Walaupun pengakuan terperinci telah diberi oleh Sirul Azhar bin Haji
Umar (IC No: RF12559 ) tentang pembunuhan terancang yang dicatatkan
dalam Laporan Polis No: 7380 /06 pada 9 November 2006 pada jam 1635 oleh
Inspektor Nom Phot a/l Prack Dit , Mahkamah rayuan pada 23 Ogos tahun
ini telah memutuskan untuk membiarkan kedua-dua Sirul Azhar dan pemberi
arahan, Kapten Azilah Hadri bebas begitu sahaja.
Umum mengetahui bahawa Kapten Azilah Hadri adalah bekas polis dari unit elit UTK (Unit Operasi Khas Polis Diraja Malaysia ) dan pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri yang pada masa itu merupakan Datuk Seri Najib Razak.
Dia telah dipanggil oleh Setiausaha peribadi Najib dan ketua keselamatan , DSP Musa Safri , selepas Abdul Razak Baginda melaporkan kepada kawan rapat yang juga rakan bisnes terbesarnya Najib Razak , bahawa dia telah diganggu oleh wanita Mongolia yang menuntut bahagian sogokannya daripada RM540 juta wang rasuah dari transaksi jual beli rahsia kapal selam dari Perancis.
Sirul Azhar menyatakan dalam kenyataan polis bahawa dia telah diarahkan oleh Azilah untuk membantu ‘menguruskan’ wanita bernama Aminah atau Altantuya Shaariibuu yang sering mengganggu seorang tokoh penting. Dia juga menambah bahawa ganjaran wang tunai sebanyak RM50, 000 -100,000 akan diberikan.
Saya tidak pasti jika Sirul tahu siapa yang telah membuat tawaran itu, dan jika tahu sekalipun, apa sahaja nama yang disebutnya sudah pasti telah dipadam dari kenyataannya oleh pegawai-pegawai polis yang setia melindungi VVIP dalam Umno Baru.
Pernah buat ‘kerja serupa’ sebanyak 6 kali
Tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan kejam ialah Abdul Razak Baginda yang mengemukakan afidavit bersumpah yang ada menyebut bahawa dia telah memperincikan maklumat kepada Kapten Azilah Hadri mengenai masalah dengan si Altantuya.
Razak Baginda juga menambah bahawa Kapten Azilah memberi jaminan bahawa tugas itu akan segera diselesaikan dan dengan riaknya memberitahu bahawa sebelum ini dia pernah menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes yang serupa.
Tiada siapa yang waras akan mengaku melakukan pembunuhan kejam - lebih-lebih lagi apabila mangsa tidak dikenali olehnya dan adalah seorang wanita cantik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki Casanova yang rapat dengan ahli politik.
Altantuya jelas bukanlah seorang penjenayah tegar. Siapa yang tergamak untuk menembak perempuan itu sebanyak dua kali dengan jarak dekat di kepala walaupun dia merayu untuk tidak di apa-apakan - termasuk anak dalam kandungan?
Apa sahaja jenayah yang mungkin telah dilakukan, mengugut umpamanya, dia tetap berhak untuk dibicarakan di mahkamah. Setiap anggota polis tahu bahawa - atau sepatutnya tahu akan hak itu walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
Walau bagaimanapun , Kapten Azilah Hadri dan Sirul Azhar bukanlah calang-calang polis. Mereka komando dari UTK , dilatih sebagai penembak tepat dan bersedia untuk mengikut perintah tanpa soalan. Siapa yang memberi arahan?
Sudah pasti mereka tidak akan taat kepada Abdul Razak Baginda – dia hanyalah orang awam, walaupun rapat dengan orang yang mempunyai pengaruh politik. Perintah itu sudah semestinya datang dari seorang pegawai polis yang lebih tinggi, dalam hal ini setiausaha peribadi Najib Razak , bekas DSP Musa Safri , yang telah dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke negeri lain.
Tuan politik wajib bertanggung jawab
Mengapa Musa Safri tidak pernah dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan itu, yang telah direkodkan menjangkau 159 hari ? Dia merupakan ketua keselamatan dan pembantu peribadi kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Apa jua tindakan yang telah diambilnya adalah di atas arahan mereka, demi kepentingan serta keselamatan diri mereka. DSP Musa Safri jelas seorang pekerja yang setia kepada tuan politiknya.
