Followers

Sunday, April 24, 2011

Kemarahan MCA pada Umno membuak-buak - Oleh p111kotaraja

Membenci Utusan samalah dengan membenci Umno, jika anda marah dengan Utusan Malaysia, tindakan anda sama lah dengan anda memarahi, Najib dan pimpinan Umno yang lain.

Sebab Utusan Malaysia merupakan surat khabar arus perdana yang merupakan juga lidah resmi parti tersebut.

Dengan menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. MCA mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, yang menyifatkan akbar milik Umno tersebut sebagai mempunayi otak dan pemikiran yang tidak waras dan gila, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan akhbar berkenaan bagi membantu mempercepatkan lagi edaran Utusan Malaysia supaya terus menjunam.
Langkah Utusan Malaysia yang mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum adalah satu langkah terbelakang yang dipelopori dan didalangi oleh Umno yang mempunyai kepentingan dalam akbar tersebut.

Cabaran kita ialah seperti yang dinyatakan oleh LGE bahawa MCA dan parti-parti Cina  yang lain didalam Barisan Nasional wajar meninggalkan Umno dan Barisan Nasional kerana anda sudah tidak diperlukan disana.
 
http://p111kotaraja.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.