Menurut blogger ini, 28 ADUN Barisan Nasional yang telah memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini terdiri daripada kaum Iban dan Bidayuh, akan bertindak keluar BN untuk menyertai parti lawan sekiranya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud merangkap perompak wang rakyat tidak mahu meletak jawatan.
Di bawah ini screenshot yang diambil daripada akaun Twitter blogger tersebut.
Bagaimanapun, ReJaM© menganggap berita ini hanyalah sekadar cakap-cakap atau khabar angin yang tidak perlu digembar gemburkan. Barangkali ada gesaan dari "orang dalam" Barisan Nasional yang mahu Taib Mahmud segera meletak jawatan kerana menyedari beliau selama ini jelas menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional. Ini jelas kerana salah laku beliau sudah menjadi bangkai gajah yang tidak mampu ditutup dengan tudung saji.
Salah seorang orang dalam BN yang bersungguh-sungguh mahu Taib Mahmud meletak Jawatan adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saudara Khairy Jamaluddin. Beliau dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu Taib meletak jawatan meskipun keputusan PRN Sarawak belum lagi diketahui secara rasmi
[MsianInsider].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.