Alamak !!!!... Tan Sri Khalid Ibrahim... apa sudah jadi ni Tan Sri,
kalau ya pun TERGESA-GESA takut terlambat untuk Memuktamatkan Perjanjian
Air dengan Kerajaan Pusat tak kan sampai TANDA NAMA pun Tan Sri TERLUPA
untuk dipakai Tan Sri. Atau pun gua tersilap yang sebetul nya Tan Sri
sendiri Tak Nak pakai Tanda Nama tersebut atas sebab Tan Sri MB
sementara sahaja... kah kah kah !.
JIka semasa Perjanjian Persefahaman (Mou) terdahulu dibuat sewaktu
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang
sedang berjalan, dan diwaktu itu juga CATUAN mula dijalankan akibat dari
Kurang nya Hujan serta Cuaca Panas. Yang mana keadaan tersebut telah
mengakibatkan Kolam-Kolam Takung Air di Negeri Selangor berada dalam
keadaan KRITIKAL.
Apa yang DIPERTIKAIKAN dengan Mou tersebut ialah cara dan waktu Mou
ditandatangani, dikatakan adalah sesuatu yang BODOH jika ianya TIADA
BERMAKSUD LAIN, bila mana Menteri Besar (MB) Negeri Selangor Tan Sri
Khalid Ibrahim menandatangani Mou diwaktu Kempen PRK Kajang sedang
berjalan serta keadaan Cuaca yang tiada hujan dan Panas Melampau.
Ia nya seolah-olah Mengambarkan yang Kerajaan Negeri Selangor TERDESAK
dan telah SALAH bila Menghentikan Projek Langat 2 yang dirancang dibawah
Kerajaan terdahulu iaitu Kerajaan Umno/Bn, sedangkan Kempen PRK DUN
Kajang sedang berlangsung. Ditambah lagi Mou dibuat tanpa Memaklumkan
ianya kepada Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR).
Benar bila ada yang mengatakan bahawa Khalid Ibrahim adalah seorang MB
Negeri Selangor, oleh itu beliau mempunyai Kuasa Pemutus membuat apa
juga Keputusan dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi harus
di ingat bahawa Khalid Ibrahim Menang dalam Pilihan Raya dan menjadi
Ahli Dewan Negeri (ADUN) bukan atas tiket Parti Khalid Ibrahim (PKI).
Tetapi beliau menjadi ADUN atas tiket Parti Keadilan Nasional (PKR)
dibawah Pakatan Rakyat (PR), ditambah lagi beliau bukan pun Pengerusi
PKR di Negeri Selangor yang mana ianya di pegang oleh YB Azmin Ali.
Disini lah timbul nya PRASANGKA BURUK terhadap beliau bila mana
Memutuskan sesuatu tanpa Pengetahuan Ketua Parti beliau.
Yang lebih Menarik lagi selepas Mou Air beliau Tandatangani keadaan
Catuan Air bukan Bertambah Baik bahkan Bertambah Buruk, dimana dikatakan
dalam jadual Catuan Air seperti 1 Hari Ada Air dan 2 Hari Tiada Air
tetapi yang terjadi adalah 1 Hari Ada Air 5 Tiada Air di sesetengah
tempat. Oleh itu untuk apa Mou beliau Tandatangani dikala Hujan Tiada
dan Cuaca Panas.
Hari ini beliau telah Berjaya MEMUKTAMATKAN Perjanjian Air dengan
Kerajaan Pusat dalam keadaan beliau yang bukan lagi seorang MB Pilihan
Majoriti ADUN, serta beliau juga telah menghantar Surat Perletakan
Jawatan sebagai MB kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor
namun Perletakan Jawatan ditangguhkan sehingga seorang MB Baru dipilih.
DITANGGUHKAN membawa erti Perletakan Jawatan beliau diterima namun
diminta Tangguh Sekejap sementera menunggu MB Baru dipilih, untuk itu
seharusnya beliau TAHU DIRI yang beliau adalah seorang MB yang SEMENTARA
sahaja. Jadi kenapa beliau Perjanjian Memuktamatkan Perjanjian Air yang
melibatkan KOS sehingga Berbillion Ringgit yang seperti TERGESA-GESA.
Persoalan ini yang sedang Bermain-main di Pemikiran gua, kenapa mesti
beliau Muktamatkan Perjanjian Air yang berharga Berbillion Ringgit
dikala beliau hanya seorang MB sementara. Mungkin ada yang kata beliau
adalah seorang yang bijak dalam Pengurusan Kewangan, mungkin betul
dakwaan tersebut namun jangan dilupa yang beliau juga adalah antara
Peminjam Bank yang GAGAL Melunaskan Hutang... kah kah kah !. sumber
hemmmmm..... jangan marah ya penyokong-penyokong khalid ibrahim...
yang gua pasti krisis mb negeri selangor akan berakhir sedikit masa lagi
dan wan azizah akan dilantik menjadi mb negeri selangor yang baru atas
sebab mou air adalah halangan utamanya... kah kah kah !.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.