Merekalah yang mesti bertanggungjawab diatas tindakan pekerja mereka - terutamanya jika tindakan ini melibatkan penculikan dan pembunuhan kejam , ditambah pula dengan penggunaan bahan letupan jenis ketenteraan untuk memusnahkan bukti badan seorang wanita yang mengandung.
Kita tidak harus lupa bahawa seseorang di Jabatan Imigresen dengan sengaja memadam dari pangkalan data komputer, semua rekod kemasukan Altantuya Shaariibuu dan rakan-rakannya. Siapa yang mempunyai kuasa untuk memerintahkan jenayah sedemikian rupa?
Pada bulan Oktober 2006 apabila kisah itu mula diketahui, Kementerian Dalam Negeri ( yang mengawal Jabatan Imigresen) baru-baru ini telah disusun semula dan walaupun Mohd Radzi Sheikh Ahmad sepatutnya bertanggungjawab, ia merupakan satu tempoh yang penuh kekeliruan tanpa diketahui dengan jelas dari manakah datangnya arahan.
Sudah pasti ada seseorang yang sangat berkuasa dalam hierarki jawatan yang boleh melakukan jenayah sekeji diatas (hampir) tanpa halangan. Bukti ini menunjukkan kepada siapa ya? Siapakah pelaku yang mampu melakukan tipu daya yang kompleks ini?
Benarkah Rosmah tiada di tempat kejadian?
Abdul Razak Baginda mempunyai rakan-rakan yang berpengaruh tetapi dia tetap mengekalkan profil yang rendah.
Tidak banyak yang perlu dirisaukan oleh Razak kecuali reputasinya jika hubungan sulitnya dengan Altantuya diketahui umum - selain daripada menghadapi kemarahan isterinya, Mazlinda Makhzan ( seorang pengarah dalam syarikat yang terlibat dengan perjanjian kapal selam ).
Walaupun skandal ini memaksa SPRM memulakan penyiasatan, kebiasaanya kes akan ditutup selepas keghairahan orang ramai terhadap kes mula reda.
Begitu juga dengan anggota beruniform yang terlibat dalam kes itu. Musa Safri mungkin telah bersubahat dalam melakukan jenayah yang serius , tetapi sebagai seorang pegawai polis Melayu yang ketaatannya kepada Tuan Besar melebihi tugasnya sebagai penjawat awam, dia hanya akan mendapat simpati setelah mengakui peranannya dan untuk memberi laluan agar keadilan dapat dijalankan.
Kapten Azilah dan Sirul jelas terlibat , melalui pengakuan Sirul serta akuan berkanun terperinci yang ditandatangani oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam a / l Perumal. Walau bagaimanapun, peranan mereka hanyalah pada dasarnya untuk melakukan kerja kotor orang lain.
Dalam akuan berkanun yang ditandatangani pada 18 Jun 2008 oleh Raja Petra Kamarudin , blogger kontroversi dan editor newsportal Malaysia Today yang lebih dikenali sebagai RPK, beberapa individu lain juga telah terlibat dalam pembunuhan sensasi itu.
Malah, pengakuan RPK mendedahkan bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor mungkin telah berada di tempat kejadian pembunuhan itu, bersama-sama dua pegawai berpangkat tinggi dari bahagian kejuruteraan Kementerian Pertahanan, Lt Kol Abdul Aziz Buyong dan isterinya Lt Kol .
Norhayati Hassan, kedua-duanya merupakan pakar dalam penggunaan bahan letupan C4 . RPK mendakwa dia telah diberi maklumat menggemparkan ini oleh seorang pegawai kanan Perisikan Tentera.
RPK kemudiannya menarik balik akuan bersumpahnya pada bulan April 2011 dalam satu temu bual yang disunting oleh TV3 , stesen yang mesra kerajaan, dengan memberi penjelasan bahawa dia tidak pasti sama ada apa yang dia dengar adalah benar.
Alasannya adalah dia merasa ia merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang warganegara untuk memberitahu masyarakat tentang apa yang didengarinya .
Ramai yang melihat ini sebagai satu petunjuk bahawa RPK mungkin telah diminta untuk memfailkan akuan itu pada Jun 2008 oleh pihak yang mahu menghancurkan aspirasi Perdana menteri Najib Razak.
Siapakah yang membocorkan maklumat?
Dalam Umno Baru terdapat ramai yang ingin melihat Najib Razak dan isterinya yang berpengaruh dikeluarkan daripada parti - skandal Altantuya akan menjadi senjata yang paling tepat bagi tujuan ini.
