Followers

Wednesday, August 7, 2013

Koleksi gambar sebenar rakyat Malaysia yang konon negara maju 2020


Photo

Kak Ani habag, dia rasa nak menitis air mata bila lihat si bayi itu tercungap-cungap hisap susu dlm sudu kecil itu tak tinggal sisa. Bila Kak Ani tarik sudu itu, si bayi ini secara otomatik genggam kuat2 sudu itu, pegang kuat-kuat, tak mau bagi lepas sebab terlalu lapar.

Sempena hari terakhir Ramadhan 1434 ni aku kopipes dari blog MonierMatDin: Jalan-jalan Masuk Kampung Bulan Ramadhan.
 
 
Photo
 
 

Aku malas nak komen apa-apa, cuma nak bubuh koleksi gambar-gambar dan juga sikit dari coretan Monier yang menceritakan realiti sebenar rupa kemiskinan yang mungkin ada yang tak percaya masih lagi ujud di Malaysia.

YllixMedia Network. Iklan network untuk semua blogger. Guaranteed
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar.
 
 


Rumah berdinding buluh tanpa air tanpa elektrik

Atap Zink – untuk menadah AIR HUJAN
 


ini jamban semula jadi di rumah Makcik Jaharah, Kg Ulu Bakai

Ini pula adalah rumah Melayu zaman P.Ramlee.
 
 


Tak dapat tahan rasa sebak sebaik-baik saja menerima sumbangan

keluarga ibu tunggal: Pn Zalina bersama 7 drpd 8 org anak-anaknya

Kak Ani cerita, sekali itu bila beliau dan attendan hospital mai melawat rumah Pn Halifah yang jauh ke dalam ini, dari kaki bukit itu lagi mereka boleh dengar suara bayi menangis, makin dekat makin kuat. 
 
Rupa-rupanya sebab budak itu lapar susu tapi susu tak ada. Kak Ani kata dia tak tau nak buat apa, kesian kat budak itu, tiba-tiba Kak Ani nampak saki baki susu abang si bayi ini, yg minum susu timbang beli kilo dalam cawan, adalah dua tiga titik tinggal.

Kak Ani ambik sudu kecik, kaut susu itu dan bagi bayi itu minum. Kak Ani habag, dia rasa nak menitis air mata bila lihat si bayi itu tercungap-cungap hisap susu dlm sudu kecil itu tak tinggal sisa. Bila Kak Ani tarik sudu itu, si bayi ini secara otomatik genggam kuat2 sudu itu, pegang kuat-kuat, tak mau bagi lepas sebab terlalu lapar. - MonierMatDin
 
 


Klik la link tu untuk baca kisah selanjutnya bayi tu. Kalau mata hangpa masih tak bergenang cuba baca, yang kat bawah ni pulak terutama sekali yang bertajuk Tuhan Itu Ada. Kalau dah baca semua tapi masih tak rasa apa-apa aku taktau la nak kata apa...


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/08/koleksi-gambar-sebenar-rakyat-malaysia.html#ixzz2bFwy734J
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.