luluh apabila telinga tersapa dengan kata-kata Tokguru saat saya bersamanya pada satu ketika; "kenapa kita harus berputuskan persahabatan, kita kena bersahabat sampai mati." InysaAllah saya akan cerita dan kenangkan kenapa Tokguru sampai meluahkan kata-kata itu kepada saya.
Di sini dulu, biarlah saya rihat, esok catatan belesungkawa ini akan disambung. [wm.kl.11:59 pm 13/03/15]
Sejak dari petang semalam, sebaik menerima berita kematian Allahyarham saya masih belum rehat sampailah ke saat ini.
Entah macam mana seluruh anggota semacam tidak tertakluk dengan rutin biasa lagi. Mata jadi tidak mengatuk, perut tidak lapar, tekak juga tidak merasa harus, manakala anggota langsung tidak merasa letih. Semua inderanafas menjadi terhala kepada berita sedih, kematian Tokguruku Nik Aziz sehingga mengalpakan apa sahaja hal-hal lain.
Malam tadi saya cuba membuat beberapa catatan bagi mengenang Allahyarham untuk dikongsi bersama penjengok blog ini. Tetapi tidak menjadi, fikiran terus bercelaru sebak mengunyah diri. Beberapa kali saya cuba mencatat tetapi fikiran buntu dan terganggu.
Apa lagi keadaan ditambah dengan "kalutkala" untuk mencari tikit kapal terbang atau pun mengambil keputusan untuk pulang dengan kereta. Tetapi memandangkan malam, jarak perjalanan jauh dan kebetulan isteri tidak dapat diajak untuk menjadi teman (kerana kurang sihat), terpaksa berusaha mendapatkan tikit kapal terbang.
Jenazah dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. |
Orang ramai sesak memasuki ke kediaman Allahyarham. |
Ribuan siap untuk menyembahayangi jenazah Tokguru. |
orang pegawainya. Turut sama muncul Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan beberapa yang lain. Semuanya satu
Pertemuan pagi tadi di lapangan terbang itu tidak seperti biasa, kami seakan hilang ceria dan kemurungan. Masing-masing sebak dan sedih dengan kehilangan Tokguru Nik Abdul Aziz. Belum habis terkejut dengan nasib dialami Anwar Ibrahim kini ia ditambah pula dengan dukacita kehilangan Tokguru.
"Dia seorang pemimpin yang mulia. Saat saya menghadapi fitnah, Tokgurulah yang menasihati saya dan memberi keyakinan kepada saya untuk terus berjuang," begigulah kata Minali.
"Dan apabila ibu saya dieksploitasikan oleh musuh untuk memburuk-burukkan saya, Tokguru telah meminta saya bersabar dan agar terus mengasihi ibu dan pergi ke rumah ibu dan peluk dan sayangi ibu," cerita Azmin lagi matanya mula berkaca.
Minali adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang terawal berangkat ke Kota Bharu untuk menghadiri pengembumian dan memberi penghormatan kepada jenazah Tokguru. Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail katanya tiba ke Pulau Melaka menjelang malam.
Keadaan di Kota Bharu luar biasa daripada hari biasa. Suasana di lapangan terbang juga penuh sesak dengan orang ramai. Semuanya untuk ke Pulau Melaka. Di lapangan terbang lagi sudah mendapat maklumat jalan untuk menuju ke kediaman Tokguru sudah ditutup dan hanya kenderaan yang mempunyai pelekat khas sahaja yang dibenarkan masuk. Itu pun terpaksa berhenti jauh dan harus berjalan kaki kira-kira lima kilometer.
Mendengar itu saya sudah merasakan harapan untuk menatap buat terakhir kali wajah Tokguru kecintaaan itu sudah tidak mungkin lagi. Kesesakan dan keadaan yang tidak ubah seperti di Padang Arafah dipenuhi dengan puluhan ribu rakyat yang dari segenap penjuru negara menyebabkan saya tidak mungkin dapat menjengah masuk.
Sedih dan terkilan hanya Tuhan sahaja yang tahu. Namun tidak mengapa pentapan wajahnya itu adalah simbolik semata sedang wajahnya sudah sekian sebati dalam jiwa ini.
Dalam perjalanan terus mengharungi manusia yang memutih bagaikan ladang kapas, hati terus berdoa dan memohon maaf kepada Tokguru kerana tidak sempat untuk menatapnya untuk terakahir kali. Saat inilah jiwa menjadi luluh apabila telinga tersapa dengan kata-kata Tokguru saat saya bersamanya pada satu ketika; "kenapa kita harus berputuskan persahabatan, kita kena bersahabat sampai mati." InysaAllah saya akan cerita dan kenangkan kenapa Tokguru sampai meluahkan kata-kata itu kepada saya.
Di sini dulu, biarlah saya rihat, esok catatan belesungkawa ini akan disambung. [wm.kl.11:59 pm 13/03/15]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.