Followers

Monday, October 27, 2014

Mansuhkan Akta Hasutan !!


 
Tindakan aktivis Ali Abd Jalil mencari suaka politik di Sweden selepas ditindas di Malaysia akan menimbulkan persoalan, apakah perbezaan ideologi seharusnya dianggap sebagai satu jenayah atau diterima sebagai sesuatu yang positif dalam sebuah negara demokrasi??.

Lebih daripada itu, keselamatannya tidak dijamin kerajaan. Dia bukan sahaja dihukum dengan undang-undang akan tetapi dipukul polis dan tiada tindakan diambil.

Melalui tulisan di Facebooknya pada Sabtu, Ali mengatakan beliau terbang ke Sweden untuk mencari suaka di luar negara kerana beliau diancam pihak polis, samseng dan “kumpulan rasis Melayu.”

Ali berdepan tiga dakwaan mengikut Akta Hasutan kerana menghina kesultanan Johor dan Selangor di akaun Facebooknya.

Ali juga ditahan polis di penjara selama 22 hari sejak 8 September dan dibebaskan pada 29 September.

Amnesty International menyifatkan Ali sebagai "banduan hati nurani" sebagai usaha menghentikan apa yang mereka sifatkan "pendakwaan terpilih".

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.