Followers

Wednesday, August 7, 2013

PM Dan Menteri Kabinet/Ahli2 Parlimen BN/ADUN2 BN Bila Lagi ?

Ketua Menteri, exco dan Adun PR di Pulau Pinang isytihar harta


August 07, 2013

Semua 11 ahli exco negeri dan 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mengisytiharkan aset mereka semalam.

Salinan pengisytiharan aset dari exco dan ADUN dari PR diedarkan kepada pemberita di Komtar, Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) berkata butiran aset termasuk hartanah, pelaburan dan kenderaan bermotor dilaporkan sehingga 5 Mei tahun ini.

Berdasarkan pengisytiharan, Lim mempunyai dua rumah kedai di Melaka; dan RM308,368 dalam simpanan tetap, saham dan unit amanah di lapan syarikat.

Sebuah rumah kedai dibeli pada harga RM435,000 sementara sebuah lagi dengan harga RM530,000.

Lim juga melunaskan pinjaman pembelian dua rumah kedai itu. Beliau tidak mempunyai kenderaaan, menurut The Star hari ini.

 Zar Ali III's photo.
Phee Boon Poh pula adalah ADUN yang mempunyai hartanah terbanyak di Pulau Pinang dengan memiliki lapan pemilikan hartanah.

Phee mengisytiharkan sebuah apartmen di Butterworth; sebuah rumah di Taman Dahlia; sebidang tanah di Teluk Air Tawar; sebuah megapuri di Bagan Ajam dan sebidang tanah di Batu Kawan.

Beliau turut mempunyai rumah dan tanah di Hamilton, New Zealand dan mempunyai pegangan saham di 24 syarikat serta enam unit amanah di enam syarikat.

Pengisytiharan itu akan dimuatnaik di laman sesawang kerajaan negeri hari ini. - 7 Ogos 2013


The Malaysia Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.