Beginilah foto dari sebuah blog dari pembangkang, apa yang UMB dan Biro ICT Pahang mampu lakukan? Atau memang mereka pun ada agenda tersembunyi untuk tidak menjaga tuannya?
Entah kali yang keberapa, namun saya tidak akan jemu mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pahang Daily Online, (klik sini) portal berita pembangkang yang peka dan memberikan respon kepada tulisan di blog bh selama ini. Blogger pro kerajaan (?) lebih dihargai (portal blog) pembangkang dari kerajaan sendiri(?).
Membaca posting di PDO, dalam banyak hal nampaknya PDO bersetuju dengan bh bahawa; UMB Pahang tidak berfungsi sama sekali selama ini. Blogger upahan kerajaan Pahang juga tidak memainkan peranannya (melainkan atas kepentingan sendiri dengan sering menghentam DS Najib dalam tulisannya). Blogger yang dikursuskan oleh UMB Pahang dan Biro ICT UMNO Pahang masih belum mampu menulis blog sedangkan penganjurnya sudah 'montek' kekenyangan. UMNO Pahang tidak peka dan tidak pendulikan Media Sosial di Pahang kerana mereka sendiri masih buta IT ( dalam masa sama penyokong pembangkang sibuk menghentam mereka di blog dan facebook)
Nampaknya PDO dan banyak pihak lagi bersetuju bahawa MB Pahang tidak lagi perlu dikekalkan menjelang PRU13 nanti, berikut kegagalannya menjana ekonomi negeri selama ini. (Sering membentangkan belanjawan defisit). Harap pemimpin UMNO pusat sudah mendapat isyarat yang sangat jelas dari rakyat marhaen. Baca disini dan disini juga.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.