Followers

Saturday, September 20, 2014

Saya boleh jadi ‘jahat’ bila perlu, kata Dr Mahathir - OLEH MUZLIZA MUSTAFA


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia 2014 di Kuala Lumpur, hari ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia 2014 di Kuala Lumpur, hari ini.

Kerajaan memerintah perlu dikritik sekiranya dasar yang digubalnya tidak memberi manfaat kepada negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Dr Mahathir berkata sebuah kerajaan yang dilantik sememangnya diharap melakukan perubahan kepada dasar dan undang-undang negara, tetapi ia harus juga dikritik sekiranya melalukan sesuatu yang tidak bermanfaat kepada negara.

"Selepas saya meletak jawatan, dasar dan undang-undang berubah, ini memang sudah dijangka. Mereka mahu tunjuk sumbangan mereka kepada negara.

"Tetapi, apabila mereka buat sesuatu yang tidak menyumbang kepada negara, seseorang perlu ingatkan mereka," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia ke-6 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Beliau juga mengakui ada ketikanya boleh mengeluarkan kenyataan yang ‘jahat’ tetapi ia selalunya akan berakhir dengan keputusan yang baik.

"Bila perlu, saya akan jadi 'nasty.' Itu memang reputasi saya," katanya.

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu memberitahu sidang media, sekiranya tiada siapa hendak bersuara membantah pentadbiran sekarang, beliau sendiri yang akan mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun itu mungkin akan menyebabkan dirinya diserang.

“Pemimpin perlu dikritik. Kalau tidak, mereka rasa apa yang mereka lakukan semuanya betul dan akan terus melakukan benda yang salah. Waktu zaman saya dahulu, saya bukan sahaja dikritik, malah dicabar.

"Kena ada strategi untuk terus berkuasa."

Katanya di Malaysia, mereka yang menyokong kerajaan juga perlu bersuara kerana pada masa ini, hanya golongan pro-pembangkang sahaja yang mengkritik kerajaan.

"Mereka yang menyokong kerajaan perlu menegur kerajaan apabila ia melakukan kesalahan. Saya fikir, memandangkan tiada siapa berani atau sanggup mengambil risiko, biarlah saya terima risikonya."

Dr Mahathir berkata, untuk seketika beliau tidak membuat sebarang komen, tetapi apabila kritikan secara tertutup tidak berkesan, beliau berasa perlu membuat kenyataan terbuka.

Bulan lalu, beliau berkata terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan Najib berikutan prestasinya yang lebih buruk daripada perdana menteri sebelumnya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya tiada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu, terpaksalah saya menegur," katanya melalui tulisan di blognya, www.chedet.cc.

"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," katanya. – 


19 September, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-boleh-jadi-jahat-bila-perlu-kata-dr-mahathir#sthash.Ew3Svs2p.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.