Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu ucapannya di satu persidangan
wanita sedunia hari ini menyanjung tinggi Datin Seri Rosmah Mansor atas
kerja-kerja kebajikan yang dijalankan oleh isterinya itu.
Najib memuji usaha yang dijalankan Rosmah dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak melalui projek PERMATA – satu projek bawah Jabatan Perdana Menteri – serta usaha untuk menubuhkan program bagi kanak-kanak kurang upaya.
Najib dengan berseloroh juga berkata, beliau bukan menyatakan pujian tersebut kerana bimbang isterinya itu tidak akan membenarkan beliau tidur bersama.
Sebaliknya, beliau melihat bahawa usaha yang dijalankan Rosmah itu memberi dividen besar kepada negara, katanya lagi dalam ucapan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Rosmah turut hadir mengiringi Najib ke pelancaran untuk persidangan Women Deliver 2013 yang akan berlangsung selama tiga hari itu.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.