Followers

Saturday, September 13, 2014

KOS PERJANJIAN AIR DIMUKTAMAD LEBIH RENDAH.

Photo: KOS PERJANJIAN AIR DIMUKTAMAD LEBIH RENDAH.

SHAH ALAM – Kos pengambilalihan bagi penstrukturan semula industri air Selangor dimuktamadkan jauh lebih rendah daripada tawaran awal.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Perjanjian Utama yang ditandatangani dengan kerajaan Persekutuan pagi tadi itu telah dipersetujui dengan kos RM 7.45 bilion.

“Perjanjian ini telah dimuktamadkan dengan kos pengambilalihan penstrukturan semula industri air jauh lebih rendah dari tawaran awal yang dilakukan kerajaan negeri iaitu RM7.45 billion berbanding RM9.65 billion.

“Perjanjian ini merupakan satu kejayaan bukan sahaja pada kerajaan negeri tetapi juga rakyat Selangor dan Malaysia yang selama ini menyokong penuh usaha-usaha untuk mengembalikan semula hak air kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, usaha murni kerajaan negeri demi kepentingan rakyat itu ternyata mengatasi perbezaan ideologi politik.

“Walaupun menerima banyak cabaran terhadap usaha, keputusan, malah niat kita juga dipersoalkan, namun dengan sokongan dari pelbagai pihak khusus di kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan telah menguatkan iltizam kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian muktamad.

“Sekali lagi saya tekankan kerjasama yang diperlihatkan kesemua pihak menunjukkan bahawa kepentingan rakyat mengatasi kepentingan dan ideologi politik. Kita percaya rakyat Selangor dan Malaysia amat menghargai usaha keras yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan usaha ini,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Abdul Khalid memaklumkan Perjanjian Jual Beli Saham antara Air Selangor Sdn Bhd dan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) iaitu pemegang 70 peratus saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan 100 peratus saham Puncak Niaga Sdn Bhd akan dimeterai dalam tempoh terdekat.

“Air Selangor Sdn Bhd akan diurus oleh sekumpulan pasukan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam perkhidmatan air dan saya yakin mereka boleh menjayakan usaha-usaha menjadikan industri air Selangor lebih holistik dengan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan oleh empat syarikat konsesi yang berbeza.

“Pengurusan tidak holistik sebelum ini menyumbang kepada pengurusan air tidak cekap dan kos operasi yang membebankan pengguna melalui kenaikan tarif yang tinggi kepada lebih 5 juta pengguna di Selangor, KL dan Putrajaya,” katanya.

Katanya, Air Selangor Sdn Bhd akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf saluran paip air dengan tujuan menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) yang pada ketika ini sangat tinggi iaitu 34 peratus serta meningkatkan kapasiti loji-loji tersebut dengan mengguna pakai teknologi terkini.

Tambahnya, “...semua aset air juga akan diletakkan di bawah Air Selangor Sdn Bhd dan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL 2) yang bakal siap dalam beberapa tahun lagi juga akan dikendali oleh syarikat berkenaan.

Sebelum ini, kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor telah menandatangani dua perjanjian sebelum ini iaitu Memorandum Persefahaman (MoU) pada 26 Februari dan Perjanjian Mengenai Persefahaman (Heads of Agreement) pada 1 Ogos lalu.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kos-perjanjian-air-dimuktamad-lebih-rendah-1.316210

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.