Tiga nama segera muncul di fikiran : Mahathir Mohamad, yang mempunyai matlamat untuk memastikan anak bongsunya , Mukhriz , menjadi Perdana Menteri , Tengku Razaleigh Hamzah , yang telah mengintai jawatan PM sejak pertengahan 1980-an , dan Muhyiddin Yassin, timbalan Najib, yang sudah pasti mengimpikan jawatan tertinggi negara itu.
Walaupun siasatan terperinci terhadap kes pembunuhan Altantuya menunujukkan bahawa skandal kapal selam Scorpene mula diketengahkan pada tahun 2002, iaitu semasa tempoh Mahathir, Najib Razak pasti akan disabitkan kerana dia pada masa itu merupakan menteri pertahanan di kabinet Mahathir.
Abdul Razak Baginda , menurut akuan berkanun menggemparkan P.I Bala pada 3 Julai 2008, telah diperkenalkan kepada Altantuya Shaariibuu oleh rakannya Najib Razak di sebuah ekspo berlian di Singapura.
Tanpa menyembunyikan apa-apa, Razak Baginda telah menceritakan kepada penyiasat peribadinya bahawa Najib tidak mahu lagi terlibat dalam skandal besar selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, hanya kedudukan sahaja dari jawatan teratas.
Jadi, dia mahu Razak Baginda untuk mengambil alih peranannya sebagai ‘sugar daddy’ kekasih Mongolianya yang bercita rasa tinggi itu.
Umum telah mengetahui bahawa kelemahan Najib Razak adalah wanita cantik. Kelemahan itu merupakan ‘Achilles Heel’ hampir setiap tokoh penting - terutama dalam rimba politik dimana pemangsa bersembunyi di sebalik sifat kepura-puraan dan kemunafikan.
Penipuan
Dengan jumlah wang begitu besar terlibat, Umno Baru layak digelar sarang tipu daya.
Penipuan dan pujuk rayu, rasuah dan ancaman, pergaduhan sesama sendiri – inilah yang sering berlaku dalam persekitaran politik kita sekarang.
Tiada siapa yang mahu berhadapan risiko kehilangan segala-galanya, jadi perkahwinan untuk kesenangan, pragmatisme sinis, dan politik berkepentingan menjadi kebiasaan.
Siapa peduli akan kebenaran? Ini semua hanyalah persepsi semata-mata, dan di sinilah pakar kaki pusing memainkan peranan mereka. Siapa peduli tentang keadilan? Ia boleh dijual beli jika kamu punya wang yang banyak.
Umno Baru telah tenggelam sehingga ke paras songkok tinggi mereka dalam kolam penipuan dan konspirasi tersembunyi.
Walaupun ada yang bakal gembira melihat Najib dan Rosmah dikeluarkan dari papan permainan, terdapat juga yang takut kehilangan kuasa sepenuhnya sekiranya perebutan kuasa bertukar ganas.
Mereka lebih suka berkhidmat untuk seorang pemimpin korup yang boleh menawarkan faedah kepada mereka - daripada seorang pemimpin bersih yang pasti akan serta-merta memecat mereka di atas ketidakcekapan dan ketamakan.
Negara butakan mata terhadap kes BUNUH
Jadi, setelah tujuh tahun selepas kematian kejamnya yang sia-sia di tangan penjahat zalim yang bersembunyi disebalik nama kerajaan Malaysia, hantu Altantuya Shaariibuu masih belum dapat ditenangkan.
Kesunyian yang menyelubungi episod umpama mimpi buruk ini mendedahkan konspirasi di peringkat tertinggi - dan seluruh kerajaan persekutuan Barisan Nasional sebenarnya terlibat sama kerana bersubahat dalam pembunuhan kelas pertama.
Kerana kerajaan sepatutnya mewakili semua, setiap rakyat Malaysia akan mengalami nasib yang sama - sehingga kita menebus kembali kewarasan fikiran dan maruah kita sebagai rakyat kepada negara yang berkemungkinan sekali berhadapan dengan kehancuran.
Adakah kita patut berhadapan dengan semua ini setelah 56 tahun kita merdeka? Hanya untuk dikenali sebagai sindiket jenayah besar yang terdiri daripada penipu, orang-orang munafik, pencuri, perogol dan pembunuh?
Terjemahan oleh Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle
Malaysia Chronicle
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.