Kehadiran
sekumpulan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) di Terengganu dan
Kelantan adalah untuk menjalani latihan Eksesais Keris Strike Siri
18/2014 bersama dengan Tentera Darat Malaysia.
Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini berkata anggota
tentera AS itu adalah dari pasukan United States Army Pacific Command
(USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii.
"Tujuan utama eksesais bilateral ini dijalankan adalah untuk
meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya
dalam pengurusan bencana alam dan pelaksanaan Operasi Pengaman
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," kata kenyataan itu.
Seramai 540 anggota USARPAC dan 638 anggota Tentera Darat akan menyertai
Eksesais Keris Strike kali ini yang bermula esok hingga 26 Sept.
Menurut kenyataan itu, Eksesais Keris Strike merupakan siri latihan
gabungan yang diadakan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Briged di bawah
naungan Markas 2 Divisyen.
Eksesais Keris Strike dijalankan sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan, Kelantan.
"Pada tahun ini ia dilaksanakan berorentasikan pengurusan bencana dan
bantuan kemanusiaan dalam senario bencana banjir," kata kenyataan itu.
Tentera Darat berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar
berkaitan salah tafsiran mengenai kehadiran tentera AS seperti mana yang
telah tersebar di kebanyakan media sosial tempatan.
- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.