Followers

Wednesday, February 25, 2015

Anwar kekal ahli Parlimen sehingga Agong buat keputusan, kata Speaker

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata sebatang kehilangan kelayakan hanya akan berlaku selepas petisyen pengampunan Diraja diputuskan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata sebatang kehilangan kelayakan hanya akan berlaku selepas petisyen pengampunan Diraja diputuskan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas keluarganya memohon pengampunan Diraja.

Pandikar berkata, perkara itu selaras dengan peruntukkan undang-undang mengikut perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

“Dimaklumkan saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat sudah menerima sesalinan petisyen bagi suatu pengampunan pada 24 Februari 2015 yang difailkan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar dan Nurul Nuha Anwar bagi pihak Yang Berhormat Permatang Pauh ke Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," kata Pandikar dalam satu kenyataan hari ini.

“Maka kehilangan kelayakan Yang Berhormat Permatang Pauh hanya akan mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu diputuskan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong."

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan akhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara 5 tahun yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. – 24 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.