Followers

Tuesday, September 29, 2009

Tan Sri Isa Samad Calun BN di Bagan Pinang

Apa yang diperkatakan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah sedikit masa dulu bahawa Parti UMNO adalah Parti Rasuah, kini terbukti apabila Pemimpin Tertinggi UMNO tetap memilih Tan Sri Isa Samad sebagai calun Bagan Pinang dalam Pilihanraya Kecil itu hari ini. Ini jelas menunjukkan bahawa apa yang dikatakan oleh YBM Tengku Razaleigh adalah benar. Walau bagaimanapun kita sama2 tunggu apa kah keputusan bakal diketahui pada 11hb. Oktober 2009 nanti. Sekaligus kita mendapati bahawa apa yang disarankan oleh Tun Dr. Mahathir, dah tak laku lagi, atau mungkin PM One Malaysia terhutang budi kepada Tan Sri Isa Samad, Wallahuallam.

Ini Kerja Zambry MB Makhamah





Paparan yang akan korang tengok nanti ialah mengenai pendedahan satu salahguna wang rakyat dan juga sikap pemimpin UMNO ni yang meletakkan satu standard yang amat hina kepada semua anggota TLDM yang tinggal di kuaters TLDM di Lumut.Kisahnya bermula disini….
Kuih Raya yang berlebelkan nama Zambry
Bungkusan ini telah ditinggalkan begitu sahaja dihadapan rumah setiap penghuni blok
Gambar diatas merupakan barangan yang diberikan oleh zambry kepada semua pegawai-pegawai dan penghuni Blok C Kuaters TLDM Lumut.Apa yang menambah marah beberapa dari mereka ialah sikap pemberi sumbangan ini yang seolah-olah satu menampakan ia sebagai satu penghinaan moral kepada anggota TLDM kerana di buat dan dilayan seperti mereka ini kurang mampu dan mengharapkan bantuan dari UBN.Cara bagaimana barangan ini yang hanya ditinggalkan dikaki hadapan pintu Kuaters itu juga dianggap sebagai satu tindakan yang memalukan dan kurang sopan.
IA juga boleh dinyatakan dan dianggap sebagai RASUAH POLITIK yang cuba di berikan oleh pihak UBN kepada mereka memandangkan Pilihanraya yang lepas Zambry yang bertanding untuk kerusi Dun Pangkor menang dengan undi POS dari anggota TLDM yang ada dan juga berkemungkinan untuk cuba MEMBELI undi bagi menghadapi pilihanraya Negeri yang akan tiba pada bila-bila masa sahaja.Barangan yang ditinggalkan juga disifatkan sebagai tiada keikhlasan kerana ada darinya telah terbuka dari bungkusan terlebih dahulu.
Dibawah ini sya nyatakan jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan bagi agenda ini..:
Anggaran kos setiap rumah dianggarkan sebanyak RM 70.00
Anggaran keseluruhan mengikut jumlah Blok adalah seperti berikut :
Blok A : RM 70.00 x 100 pintu x 39 Blok = RM 273,000.00
Blok B & C : RM 70.00 x 6 pintu x 35 Blok = RM 14,700.00
Banglo Pegawai Kanan TLDM : RM 70.00 x 30 Blok = RM 2,100.00

Kos Keseluruhan dianggarkan sebanyak RM 289,800.00
Tarikh pengagihan ini ialah pada 5 & 6 September 2009 sekitar jam 2200 hingga 0100 pagi.Disini juga timbul satu persoalan mengapa ia diberikan pada waktu ketika semua penghuni Blok ini sedang tidur dan mengapa waktu malam menjadi pilihan dan juga SIAPA yang ditugaskan untuk menghantarnya…????
Sepatutnya pengagihan ini tidak perlu diberikan kepada anggota TLDM memandangkan mereka mempunya gaji dan pendapatan yang tetap.Seharusnya ia diberikan kepada Rakyat yang lebih memerlukan yang mana lebih ramai lagi RAKYAT yang perlu DIDAHULUKAN oleh UBN…!!Ada hanya segelintir sahaja penduduk dikawasan Kg berhampiran yang menerima Bantuan dan yang lain hanya diabaikan.
Jika benar Zambry nak bagi sumbangan pada agensi kerajaan yang ada kenapa hanya TLDM sahaja..???Adakah kerana nak MENGUTAMAKAN undinya disana maka RAKYAT yang perlu DIDAHULUKAN kini DIABAIKAN..!!!
Keseluruhan kos yang digunakan duit siapa agak-agaknya..???
source : Perakexpress

YB Lompat Ke Makhamah

BATU GAJAH 27 Sept. - "Saya akan hadir seperti biasa. Tiada apa yang perlu ditakutkan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, YB Jamaluddin Mohd. Radzi berhubung sambungan perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya esok.
Menurut Jamaluddin, dia memang menantikan detik tersebut kerana ingin menegakkan kebenaran dan membuktikan dirinya tidak bersalah.
"Saya sudah bersedia dan tidak akan lari atau mengelak untuk hadir ke mahkamah. Bila tahu diri tidak bersalah, kita tidak akan takut," katanya.

