Followers

Saturday, September 20, 2014

Ketua polis negara persenda gesaan hapus Akta Dadah Berbahaya - OLEH LEE SHI-IAN


Ketua Poli Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak bersetuju dengan gesaan pemansuhan Akta Dadah Berbahaya kerana jika terlaksana, ia akan membantutkan usaha polis membanteras kegiatan pengedaran dadah. 

Ketua Poli Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak bersetuju dengan gesaan pemansuhan Akta Dadah Berbahaya kerana jika terlaksana, ia akan membantutkan usaha polis membanteras kegiatan pengedaran dadah.

Pengedar dadah di negara ini akan bergembira sekiranya Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dihapuskan seperti saranan kumpulan hak asasi manusia Suaram, kata ketua polis negara.

Dalam beberapa mesej melalui akaun Twitter miliknya @KBAB51, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga berkata, pemansuhan akta itu akan membantutkan usaha polis membanteras kegiatan pengedaran dadah.

"Suaram kata Akta Dadah Berbahaya perlu dimansuhkan. Wahhhh seronoklah pengedar2 dadah. Usaha @PDRMsia membanteras dadah akan terbantut!"

Ia diikuti tweet berikutnya yang berbunyi: "@PDRMsia percaya Rakyat M'sia mahu PDRM banteras Dadah habis2 an. Kalau ADB dimansuhkan, PDRM nak guna apa?"

Terdahulu pagi ini, Suaram pada satu sidang media mencadangkan akta tersebut dihapuskan kerana menurut penyelarasnya Syukri Razak, ia mencabuli hak asasi manusia.

Katanya, seperti dipetik Free Malaysia Today, individu yang ditangkap mengikut undang-undang itu boleh ditahan tanpa dibicarakan dan mereka hilang hak mendapat pembelaan adil di mahkamah.

Katanya lagi, akta itu tidak mengurangkan kesalahan dadah berbahaya di Malaysia kerana sejak 2008 hingga 2013, statistik Agensi Antidadah Kebangsaan menunjukkan bilangan yang ditangkap di bawah kesalahan tersebut terus meningkat.

Dalam pada itu, portal berkenana memetik Syukri berkata, seseorang yang ditangkap boleh ditahan selama 60 hari bagi tujuan siasatan, tetapi "bentuk siasatan yang dijalankan oleh pihak polis dalam tempoh ini masih tidak jelas."

Bentuk siasatan mengikut akta itu juga katanya, tidak pernah didedahkan kepada umum.

“Kami berpendapat tidak wujud ketelusan dalam siasatan polis sepanjang tempoh siasatan.

“Bentuk siasatan ini menimbulkan kerisauan tentang bagaimana sebenarnya operasi standard pihak polis dalam menjalankan siasatan,” dia dilaporkan berkata.  

19 September, 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.