Followers

Sunday, April 24, 2011

NAJIB/UMNO Semakin Kalut Dan Kelam-Kabut Oleh: ruhan

"Najib dan BN mengalami situasi gembira bercampur gundah setelah keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 diketahui.  Sungguhpun mereka berjaya memerintah Sarawak dengan majoriti dua pertiga tetapi keterperanjatan terhadap kemerosotan undi popular sebanyak 8% menyentap kegembiraan mereka. Negeri yang selama ini menjadi fixed deposit BN sudah tidak selamat lagi.

Keadaan itu wujud ketika mereka telah mempergunakan segala-galanya secara optimum untuk menjatuhkan kewibawaan Pakatan Rakyat.  Gabungan itu bukan sahaja sedikit pun tidak terusik malahan juga berjaya menambah kerusi sebanyak 100%; iaitu dari 8 kepada 16 kerusi.  Lebih manis bagi Pakatan ialah menghumban Presiden SUPP dan orang kanannya. 
 
Maka dengan nada amat kurang senang Dr. M telah mendakwa DAP telah berjaya membawa politik perkauman ke Sarawak.  Semua orang tahu kenyataan ini dikeluarkan kerana dengki terhadap kebolehan DAP menawan hati kaum Cina di Sarawak dengan cara yang paling bersih. Pengundi Cina tidak perlu disogok dengan wang malah menghulurkan wang kepada DAP untuk menggerakkan jentera pilihan raya. 

Hal ini tidak akan berlaku dalam kem BN. Mereka mengugut dan merasuah pengundi. Ada tuai rumah yang mengaku menerima sogokan sebanyak RM10,000.00 supaya mengundi BN. Sayangnya, separuh daripada sogokan itu merupakan cek tendang. Di samping itu, terdapat juga sungutan tentang perbuatan menceroboh peti undi di beberapa kawasan. Kesemuanya membuktikan pilihan raya yang tidak telus telah berlaku di Sarawak. 
 
Tambah menyeksakan BN ialah perbandingan undi yang diperoleh BN dengan undi yang diperoleh Pakatan yang ditekan dan dizalimi semahu-mahunya itu. BN beroleh 372, 379 undi. Pakatan beroleh 300, 288 undi. Angka inilah yang sedang menghantui Putrajaya.  
 
Mereka sedang gelabah tentang sambutan rakyat terhadap Pakatan walaupun sebelumnya terlalu yakin Sarawak ialah kubu kuat mereka.  Jika hal itu boleh berlaku di negeri fixed deposit BN, apatah lagi di negeri-negeri yang goyah seperti Perak, Negeri Sembilan, Perlis, dan tidak terkecuali Sabah dan Terengganu.

Maka melentinglah Utuseks Meloya dan PERKASA. Jangan bagi muka kepada kaum Cina. Gerakkan 1 Melayu, 1 Bumi. Meletup pula suara MCA menentang gagasan itu. Najib pun menepisnya dengan berkata itu pendapat peribadi Utuseks Meloya bukan kerajaan. Padahal semua orang tahu akhbar lucah itu milik UMNO.  
 
Dr. M yang tadinya hentam DAP sebagai perkauman mula tersentak. Rupa-rupanya UMNOlah yang perkauman. Dia pun tak setuju dengan gagasan itu. Namun, bacaan Pakatan terhadap penafian Najib itu lebih daripada itu. Najib sudah jadi Pak Lah Ke-2. Jadi bos tetapi tiada upaya untuk memimpin. Dia sudah jadi Pak Turut kepada orang yang dipimpinnya. Di manakah letaknya kredibiliti Najib ketika ini? 

Di tengah-tengah kekalutan itu, muncul pula kenyataan kendur Dr. M dalam gaya membodek. Orang Cina tidak selalunya anti-BN.  Flip floplah pula. 
 
Seorang timbalan menteri dari UMNO pula meminta semua parti komponen BN supaya tidak memarahi kaum Cina yang sokong Pakatan kerana pengundi-pengundi yang sama akan ditagih undi mereka dalam pilihan raya mendatang.  Sistem demokrasi mengizinkan rakyat memilih siapa yang mereka suka. Dia ni sengaja cari nahas dalam BN. Sebabnya BN tidak pernah menerima hakikat itu. Mereka mahu mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun. 
 
Itulah sebabnya Anwar diperlakukan sedemikian rupa hingga UMNO menolak ke tepi perundangan Islam walaupun selama ini mendabik dada sebagai pejuang Islam hanya sanya untuk menandingi PAS!!! UMNO dan Najib sudah semakin kalut dan kelam-kabut. Tiada apa-apa lagi yang boleh diharap daripada UMNO/BN!!!
 
http://bilahrotan.blogspot.com "

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.