Dengan Alasan Apa Sekali Pun Reputasi PAS Dah Pun Punah Di Mata Penyokong PR
Pada ahli PAS mungkin tidak ada apa-apa yang pelik
Tapi apa yang aku maksudkan adalah dari pandangan dan persepsi pengundi dan penyokong PR terhadap PAS dan pimpinannya
Suara Salahuddin ni pun masih belum pasti lagi suara Salahuddin atau suara PAS.....sebab terlalu banyak mulut yang membebel dari Presiden, Setiausah, Dewan Ulamak sehinggalah ke AJK Pemuda!
PAS
mengambil masa seminggu lagi untuk membuat keputusan berhubung
perubahan dalam jawatan menteri besar Selangor kerana tugas itu bukan
semudah menukar ketua kampung, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub,
hari ini.
Tapi apa yang aku maksudkan adalah dari pandangan dan persepsi pengundi dan penyokong PR terhadap PAS dan pimpinannya
Suara Salahuddin ni pun masih belum pasti lagi suara Salahuddin atau suara PAS.....sebab terlalu banyak mulut yang membebel dari Presiden, Setiausah, Dewan Ulamak sehinggalah ke AJK Pemuda!
Tukar
menteri besar bukan semudah ganti ketua kampung, kata Naib Presiden PAS
Salahuddin Ayub. Gambar fail The Malaysian Insider.
Parti
Islam itu dikritik hebat kerana melengahkan keputusannya sama ada Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim patut atau tidak dikekalkan sebagai menteri
besar Selangor walaupun cadangan PKR mengenai pertukarannya dibuat pada
23 Julai iaitu memutuskan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail akan mengambil alih jawatan berkenaan.
“PAS sengaja
mengambil lebih masa, bukan sebulan tetapi hanya seminggu untuk mencapai
keputusan berhubung isu mengganti menteri besar Selangor. Kita bercakap
mengenai jawatan menteri besar, kerusi nombor satu dalam pentadbiran
kerajaan negeri.
“Kita bukan mahu menukar ketua kampung, ini mengenai pertukaran seorang menteri besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Wan Azizah
hari ini mendedahkan bukti beliau mendapat sokongan 30 Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) daripada PKR, DAP dan PAS untuk mengambil alih
tugas menteri besar tetapi Khalid enggan menerimanya, dan berkata
majoriti perlu diputuskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Persidangan DUN akan datang dijadualkan pada November.
Salahudin
merayu rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) - PKR dan DAP - memberi PAS masa
sehingga 17 Ogos untuk membuat keputusan yang adil, berhemah dan
berhikmah.
"Janganlah ada
di kalangan kita mengambil pendekatan ‘pushing down into our throats'
(memaksa orang lain menerima sesuatu yang tidak disukai).
Sekurang-kurangnya ada pilihan, agar yang terbaik diberi berkhidmat
kepada rakyat.
"Usah gusar
dengan komitmen PAS dalam perjuangan menentang kezaliman, menentang
rasuah, menentang, kronisme dan nepotisme," katanya.
Salahudin
berkata, bukan saja masa, wang, keringat dan air mata yang PAS curahkan,
malah darah dan nyawa mereka korbankan dalam perjuangan menentang
kebatilan.
Katanya, pada saat yang kritikal ini, unsur emosi dan sentimen harus diketepikan.
"Prinsip
integriti, setiakawan, keadilan, kebijaksanaan serta hikmah mesti
mengambil tempat dalam mempertahankan kerajaan PR di Selangor," katanya.
Beliau berkata, semua pihak perlu berhemah dalam hal ini.
"Kita perlu
menghalusi faktor-faktor ini secara terperinci agar kita sampai kepada
keputusan yang adil dan baik bagi semua pihak termasuk negeri, rakyat,
istana dan individu yang terlibat. Keadilan yang menjadi teras
perjuangan PR mesti ditegakkan," katanya. – 14 Ogos, 2014.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.