PAS asalnya punya 15 orang DUN tetapi 2 menyokong PR, maka tinggal 13 orang. Tidak majoriti. Titik.
PAS telah menghantar 3 nama mewakili 13 DUN dan ini SALAH dari segi perlembagaan sebab bukan majoriti.
Kenapa PR(DAP15, PKR13 +2 )=30 tidak menghantar lebih dari 1 atau 2 dan itu sebenarnya akan kita lihat siapa paling berkuasa, sama ada Sultan atau Perlembagaan. Kita akan lihat apa sudahnya nanti.
Raja berperlembagaan makna Raja kena akur apa yang dicatat dalam perlembagaan dan tidak boleh melakukan diluar perlembagaan. Ini kita harus fahami dan ramai salah tafsir meski diakui maha tahu tetapi hakikatnya tidak.
Jika Sultan melantik salah satu dari 3 calon yang dicadang mewakili 13 orang, jelas itu amat bertentangan dengan perlembagaan tubuh negeri Selangor dan itu jelas MELANGGAR PERATURAN.
Berdasarkan keadaan ini, maka meski sultan dikata ada kuasa, tetapi sebenarnya hanyalah mesti atas cadangan yang majoriti iaitu 30 Dun tadi dan sultan tak boleh sesukahati melantik.
Kalau Sultan berhak melantik parti tak majoriti, maka sebaik tak perlu ada election dan akur saja apa mahunya sultan dan itu lebih baik tidak membazir.
Dalam perlembagaan tubuh kerajaan di seluruh Negeri di Malaysia, yang menang majoriti meski kelebihan satu berhak menubuhkan kerajaan kecuali 50-50 barulah Sultan menentukannya sendiri dan 13 orang dari PAS tidak boleh dan salah. Ini hakikatnya.
PAS menghantar nama mewakali 13 itu sekadar tanda taat dan setia sama raja berperlembagaan atas arahan sultan, tetapi PAS tahu 13 orang itu sultan tidak berhak melantiknya.
Apa yang diharapkan?
Katakanlah BN12 membantu menjadi + PAS 13 dan + Khalid menjadi 26DUN, pun tidak boleh sebab 30 lawan 26 tetap 30 juga yang majoriti. Nampak?
Dulunya PAS mengharapkan tiada yang lari bermakna 15PAS+ BN12=1 menjadi 28 dan itu bermakna 28 PAS/BN/Khalid lawan 15DAP+13PKR menjadi sama 28 lawan 28 dan dalam keadaan ini sultan berhak memilih dari YB mana ia mahu menduduki kerusi MB, itupun setelah parti bersetuju.
Perancangan PAS(mungkin) menjadi rosak bila dua YBnya menyokong DSWA. Jelas?
Lalu apa selanjutnya? Barangkali Sultan serba salah dan malu terkeluar kata BIADAP tidak boleh tidak MB sekarang ini ada pilihan akhir iaitu hantar surat cadangan bubar dewan dan sultan bersetuju, maka itu SAH dari segi undang2 tetapi kerajaan kena belanja RM50 juta.
Selanjutnya apa?
Kalau BN+PAS+Khalid menang melebihi 28 kerusi, maka itu dikira selesai meski nyawa2 ikan, tetapi jika DAP/PKR memenangi lebih dari 28 kerusi, ceritanya akan sama juga tetap mereka cadang DSWA jadi Menteri Besar dan keadaan ini akan terus menjadi krisis.
Tindakan lain lagi?
Jika sama juga berlaku dan kemungkinan akan berlaku DARURAT /KRISIS PERLEMBAGAAN kiriman kerajaan BN dan ini memang menjadi idaman seperti yang pernah berlaku di Kelantan di tahun 70an kesan undi tidak percaya kepada Menteri Besar.
Ramai yang berhujah di kalangan kroni/macai tidak tahu keadaan ini dan mereka hanya asyik nonton TV dan membaca utusan yang mengulas hanya menyebelahi sebelah pihak dan tidak menyentuh seperti yang saya perkatakan di atas.
Mahathir mendiam diri kesan tahu keadaan ini dan orang DAP/PKR terdiri dari penguam2 yang bijak dan nampak keadaan ini dan itu sebab 30 dun berkenaan hanya menghantar 1 orang calon dan mereka tahu 3 calon yang mewakili 13 PAS tidak sah dari segi hukum.
Inilah keadaan yang ramai tidak tahu tetapi ramai pengulas, pakar komen menghujah membabi buta seolah mereka benar.
ISMAILY BUNGSU
8hb Sept, 2014
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.