Followers

Sunday, January 4, 2015

"Surat tuntutan pemulangan wang pampasan MBI dihantar esok" - YAB MB Azmin Ali


Menteri Besar Mohamed Azmin Ali turut memberi jaminan yang lapan bekas pegawai bekas menteri besar Selangor tersebut akan dibayar pampasan mengikut jumlah yang sepatutnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Januari, 2015. Menteri Besar Mohamed Azmin Ali turut memberi jaminan yang lapan bekas pegawai bekas menteri besar Selangor tersebut akan dibayar pampasan mengikut jumlah yang sepatutnya.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali turut memberi jaminan yang lapan bekas pegawai bekas menteri besar Selangor tersebut akan dibayar pampasan mengikut jumlah yang sepatutnya.

Lapan bekas pegawai bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menerima surat tuntutan esok bagi pemulangan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta yang dibayar kepada mereka.

Perkara itu disahkan Perbadanan Menteri Besar (MBI) berikutan kenyataan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali semalam pihak pengurusan baharu perbadanan itu akan menghantar surat kepada lapan individu berkenaan sebagai peringatan untuk mengembalikan wang itu.

"Kesemua surat tuntutan (pemulangan semula wang pampasan) akan dihantar pada Isnin ini (esok)," kata wakil perbadanan itu ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin meminta kesemua lapan bekas pegawai MBI itu memulangkan semula wang pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan kerana mendakwa pembayaran tersebut dibuat tanpa mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan.

Menteri besar berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat peguam.

Beliau memberi jaminan kesemua lapan individu itu akan tetap dibayar pampasan mengikut jumlah sepatutnya.

Sebelum ini, lapan pegawai kontrak bekas menteri besar yang dilantik MBI dilaporkan menerima pampasan berjumlah sehingga RM2.6 juta, yang disifatkan beberapa pihak termasuk Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.

Pembayaran itu dibuat pada akhir tempoh perkhidmatan bekas menteri besar itu sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar pada 23 September tahun lepas.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pembayaran pampasan kepada lapan bekas pegawai beliau dilakukan dengan mematuhi peraturan dan prosedur MBI.  – Bernama, 4 Januari, 2015.


 themalaysianinsider.com/bahasa/article/surat-tuntutan-pemulangan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.