Monday, September 28, 2009

ISU PKFZ

Kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi dipertikaikan apabila mengheret isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kepada penyiasatan ke atas Raja Petra Kamarul dan ahli kabinet yang telah membocorkan kertas kabinet melibatkan projek berkenaan.
Polis kelihatan bekerja keras dalam memastikan mereka yang terlibat dalam usaha penghebahan kandungan yang dikatakan sebagai kertas kabinet dihukum kerana telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Persoalannya di sini, mana lebih penting? Apa yang pasti, kandungan kertas kabinet itu mendedahkan tentang Menteri Kewangan membuat syor kepada kabinet supaya memberi kelulusan secara retrospektif peningkatan kos pembangunan daripada RM 1.088 bilion kepada RM 4.6 bilion zon bebas cukai itu. Menteri Kewangan juga dikatakan membuat syor supaya kabinet meluluskan pinjaman RM4.6 bilion kepada Lembaga Pelabuhan Kelang (PKA) untuk menyiapkan projek berkenaan.
" Apabila Musa Hassan mengumumkan akan membuat siasatan konon berlakunya pembocoran kertas kabinet, berkaitan dengan skandal PKFZ. Kita merasakan bahawa Musa Hassan cuba lari daripada isu yang sebenar" ujar Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin. Skandal PKFZ walaupun ianya dibincangkan di kabinet, dan diputuskan dalam kabinet menunjukkan menteri-menteri cuba mencari jalan untuk menghalalkan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ ini.
Fokus utama kandungan kertas kabinet itu hakikatnya memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sejauh mana ketelusan dalam pentadbiran kewangan di negara ini.
Timbul isu sama ada kertas kabinet itu mungkin palsu. Tetapi jika ia benar, polis sewajarnya meluaskan skop penyiasatan mereka kepada pihak yang bertanggungjawab tanpa memilih bulu dan bukannya menghumban mereka yang cuba mencari kebenaran di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Nampaknya Musa Hassan dan seluruh element kepolisian ini ingin mencari siapakah menteri yang bertanggungjawab dan tidak memfokuskan kepada usaha untuk menyiasat bagaimana penyelewengan wang rakyat boleh berlaku, siapa yang terlibat, siapa menteri yang mendalangi skandal ini, dan siapakah orang politik dari UMNO, MCA dan Barisan Nasional yang mendapat keuntungan. Itu yang sebenarnya yang harus diberikan tumpuan" tambahnya lagi. Namun tindakan polis ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Waima, ianya acapkali berulang sehingga ramai yang melabelkan institusi kepolisian itu sebagai kuda tunggangan UMNO-BN dalam menyelamatkan kepentingan politik dan peribadi mereka.
"Sekarang ini mereka sedang cari kambing hitam . Dalam hal ini ada dua kambing hitam mereka cari. Yang pertamanya Raja Petra, serangan sekarang tertumpu kepada Raja Petra dan yang keduanya, mereka akan cari sampai dapat siapa menteri yang mendedahkan yang membongkarkan kertas kabinet ini".
TV Antara turut mendapatkan respon dari Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkenaan dengan isu tersebut. "Ya saya melihat ini satu usaha untuk menutup kes ini dan akhirnya saya menjangka bahawa mereka akan mengisytiharkan bahawa dokumen yang tersiar dalam Malaysia Today itu adalah dokumen rekaan dan akhirnya tidak ada siapalah yang kena tangkap". Bagi beliau apa yang lebih penting ialah mereka yang menggelapkan wang rakyat harus didakwa dan bukannya mereka yang membongkarkan pengkhianatan tersebut meski pun ia melibatkan orang kenamaan dalam barisan kerajaan.
"Bagi saya bahawa saya minta polis sepatutnya bukan menyiasat untuk menentukan sama ada dokumen itu betul atau pun tidak kerana Datuk Najib sendiri telah pun menyatakan bahawa dokumen itu sebagai dokumen yang disahkan sebagai dokumen kabinet. Jadi apa yang penting sekarang ini ialah bukan siasatan siapa yang membocorkan dan menyebar dokumen kabinet itu tetapi yang harus disiasat ialah bagaimana kabinet boleh meluluskan satu keputusan yang melanggari prosedur- prosedur kewangan" katanya.
Beliau juga turut menggesa kerajaan mengambil langkah mengisytiharkan kertas kabinet yang melibatkan PKFZ sebagai dokumen umum.
"Bermakna jika dokumen ini dianggap open document atau dokumen terbuka, siapa-siapa sahaja boleh memiliki dan siapa-siapa sahaja boleh mengetahui tentang dokumen yang boleh mengetahui apa sebenarnya keputusan yang dibuat oleh kabinet yang menunjukkan bahawa kes ini bukan hanya membabitkan Ong Tee Kiat tetapi kes ini membabitkan hampir keseluruhan anggota kabinet pada waktu itu yang sebahagian besarnya masih berada dalam kabinet di bawah Datuk Najib, termasuk Datuk Najib sendiri dan juga Tan Sri Muhyiddin yang terlibat dalam membuat keputusan melanggari prosedur dan peraturan-peraturan kewangan".
"Saya cabar kerajaan khususnya kepada Datuk Najib, kalau betul Datuk Najib mendokong prinsip integriti, ketelusan untuk melihat kepentingan negara dan rakyat ini, saya mencabar untuk Datuk Najib mengisytiharkan dokumen kabinet yang dianggap sebagai rahsia rasmi tersebut iaitu dokumen berkaitan PKFZ, supaya dikeluarkan dari klasifikasi OSA".

sumber: tvantara

CARTA PKFZ: SIAPA YANG KENYANG?


