Pokok Pecah Beling yang dikenali juga dengan pelbagai nama seperti Pecah Kaca, Bayam Karang, Ngo Kilo, Keji Beling dan Jin Batu merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia.
Di Malaysia, pecah beling atau nama saintifiknya (Strobilanthes crispus) dari family Acanthaceae) mudah ditanam dan hidup subur di kawasan-kawasan lapang atau belukar dan selalu dilihat sebagai rumpai atau tumbuhan yang tidak diingini.
Daun pokok pecah beling banyak digunakan dalam perubatan tradisional seperti merawat kanser, kencing manis serta batu karang. Ia digunakan juga sebagai agen diuretic.
Mengikut penemuan kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992), ekstrak air pecah beling mempunyai kompoun atau molekul yang boleh merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan mampu merencatkan pertumbuhan sel leukemia.
Daun Pokok Pecah Beling |
Terdapat juga kandungan kafeina dalam daun pecah beling tetapi ianya rendah. Kandungan ini merupakan penyumbang kepada antioxidant yang sangat tinggi.
Selain dari itu ekstrak pecah beling secara in vitro (tisu kultura) mampu membunuh sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada dengan mengaruh sel ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Ekstrak ini juga mampu memendamkan gen penyebab kanser dan sekali gus mengurangkan risiko kanser.
Antara lain kegunaan secara perubatan pokok pecah beling berupaya mengubati penyakit kencing manis kerana ekstrak air daun pecah beling dikatakan berkesan sebagai agen antidiabetis.
Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah yang telah diuji pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total
antioxidant level).
Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas.
Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal bagi tujuan pencegahan.
Selain dari itu pecah beling didapati mampu menghancurkan batu yang terdapat dalam hempedu dibuah pinggang. Tumbuhan ini juga berupaya menurunkan kolestrol dalam badan dan melancarkan pembuangan air kencing.
Kesimpulannya. pokok pecah beling yang tumbuh melata di kawasan kebun atau belukar dan dianggap tumbuhan rumpai yang tidak diperlukan, sebenarnya adalah tumbuhan herba yang sangat berkhasiat yang terdapat disekeliling kita.
Tidak akan menjadi kemudaratan jika kita menggunakan tumbuhan ini sebagai alternative untuk perubatan walau pun kajian secara klinikal (human study) belum benar-benar dijalankan keberkesanannya terhadap pesakit kanser, diabetes atau batu karang.
Rujukan: Wikipedia bebas; Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Serdang, Selangor, Malaysia - Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd.Fadzelly Abu Bakar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.