Followers

Sunday, January 4, 2015

Biar Rakyat tentukan pandangan rasis Hamid, kata bekas ketua Majlis Peguam - Oleh V Anbalagan, Penolong pengarang berita

Published: 4 January 2015.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berhak beri pendapat walau ia provokatif terhadap isu antara kaum, kata bekas Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad harus dibenarkan memberi pendapatnya, walaupun pandangan yang provokatif tentang hubungan antara kaum itu dilihat merosakkan kepada orang ramai, kata bekas Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan. 

Ruang demokratik yang sama juga perlu diberi kepada kumpulan 25 Melayu terkemuka (G25) yang terdiri daripada penjawat awam yang bersara serta pemimpin berpengaruh, semuanya tidak sependapat dengan Hamid. 

"Saya sangat kecewa dengan pendirian Hamid yang dulunya mengisi jawatan tertinggi dalam badan kehakiman," kata Ragunath, merujuk kepada peranan Hamid sebagai ketua hakim selama sembilan bulan dari 2007 hingga 2008. 

"Kami (majlis) menyokong kenaikan pangkat beliau untuk menjadi ketua hakim pada masa itu kerana beliau menampilkan imej yang berintegriti," katanya. 

Pada September, Hamid dikritik pemimpin kerajaan memerintah dan pembangkang kerana mengatakan hanya bangsa Melayu saja yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Membandingkan dengan G25, Hamid yang menerusi surat terbuka meminta dialog rasional tentang kedudukan Islam dan undang-undang Islam dalam demokrasi berperlembagaaan, Ragunath berkata rakyat kini boleh mendengar pendapat yang pelbagai selepas pilihan raya umum 2008 yang melihat kerajaan memerintah Barisan Nasional (BN) kalah majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

“Mereka (G25) juga ada hak untuk bercakap dan mempengaruhi pendapat umum. Biar rakyat nilai.

“Oleh itu, kita juga dapat dengar pandangan individu penting,” katanya merujuk kepada kenyataan terbaru Hamid, menggesa saingan politik Umno dan PAS untuk bergabung memeriksa bukan Melayu, terutama Cina, daripada terus mengukuhkan kuasa politik.

Hamid, dalam surat yang disiarkan Utusan Malaysia, semalam menyatakan PAS patut mengikut langkah Aceh bila ia bekerjasama dengan Jakarta selepas wilayah utara Sumatera itu teruk dilanda tsunami pada 2006.

“10 tahun lalu, Aceh, yang berjuang untuk mendapatkan negara autonomi Islam, dilanda tsunami yang menyebabkan ribuan kematian.

“Kini Kelantan dilanda banjir. Kerana tsunami, Aceh dan kerajaan Indonesia bersetuju untuk mentadbir bersama. Bagaimana dengan Malaysia dan kerajaan Kelantan?” katanya seperti dilaporkan.

Hamid berkata kedua-dua kerajaan persekutuan dan Kelantan perlu bertaubat dan mula meletakkan keutamaan kepada isu lebih besar seperti agama dan bangsa, bukan kepentingan parti.

Cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan PAS-Umno timbul lagi selepas Kelantan dan 7 negeri lain dilanda banjir teruk minggu lalu yang meragut 27 nyawa dan menyebabkan anggaran kemusnahan harta dan infrastruktur sebanyak kira-kira RM1 bilion.

Ragunath berkata pandangan Hamid tidak tepat kerana kaum Cina tidak boleh menjadi kuasa politik dalam negara ini kerana Melayu dan Islam membentuk majoriti di Malaysia.

“Lebih pun, jumlah bukan Melayu yang banyak menerima peranan pemimpin, kedudukan Islam dan hak keistimewaan mengikut kepada Melayu,” katanya.

Beliau berkata lebih banyak pengundi, termasuk Melayu menjauhi Umno dan BN kerana ia kurang kepimpinan baik seperti ketelusan, kebertanggungjawapan, kesaksamaan dan keadilan.

Katanya, perlu diingat orang bukan Melayu yang mengembalikan kuasa kepada kerajaan BN dengan majoriti dua pertiga pada 1999 walapun selepas penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Orang Melayu pada masa itu mengundi pembangkang, terutama PAS dan PKR. Tetapi sejak pilihan raya 2008, pengundi jauh daripada BN kerana ia kurang kepimpinan yang baik,” katanya. – 4 Januari, 2014.

themalaysianinsider.com/bahasa.  

