BEIJING
: Tiga armada perang China telah melakukan rondaan di kawasan perairan
James Shoal yang terletak 80km dari sempadan negeri Sarawak yang menjadi
tuntutan Malaysia.
Pegawai
dan tentera yang bertugas diatas armada berkenaan bersumpah untuk
melindungi kedaulatan dalam penyataan terbaru terhadap ketegasan Beijing
untuk menuntut hak diatas Laut China Selatan sekaligus menaikkan
kembali ketegangan diplomatik diantara Kuala Lumpur dan Beijing.
Kumpulan
armada perang yang dihantar ke perairan Laut China Selatan itu terdiri
dari sebuah kapal amfibia bagi tujuan pendaratan, 'Changbaishan', dengan
diiringi dengan dua kapal pemusnah, lapor agensi berita Xinhua.
Dalam
satu majlis yang diadakan di kawasan Zengmu Reef, tentera dan
pegawai-pegawai diatas kapal telah bersumpah untuk melindungi kedaulatan
negara dan kepentingan maritim. Zengmu Reef adalah istilah China bagi
merujuk nama kawasan James Shoal.
Kawasan Pertikaian Antara Kuala Lumpur & Beijing
Panglima
armada, Jiang Weilie menggesa anggota serta pegawai tentera yang
bertugas diatas ketiga-tiga armada tersebut untuk bersedia melawan dan
meningkatkan keupayaan dalam pertempuran bagi membantu Beijing menjadi
sebuah kuasa maritim dunia.
Sejak
akhir-akhir ini, Beijing meningkatkan pengaruhnya di Laut Cina Selatan
ekoran tuntutan bertindih selain pertikaian hak maritim di kawasan yang
dipercayai mempunyai potensi simpanan minyak dan gas yang tinggi dan
Beijing mendakwa mereka memiliki keseluruhan hak kedaulatan diatas laut
Cina Selatan.
Pada
Mac yang lalu, Kuala Lumpur telah membantah pencerobohan 4 armada China
ke kawasan tersebut. Malah dalam 'lawatan 4 armada berkenaan' tentera
Cina telah melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda kehadiran mereka
ke kawasan tersebut.
Pada bulan April berikutnya, sebuah kapal Maritim
Cina datang kembali ke kawasan berkenaan dan meninggalkan penanda keluli
bagi mempertegaskan tuntutan mereka keatas kawasan tersebut.
Maklumat
tambahan : Tiga hari lepas Changbaishan dan dua escort destroyers Wuhan
dan Haikou melakukan latihan pendaratan di Paracel Island.
Kemudian
Reuters laporkan 15 jam lepas (tq kepada Mohd Khairil Anuar) Fleet ni
dilaporkan melakukan perkara yang sama juga di JAMES SHOAL. Sekali lagi.
- Sumber Military Malaysia FB
Pj Blogspot.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.