Maklumat sahih dari kem bekas 2 Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad
dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyebut, usaha-usaha sedang dibuat untuk
membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.
Sumber yang memaklumkan perkara ini kepada aku menyebut bahawa usaha
tersebut dibuat memandangkan di dalam UMNO tidak ada pemimpin yang boleh
menggantikan Najib Tun Razak jika keputusan dibuat untuk menggantikan
Perdana Menteri tersebut.
Lagipun Anwar juga katanya sudah tidak melihat sebarang harapan akan
dilantik menjadi Perdana Menteri selagi berada bersama Pakatan Rakyat,
memandangkan majoriti orang Melayu masih sukar menerima politik DAP dan
PAS pada masa yang sama.
Hanya UMNO saja katanya yang membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri
pada ketika kepimpinan Najib mula ditolak rakyat Malaysia.
Mahathir dikatakan bersedia melupakan semua masalahnya dengan Anwar,
asal sahaja Anwar bersetuju untuk menggantikan Najib, sementara Paklah
memang tidak pernah ada masalah dengan Anwar, malah Paklah adalah
individu yang bertanggungjawab mengeluarkan Anwar dari penjara pada
2004.
Disebutkan juga bahawa kenyataan Anwar semalam untuk mengadakan
rundingan dengan UMNO dalam pelbagai isu berkaitan perpaduan negara,
hanyalah alasan pemimpin utama Pakatan Rakyat tersebut untuk memasuki
UMNO.
Ini bukan pertama kali Anwar memohon untuk mengadakan rundingan dengan
UMNO atas pelbagai isu, sudah beberapa kali puntapi tidak pernah
mendapat perhatian dari parti utama orang Melayu tersebut.
Justeru, aku meminta pejabat Ketua Pembangkang agar menjelaskan
kebenaran di sebalik dakwaan ini dengan segara bagi mengelakkan
kekeliruan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat berterusan.
Usaha kem Mahathir dan Paklah untuk menggulingkan Najib bukan cerita
baru, tapi kita tidak sangka Anwar pula yang jadi pilihan mereka berdua
untuk menggantikan Najib di Putrajaya.
Sebaiknya perkara ini dijelaskan dengan segara, rakyat mahu tahu apa
sebenarnya yang terjadi di atas. Sekiranya isu ini ada kebenaran, maka
mungkin akan ada perubahan besar pada lanskap politik
Malaysia.- negarapakatanrakyat.blogspot.com
http://www.kualalumpurpost.net/anwar-ibrahim-bakal-masuk-umno-0/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.