Peletakan
jawatan Lee Chin Cheh sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Kajang membuka persoalan sama ada tempat itu akan ditandingi oleh Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesuruhjaya
PAS Selangor Iskandar Samad (kiri) berkata, walaupun hanya mengetahui
pengunduran itu melalui media, beliau difahamkan bahawa PKR akan meminta
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berundur dan Anwar akan bertanding
dalam pilihan raya kecil.
“Saya
hanya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution semalam
bahawa PKR akan meminta Tan Sri Khalid berundur dan Anwar akan
bertanding pada satu pilihan raya kecil,” katanya
Menjawab
SMS Malaysiakini hari ini, beliau berkata, beliau akan membincangkan
perkembangan itu dengan PAS negeri dan pusat dan merasakan ia masih
memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.
“Perkara
seperti ini sepatutnya dibincang dengan semua parti,” katanya ketika
ditanya sama ada PAS Selangor bersetuju dengan pengunduran Lee itu.
Spekulasi itu timbul ekoran laporan The Star Online bahawa Anwar akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar.
Portal
itu melaporkan bahawa Khalid bersetuju melepaskan jawatannya bagi
memberi laluan kepada ketua pembangkang Dewan Rakyat itu.
Anwar bagaimanapun menafikannya.
DAP: Tak pernah bincang
Sementara
itu, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua (kanan) berkata, setakat ini tiada
sebarang perbincangan atau persetujuan dibuat untuk menggantikan
menteri besar Selangor dibuat.
“Tidak pernah dibincangkan,” katanya menjawab soalan Malaysiakini.
Sementara
itu, Yeoh yang juga ADUN DAP bagi kawasan Subang Jaya jari ini turut
ditanya berhubung kemungkinan calon untuk kawasan itu.
“Saya
tidak mahu cakap perihal calon dan saya tidak mahu mengulas khabar
angin. Agak awal untuk membuat spekulasi. Sehingga hari ini kerusi ini
kosong. Itu sahaja,” katanya.
Yeoh juga berkata, oleh kerana ia kerusi PKR, parti itu yang akan mengumumkannya.
Penganalisis: Anwar jadi PM? Mustahil
Sementara
itu, penganalisis politik James Chin (kiri) pula beranggapan mustahil
Anwar akan menjadi menteri besar Selangor kerana kedudukannya sekarang
sebagai pemimpin nasional.
"Jika
beliau jadi menteri besar dia akan berada di kedudukan sama dengan Lim
Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang. Itu mustahil," kata beliau ketika
dihubungi Malaysiakini.
Chin menganggap cerita 'kurang senang' mengenai PKR itu berkaitan dengan pemilihan parti itu April depan.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh hari ini mengumumkan kekosongan kerusi DUN Kajang.
Undang-undang menetapkan pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.