(jawapan pada persoalan: Mengapa Anwar (seorang?) yang mesti dipertahan?)
Memahami Anwar sebagai sebuah 'institusi' keadilan bukan sekadar seorang tokoh keadilan adalah penting. Keberadaan sosoknya bersama kita selama ini telah menyedarkan rakyat, betapa pentingnya pilihanraya yang selama ini jutaan undi dan proses itu telah dipersia-siakan.
Hari ini rakyat jauh lebih menghargai hak-hak undi mereka.
Anwar sebagai pemimpin yang ingin menyatukan rakyat pelbagai bangsa
memadam api perkauman. Anwar sebagai pemimpin yg menyedarkan rakyat
bahawa rasuah adalah masalah besar yang mampu menghambat kemajuan
negara.
Anwar mengajar rakyat peri pentingnya menegakkan negara hukum dimana undang-undang perlu didaulatkan. Anwar sebagai sosok yang ingin mendidik rakyat akan pentingnya pelbagai kumpulan etnik dan fahaman agama saling hormat-menghormati.
Anwar sebagai individu boleh dibenci, tetapi Anwar sebagai sebuah institusi rakyat perlu dipertahankan.
Kehadiran beliau sebagai sebuah sekolah politik yang mampu membangkitkan kesedaran rakyat seluruhnya bahawa mereka punya hak dalam negara mereka dan berhak menuntutnya jika ia dirampas oleh pemerintah.
Sosok Anwar perlu dinilai bukan hanya sebagai seorang pemimpin sebuah parti politik, bukan hanya sebagai seorang pejuang yang inginkan kemenangan.
Kita bersekolah dari sekolah pemikiran Anwar. Kita belajar politik dari sekolah politik Anwar. Kita memahami ekonomi dari sekolah ekonomi Anwar.
Kita belajar kemanusiaan dari sekolah kemanusiaan Anwar. Kita belajar sejarah perjuangan dari sekolah sejarah Anwar.
Sekolah itu perlu dipelihara. Tidak boleh dirobohkan. Kita akan pertahankan ia agar Anwar tetap berdiri ditapaknya yang sebenar. Beliau satu dalam sejuta.
Pejuang reformasi 1998 sepatutnya amat sedar bahawa kita adalah alumni Anwar Ibrahim. Alumni sebuah institusi rakyat yang 'hidup'.
Sekolah ini harus terus hidup dan dipertahankan. Ia harus terus mendidik anak bangsa Malaysia dan berbicara terus berkenaan politik dan kemanusiaan...!
Kiyai Reformis

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.