Biar Rakyat tentukan pandangan rasis Hamid, kata bekas ketua Majlis Peguam

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berhak beri pendapat walau ia provokatif terhadap isu antara kaum, kata bekas Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan. Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berhak beri pendapat walau ia provokatif terhadap isu antara kaum, kata bekas Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan. Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad harus dibenarkan memberi pendapatnya, walaupun pandangan yang provokatif tentang hubungan antara kaum itu dilihat merosakkan kepada orang ramai, kata bekas Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan.
Ruang demokratik yang sama juga perlu diberi kepada kumpulan 25 Melayu terkemuka (G25) yang terdiri daripada penjawat awam yang bersara serta pemimpin berpengaruh, semuanya tidak sependapat dengan Hamid.
"Saya sangat kecewa dengan pendirian Hamid yang dulunya mengisi jawatan tertinggi dalam badan kehakiman," kata Ragunath, merujuk kepada peranan Hamid sebagai ketua hakim selama sembilan bulan dari 2007 hingga 2008.

"Kami (majlis) menyokong kenaikan pangkat beliau untuk menjadi ketua hakim pada masa itu kerana beliau menampilkan imej yang berintegriti," katanya.  Pada September, Hamid dikritik pemimpin kerajaan memerintah dan pembangkang kerana mengatakan hanya bangsa Melayu saja yang memperjuangkan kemerdekaan negara.
Membandingkan dengan G25, Hamid yang menerusi surat terbuka meminta dialog rasional tentang kedudukan Islam dan undang-undang Islam dalam demokrasi berperlembagaaan, Ragunath berkata rakyat kini boleh mendengar pendapat yang pelbagai selepas pilihan raya umum 2008 yang melihat kerajaan memerintah Barisan Nasional (BN) kalah majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
“Mereka (G25) juga ada hak untuk bercakap dan mempengaruhi pendapat umum. Biar rakyat nilai.
“Oleh itu, kita juga dapat dengar pandangan individu penting,” katanya merujuk kepada kenyataan terbaru Hamid, menggesa saingan politik Umno dan PAS untuk bergabung memeriksa bukan Melayu, terutama Cina, daripada terus mengukuhkan kuasa politik.
Hamid, dalam surat yang disiarkan Utusan Malaysia, semalam menyatakan PAS patut mengikut langkah Aceh bila ia bekerjasama dengan Jakarta selepas wilayah utara Sumatera itu teruk dilanda tsunami pada 2006.
“10 tahun lalu, Aceh, yang berjuang untuk mendapatkan negara autonomi Islam, dilanda tsunami yang menyebabkan ribuan kematian.
“Kini Kelantan dilanda banjir. Kerana tsunami, Aceh dan kerajaan Indonesia bersetuju untuk mentadbir bersama. Bagaimana dengan Malaysia dan kerajaan Kelantan?” katanya seperti dilaporkan.
Hamid berkata kedua-dua kerajaan persekutuan dan Kelantan perlu bertaubat dan mula meletakkan keutamaan kepada isu lebih besar seperti agama dan bangsa, bukan kepentingan parti.
Cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan PAS-Umno timbul lagi selepas Kelantan dan 7 negeri lain dilanda banjir teruk minggu lalu yang meragut 27 nyawa dan menyebabkan anggaran kemusnahan harta dan infrastruktur sebanyak kira-kira RM1 bilion.
Ragunath berkata pandangan Hamid tidak tepat kerana kaum Cina tidak boleh menjadi kuasa politik dalam negara ini kerana Melayu dan Islam membentuk majoriti di Malaysia.
“Lebih pun, jumlah bukan Melayu yang banyak menerima peranan pemimpin, kedudukan Islam dan hak keistimewaan mengikut kepada Melayu,” katanya.
Beliau berkata lebih banyak pengundi, termasuk Melayu menjauhi Umno dan BN kerana ia kurang kepimpinan baik seperti ketelusan, kebertanggungjawapan, kesaksamaan dan keadilan.
Katanya, perlu diingat orang bukan Melayu yang mengembalikan kuasa kepada kerajaan BN dengan majoriti dua pertiga pada 1999 walapun selepas penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Orang Melayu pada masa itu mengundi pembangkang, terutama PAS dan PKR. Tetapi sejak pilihan raya 2008, pengundi jauh daripada BN kerana ia kurang kepimpinan yang baik,” katanya. – 4 Januari, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/biar-rakyat-tentukan-pandangan-rasis-hamid-kata-bekas-ketua-majlis-peguam#sthash.DHuqSy49.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.