
Seorang anggota polis dari bahagian Cawangan Khas dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun atas kesalahan sengaja menyimpan maklumat mengenai pencerobohan bersenjata tentera Sulu di Lahad Datu Februari lalu.
Koperal Hassan Basari didapati bersalah mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan kerana menyimpan maklumat mengenai pencerobohan selepas hakim Mahkamah Tinggi Ravinthran Paramuguru memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu tanpa keraguan yang setara.
Memetik dari Star, peguam bela Koperal itu, Ram Singh berkata bahawa mereka akan mengemukakan rayuan semula menentang hukuman dan perbicaraan.
The Malaysia Insider
Hassan, 58 tahun kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan namun dilihat menitiskan air matanya ketika memeluk keluarganya sebelum dia dibawa pergi.
Ravinthran berkata, beliau berpuas hati dengan hukuman Hassan iaitu penjara maksimum kerana tertuduh bukan merupakan anggota biasa atau orang orang awam.
Hassan didapati bersalah atas kesalahan yang dilakukan di Ibu pejabat Lahad Datu Cawangan Khas antara 2 Jan dan Mac tahun ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan berkata hasrat tertuduh untuk tidak memaklumkan kepada pegawai atasannya menyebabkan beberapa pasukan keselamatan Malaysia cedera dan terbunuh ketika melindungi kedaulatan negara, lapor Star.
"Keluarga mereka mengalami kehilangan orang tersayang dan kerajaan juga terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk memastikan keselamatan orang-orang yang terjejas.
Ini adalah satu tindakan pengkhianatan kepada negara kerana sebagai anggota polis, Hassan terikat untuk melindungi rakyat," katanya dalam hujah pendakwaannya. – 7 Ogos, 2013.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.