Followers

Saturday, September 20, 2014

Pekerja kargo ditangkap kerana menghasut dalam Facebook - OLEH LEE SHI-IAN

Pekerja kargo ditangkap kerana menghasut dalam Facebook

OLEH LEE SHI-IAN

Published: 19 September 2014

Penyelaras Lawyers for Liberty Michelle Yesudas berkata, Syafiq Abdul Wahid ditangkap polis pada pukul 3 pagi ini di tempat kerjanya. 

Seorang pekerja kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menjadi mangsa terbaru tindakan Putrajaya apabila ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 awal pagi ini.

Penyelaras Lawyers for Liberty (LFL) Michelle Yesudas berkata, Syafiq Abdul Wahid ditangkap polis pada pukul 3 pagi ini di tempat kerjanya.

"Syafiq ditangkap kerana dituduh bertindak sebagai pentadbir sebuah laman Facebook parodi. Dia direman tiga hari," kata Michelle.

Katanya, polis percaya Syafiq merupakan pentadbir laman Facebook bernama "Persatuan Kongsi Gelap Melayu."

"Saya diberitahu oleh pegawai penyiasat yang polis akan memohon lanjutan reman apabila tempohnya tamat Ahad ini," kata Michelle.

Michelle berkata LFL dimaklumkan mengenai nasib Syafiq, 24, oleh abangnya melalui sistem pesanan ringas.

Laman Facebook "Persatuan Kongsi Gelap Melayu" itu ialah berkenaan seorang samseng Malaysia yang "legend" di mana watak fiksyennya diberi nama “Ayah”.

Penerangan pada laman itu berbunyi: "Kisah ayah legend yang sembang kuat … Why so serious? Ni troll laaa bangang …"

Pada posting terakhir, “Ayah” bercerita bagaimana dia memukul seorang "ah long" dengan sangat kuat hingga kesan tapak tangannya kelihatan pada belakang lelaki itu. Terdapat juga bukti bergambar bersama posting ini.

Akhir-akhir ini, beberapa individu seperti pemimpin pembangkang, ahli akademik, wartawan dan pendakwah dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan.

Mereka termasuk Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang, pensyarah Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom dan wartawan portal Malaysiakini Susan Loone. Semuanya ditahan atau didakwa kerana menghasut.

Kritik menyamakan keadaan ini dengan Ops Lalang 1987 apabila lebih 100 pemimpin pembangkang dan aktivis ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri. – 19 September, 2014. 

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pekerja-kargo-ditangkap-kerana-menghasut-dalam-facebook#sthash.hScj5hDD.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.