PKR menawarkan premis dan akan menggerakkan jenteranya untuk mengutip
sejuta tandatangan bagi mendesak pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim daripada penjara.
Langkah itu diambil sebagai menyambut cadangan mahasiswa yang mengesyorkan petisyen dibuat bagi membebaskan ketua umum PKR itu, menurut kenyataan tiga pemimpinnya.
"Ternyata, orang ramai, mahasiswa, peniaga, petani, pekerja, aktivis, hatta rakyat semuanya boleh sahaja meneruskan usaha murni memperjuangkan kebebasan DSAI (Anwar), ketua pembangkang Malaysia.
“Nescaya, pembebasan beliau melangsungkan pembebasan rakyat,” kata dua naib presiden Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin serta anggota Parlimen Padang Serai N Surendran.
"Makanya, PKR mendukung sepenuhnya usaha mendapatkan sejuta tandatangan bagi petisyen membebaskan DSAI dan kemudiannya memimpin perubahan politik negara, lantas membebaskan rakyat dari bebanan bertimpa.”
Speaker mengumumkan kerusi Permatang Pauh kini kosong setelah gagal mendapatkan pengampunan diraja yang dibuat oleh anggota keluarganya.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.