Followers

Friday, August 15, 2014

SUATU LAGI KERJA HARAMJADAH BN - PAS Masih Nak Sokong Khalid Ibrahim ??

Photo: SUATU LAGI KERJA HARAMJADAH BN

Kejadian di atas berlaku pada jam 8:48AM, 8/12/2014 di Dun Kemasek. Pemilik bengkel ini yang dikenali dengan nama Ripin/ Ariffin adalah seorang yang banyak menyumbang kepada PAS.

Bengkel welding ini berada di depan Masjid Jamek Kerteh. Dengan bantuan 
MPK dan polis, usaha meroboh bengkel Ripin ini berjaya dilakukan.

Mereka merobohnya di atas alasan tanah tersebut tiada geran sah dari PTK (Pejabat Tanah Kemaman) dan sememangnya banyak lagi tanah di sini memiliki status yang sama dengan tanah ini tetapi dibiarkan.

Difahamkan Ripin telah memohon geran sah  tetapi pihak berkuasa tidak meluluskannya. Apatah lagi permohonan tanah ini untuk mendapat status geran GM, status geran TOL pun mereka pendamkan. Ini semua kerja JKKK di situ dan Ripin ni orang tempatan lagi pun perniagaannya halal.

Pada masa yang sama pihak berwajib boleh pula memberi geran tanah kepada peniaga-peniaga luar seperti peniaga-peniaga dari Siam/Thai untuk tapak kedai di situ. Tanah ini asalnya tanah yang telah ditebusguna dari paya dan kolam yang sudah ditambak. Ripin telah mengeluarkan banyak modal untuk tujuan tersebut dan ini hasil yang dia dapat.

Inikah yang dikatakan membela nasib orang Melayu dan inikah yang dikatakan membela nasib orang Islam? Apakah perbezaan fahaman politik sudah cukup kuat menjadi alasan untuk pihak berkuasa tempatan termasuk JKKK bertindak seperti Zionis merobohkan rumah-rumah orang Palestin di situ?

Setakat ini cuma tanah seorang peniaga Cina yang dikenali dengan nama Kedai Yap oleh penduduk tempatan saja yang mempunyai geran tanah yang sah dan selebihnya tanah di kawasan berkenaan masih lagi berstatus tanah setinggan.

Dun Kemasek diwakili oleh Ir. Rosli dari Umno BN dan Adun ini telah 'disucikan' dalam PRU 13 lalu oleh Mat Said bersabit dengan tuduhan rasuah. Adun ini pernah meringkuk di dalam lokap polis IPD Kemaman. Walau bagaimanapun Adun tersebut berpaling tadah kepada Mat Said setelah Mat Said dipecat dari jawatan MB Terengganu.
Raunas Dhom

Kejadian di atas berlaku pada jam 8:48AM, 8/12/2014 di Dun Kemasek. Pemilik bengkel ini yang dikenali dengan nama Ripin/ Ariffin adalah seorang yang banyak menyumbang kepada PAS.

Bengkel welding ini berada di depan Masjid Jamek Kerteh. Dengan bantuan
MPK dan polis, usaha meroboh bengkel Ripin ini berjaya dilakukan.

Mereka merobohnya di atas alasan tanah tersebut tiada geran sah dari PTK (Pejabat Tanah Kemaman) dan sememangnya banyak lagi tanah di sini memiliki status yang sama dengan tanah ini tetapi dibiarkan.

Difahamkan Ripin telah memohon geran sah tetapi pihak berkuasa tidak meluluskannya. Apatah lagi permohonan tanah ini untuk mendapat status geran GM, status geran TOL pun mereka pendamkan. Ini semua kerja JKKK di situ dan Ripin ni orang tempatan lagi pun perniagaannya halal.

Pada masa yang sama pihak berwajib boleh pula memberi geran tanah kepada peniaga-peniaga luar seperti peniaga-peniaga dari Siam/Thai untuk tapak kedai di situ. 
Tanah ini asalnya tanah yang telah ditebusguna dari paya dan kolam yang sudah ditambak. Ripin telah mengeluarkan banyak modal untuk tujuan tersebut dan ini hasil yang dia dapat.

Inikah yang dikatakan membela nasib orang Melayu dan inikah yang dikatakan membela nasib orang Islam? 
Apakah perbezaan fahaman politik sudah cukup kuat menjadi alasan untuk pihak berkuasa tempatan termasuk JKKK bertindak seperti Zionis merobohkan rumah-rumah orang Palestin di situ?

Setakat ini cuma tanah seorang peniaga Cina yang dikenali dengan nama Kedai Yap oleh penduduk tempatan saja yang mempunyai geran tanah yang sah dan selebihnya tanah di kawasan berkenaan masih lagi berstatus tanah setinggan.

Dun Kemasek diwakili oleh Ir. Rosli dari Umno BN dan Adun ini telah 'disucikan' dalam PRU 13 lalu oleh Mat Said bersabit dengan tuduhan rasuah. Adun ini pernah meringkuk di dalam lokap polis IPD Kemaman. 
Walau bagaimanapun Adun tersebut berpaling tadah kepada Mat Said setelah Mat Said dipecat dari jawatan MB Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.