Seminggu dua ni, blogger dan penulis pencacai UMNO di Kedah sibuk tembak peluru kapor, manifesto satu pun kerajaan PR tak buat. Oleh kerana kesian dengan depa yang buat dosa kering maki hamun dan fitnah orang lain, saya perturunkan laporan pencapaian manifesto untuk tatapan semua. Siap dengan keterangan dan penjelasan. Yang dah buat, kita kata buat, yang sedang buat kita kata sedang proses untuk buat, yang tak dapat kita kata tak dapat buat.
Telus dan terbuka.Tup-tup depa kata bohong pulak! Mereka yang menuduh kita tak buat, bila kita senaraikan, depa kata projek depa la pulak! Aik heran sungguh dengan bengap tahap gaban (BTG) ni (bahasa orang sekarang).
Kita ambik satu contoh BTG depa...polisi sifar rasuah. Ya, kita memang meletakkan sifar rasuah sebagai agenda tertinggi dan terkedepan. Memang tak ada ahli politik dan pegawai disabitkan kesalahan rasuah sejak 3 tahun ini... dan pintu terbuka 24 jam sehari untuk SPRM siasat. Tiba-tiba BTG ni suruh SPRM siasat pelaburan di Papua...kata depa libatkan 4 juta (mana depa dapat angka tu tak tau lah). Persoalannya, itu rasuah atau pelaburan. Depa pun tulis pelaburan. Untuk buktikan ada rasuah, depa kena pi lapor kat SPRM dan kemukakan bukti. Dalam kes ini, beban bukti terletak kepada si penuduh, bukan orang kena tuduh. Kalau setakat nak hemtam tulis ikut suka...sapa pun boleh.
Kita ada 56 item dalam manifesto, 44 item sudah dibuat, 8 item belum dibuat, dan 4 item dalam proses untuk dibuat. Tak payah la pi merawit kepada hal- hal yang tidak tercatat dalam manifesto.
Depa kata satu manifesto pun tak buat, satu pun tak buat, satu pun tak buat...apa dia yang kita tak buat...apa dia. Depa kena senaraikan apa yang terkandung dalam manifesto tetapi tidak dibuat, dengan bukti-bukti bahawa ia tidak dibuat buat. Manifesto parti apa yang depa rujuk?Ini tidak, depa bandingkan apa kita buat dengan apa BN buat dulu-dulu. Itupun depa kena kalah jugalahhhh...terutama bab balak...awat masa hamapa cuma RM 8-9 juta, masa PR boleh sampai RM53 juta....jawab la jawab. Tapi itu bab perbandingan, bukan tajuk manifesto ( nanti kita masuk tajuk tu) Itukan dah lari tajuk....deyy thambi, tajuk kita ialah pelaksanaan manifesto.
kerana tak dapat pertahankan statement mereka bahawa Kerajaan PR tak buat satu pun kandungan manifesto, depa ambik jalan senang...tulis saja...SETPOL MB BOHONG! Macam budak darjah satu... sumber: tranungkite online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.