Satu NGO bawah PKR, Jingga 13 kecewa dengan sikap NGO Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) yang mahu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.
Jingga 13 turut mempertahankan program perhimpunan 'Rakyat Hakim Negara' untuk menyokong Anwar, yang dijadualkan berlangsung pada akhir bulan ini.
Pengerusinya, Fariz Musa berkata masih ramai yang mahu melihat Anwar mendapat pengadilan ke atas fitnah yang dilemparkan ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.
“(Kenyataan LENSA) benar-benar menunjukkan kekecewaan dan lemah anak muda yang tidak mengenali Anwar sebagai bapa reformasi Malaysia.
“Ramai yang menyatakan simpati dan tidak sanggup melihat Anwar Ibrahim terpenjara, apa lagi menyedari semuanya adalah fitnah serta konspirasi bagi tujuan menamat dan menghancurkan karier politiknya,” kata Fariz dalam kenyataannya.
Menurutnya lagi, LENSA tidak merasai ketika golongan anak muda mengikut Anwar turun ke jalanan ketika bekas timbalan perdana menteri Umno itu dipecat dari kerajaan.
“Perjuangan yang digerakkan oleh para reformasi 16 tahun lalu, sekarang dikecapi oleh anak muda seperti LENSA dan sebagainya,” kata Fariz lagi.
LENSA dalam kenyataannya semalam berkata menolak usaha untuk menggembleng para penyokong Anwar untuk berhimpun sekali lagi pada tarikh keputusan rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II.
Jurucakapnya, Ekhsan Bukharee mendakwa semakin ramai yang menunjukkan sikap negatif ke atas Anwar.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.