Followers

Wednesday, February 25, 2015

PEMIMPIN2 UMNO SABAH TIDAK RASA MALU DAN RASA BERSALAH KAH?

PKR terkejut penduduk Sabah guna ‘ambulan kerbau’ ke hospital

'Ambulan kerbau' terpaksa digunakan pesakit di Kampung Niatang, Pitas bagi mendapatkan rawatan di hospital.

'Ambulan kerbau' terpaksa digunakan pesakit di Kampung Niatang, Pitas bagi mendapatkan rawatan di hospital.

Pemuda PKR mendesak Putrajaya mengkaji semula kadar tuntutan royalti minyak kepada penduduk Sabah dalam usaha membasmi kemiskinan dan masalah pembangunan infrastruktur yang mundur.

Naib Ketua PKR Tan Kar Hing berkata, desakan itu susulan pendedahan laporan akhbar tempatan mengenai kisah seorang penduduk Sabah yang terpaksa menggunakan khidmat "ambulan kerbau" sebagai pengangkutan untuk mendapatkan rawatan‎ di hospital.

"Kami terkejut dengan kisah seorang penduduk berpenyakit di Kampung Niatang, Pitas yang bernama Bojong Mokiling yang terpaksa mendapatkan perkhidmatan 'Ambulan Kerbau' (Buffalo Ambulance) sebagai cara pengangkutan untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital. Ini seperti yang diliputi surat khabar tempatan Daily Express," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.




Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai berkata, binatang kerbau dijadikan pilihan tunggal penduduk untuk membawa pesakit ke jalan utama yang berjarak kira-kira 1.5 kilometer.

Katanya, meskipun Sabah merupakan negeri kedua terbesar dan mewakili 10% penduduk Malaysia, namun 40% daripada rakyat negeri dikategorikan sebagai miskin.

Malah katanya, tahap infrastruktur asas di Sabah seperti jalan raya, perubatan dan pendidikan masih tidak memuaskan dan jauh terpinggir.

"Nasib yang tertimpa ke atas pesakit tersebut amat mendukacitakan hati rakyat Malaysia, malah mungkin lebih ramai lagi isu yang sama berlaku di Sabah setiap hari." katanya.

Tambahnya, tuntutan rakyat Sabah‎ bukan untuk kerajaan melaksanakan projek mega seperti pembinaan pusat beli belah di Kudat atau Koridor Pembangunan Sabah, tetapi mahu sistem rangkaian pengangkutan dan jalan raya yang elok untuk penduduk dan kanak-kanak.

"Sabah selama ini menjana sumbangan pendapatan yang besar kepada negara kita, tetapi tuntutan rakyatnya masih tidak direalisasikan sejak tahun 1976 hingga kini," katanya.

Justeru itu, beliau mengulang semula desakan yang mahukan Putrajaya mengkaji semula kadar tuntutan royalti petroleum seperti mana yang dituntut negeri Kelantan dan Sarawak termasuk pembangunan kemudahan asas. – 24 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.