Datuk Jamil Khir Baharom bersalaman dengan peserta Konvensyen Pendakwah Negara 2013. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 November, 2013.
Datuk Jamil Khir Baharom bersalaman dengan peserta Konvensyen Pendakwah Negara 2013. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 November, 2013.Jabatan Peguam Negara memberi "lampu hijau" kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mempertingkat kuasa undang-undang mahkamah Syariah dan tidak terikat dengan "653" lagi, kata Datuk Jamil Khir Baharom.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya bidang kuasa hukuman undang-undang mahkamah syariah diperluaskan tanpa mempunyai limitasi kepada enam sebatan, denda RM5,000 dan tiga tahun penjara sahaja, atau lebih dikenali sebagai undang-undang "653".
Beliau berkata, ia adalah langkah wajar yang dilakukan Jakim dalam usaha menangani penyebaran fahaman Syiah dan beberapa isu lain yang melibatkan agama.
"Kita tidak mahu lagi hukuman yang hanya melibatkan enam sebatan, RM5, 000 denda dan penjara tiga tahun.
Kita mahu semakan semula hukuman yang
lebih relevan dengan masa kini," katanya kepada media selepas merasmikan
Konvesyen Pendakwah Negara 2013 di Kuala Lumpur, hari ini. – 7
November, 2013.
The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.