ADUN PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib bersedia untuk keluar parti jika
PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas
mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini.
"Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia," katanya.
Beliau ditanya jika beliau sanggup berbuat demikian jika PAS kekal dengan pendirian mereka sekarang dalam krisis menteri besar Selangor.
Saari dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan
terhadap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar
Selangor bagi menggantikan Khalid.
Saari berkata, mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".
"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk
bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan
terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.
Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.
"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama," katanya selepas sidang media Wan Azizah di Subang tengah hari ini.
Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.
"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.
"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya.
Hasnul pula berpendapat pentadbiran Khalid sekarang tidak lagi
menjunjung semangat Pakatan selepas beliau mengumumkan kerajaan Pakatan
tidak wujud lagi di Selangor.
"Saya sebagai YB Morib mengambil langkah yang sama dengan YB Hulu Kelang untuk menyokong kerajaan Pakatan di Selangor.
"Semangat dan roh Pakatan itu tak ada pada menteri besar dan saya
bersama Pakatan untuk memerintah negeri Selangor sebenar-benarnya,"
katanya.
Beliau turut mengkritik Khalid yang menurutnya "merosakkan Selangor jam demi jam".
"Kerosakan yang dilakukan Khalid kepada Selangor bukan setakat minggu ke
minggu tetapi on an hourly basis (jam demi jam)," katanya. ~mk
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.