Followers

Monday, October 20, 2014

Menteri Hassan Malik : "Kami Tidak Terima Sebarang Aduan - Ini Terbukti Rakyat Sokong Barang Naik."

Sekarang ini cendol merupakan produk yang sama kategorinya dengan bahan bakar petrol dan diesel. Jika harga minyak naik nasihat Menteri Hasan Malek semua pihak mesti mengikut langkah cendol Bakar di Kuala Selangor menurunkan harga jualan cendolnya sebanyak 0.20 sen. Pendeknya jika naik harga minyak, semua penjualan barangan dan perkhidmatan perlu menurunkan harga jualannya.

Rupa-rupanya baru sekarang kita ketahui yang cendol itu merupakan barangan keperluan untuk hidup, seperti petrol, tanpa petrol tidak dapat menyambung hidup dengan sempurna. Nasihat Menteri ini selalunya menggelikan hati dan saya secara peribadi sentiasa tertunggu-tunggu untuk mendengar nasihat beliau yang pelik dan kadangkala amat menghiburkan hati yang tidak dapat ditahan-tahan.

Saya berharap perkhidmatan bas dan keretapi juga akan menurunkan tambangnya dengan kenaikan harga bahan bakar sekarang ini. Teksi juga perlu menurunkan harga tambangnya dari sekarang untuk menyambut dan memberikan reaksi dengan kenaikan harga petrol dan diesel ini bagi mengikut contoh penjual cendol Bakar di Kuala Selangor itu.

(Kredit: Aspan Alias)

Sekarang ini cendol merupakan produk yang sama kategorinya dengan bahan bakar petrol dan diesel. 

Jika harga minyak naik nasihat Menteri Hasan Malek semua pihak mesti mengikut langkah cendol Bakar di Kuala Selangor menurunkan harga jualan cendolnya sebanyak 0.20 sen. 

Pendeknya jika naik harga minyak, semua penjualan barangan dan perkhidmatan perlu menurunkan harga jualannya.

Rupa-rupanya baru sekarang kita ketahui yang cendol itu merupakan barangan keperluan untuk hidup, seperti petrol, tanpa petrol tidak dapat menyambung hidup dengan sempurna. 

Nasihat Menteri ini selalunya menggelikan hati dan saya secara peribadi sentiasa tertunggu-tunggu untuk mendengar nasihat beliau yang pelik dan kadangkala amat menghiburkan hati yang tidak dapat ditahan-tahan.

Saya berharap perkhidmatan bas dan keretapi juga akan menurunkan tambangnya dengan kenaikan harga bahan bakar sekarang ini. 

Teksi juga perlu menurunkan harga tambangnya dari sekarang untuk menyambut dan memberikan reaksi dengan kenaikan harga petrol dan diesel ini bagi mengikut contoh penjual cendol Bakar di Kuala Selangor itu.


(Kredit: Aspan Alias)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.