Sunday, September 27, 2009

Bagai Melepas Anjing Tersepit


Ni lagi satu monkey keluar dari hutan...
"cuba lu bertanding lagi sekali tengok lu boleh
menang ke ?"

Saturday, September 26, 2009

Peringatan Buat KPN & Peguam Negara

Demi menyelamatkan Pirate of Port Klang, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan semalam bertegas untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang membocorkan kertas kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) .
Musa berkata menteri kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran itu.
Pencatat percaya ada dalang lebih besar mengarahkan Musa mengeluarkan arahan sedemikian. Bukan menjadi rahsia lagi terdapat 'naga' lebih besar terhadap isu penyelewengan terhadap PKFZ.
Pelik, sudah lama menyiasat. Satu orang pun tidak ditangkap. Bukti ada, maklumat lengkap dan fakta perakaunan terbukti. Apa lagi mahu tunggu ?
Malah tidak mustahil UMNO menerima ' habuan' lebih besar dari MCA. Dengarnya MIC dapat juga 'saguhati'. Menghidu & Menutup Najis BN.
Marhean tergelak-gelak melihat telatah Musa sejak kebelakangan ini. Tidak berhenti-henti menutup taik yang bertaburan di Putrajaya yang diberakkan oleh pimpinan BN-UMNO. Pencatat adakalanya merasa kesian terhadap Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah SPRM. Saban hari terpaksa menghirup, menghidu dan menutup taik yang ditinggalkan oleh lanun-lanun negara.
Adakah mereka ini setelah mengangkat sumpah taat-setia terhadap agama dan negara sanggup bersetongkol dengan pelaku jenayah.
Kepada Musa, pencatat berharap usahlah mencari pembocor kartas siasatan itu. Tangkap sahaja mereka yang melakukan jenayah. Usah buat kerja-kerja yang menjatuhkan maruah sendiri. Tuan (Musa Hassan) anak guru agama, masakan tidak mengetahui yang mana satu tahi negara dan penyelamat negara. Si-pembocor maklumat itu mahu rakyat tahu Perdana Menteri melindungi penjenayah. Sampai bila mahu bermuka benggis dihadapan media, pada masa yang sama marhaen tergelak dengan lakunan tidak bermutu.

sumber: AMK Johor

Wednesday, September 23, 2009

Nasihat dari Tok Guru

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Tuesday, September 22, 2009

KITA TOLAK KERAJAAN YANG ZALIM

Hadith Rasulullah SAW menyatakan, 'Sesiapa yang melihat yang diantara kamu kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah Iman'. Dan hadith yang lain pula: 'Jihad yang paling afdal adalah kalimah yang benar di hadapan pemerintah yang zalim'.
Hadith-hadith di atas jelas menunjukkan bahawa perjuangan menentang kezaliman itu wujud pada bila-bila masa, pada setiap ketika, dalam aman mahupun perang, tanpa mengira umur. Hadith-hadith itu juga menerangkan bahawa sekiranya kita melihat kemungkaran maka kita harus melawannya, yang membezakannya hanyalah kadar penentangannya yang tersebut.
Saya disini mengandaikan bahawa para pejuang keselamatan negara yang bakal mengundi secara pos di Bagan Pinang, Negeri Sembilan ini tidak terkecuali daripada bersetuju bahawa mereka turut melihat pelbagai jenis kezaliman; sama ada yang mereka rasai sendiri, mahupun yang mereka lihat yang ditanggung rakyat yang lain.
Gaji asas golongan keselamatan adalah dibawah paras kemiskinan yang telah dikaji oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Secara amnya, garis paras kemiskinan negara adalah separuh daripada jumlah pendapatan negara di Malaysia, iaitu RM1,500. Pakatan Rakyat telah berjanji melalui manifestonya pada 2008, bahawa Pakatan Rakyat jika menguasai Kerajaan Persekutuan, akan memastikan bahawa gaji minima bagi mana-mana majikan, kerajaan atau tidak, akan memberi gaji asas kepada para pekerjanya sebanyak RM1,500 sebulan.
Kita dapat lihat sendiri berapa ramaikah diantara kenalan kita, khasnya yang di dalam Pasukan Keselamatan, yang memperolehi gaji lebih rendah daripada itu.
Hakikatnya negara Malaysia ini negara yang kaya, malangnya kekayaan yang melimpah-ruah ini dijadikan sasaran golongan politik rakus seperti UMNO dan Barisan Nasional untuk memperkayakan suku-sakat mereka tanpa mempedulikan keadaan daif dan sengsara mereka yang menjaga keselamatan negara. Kita dapat lihat prasarana kediaman pihak Polis yang uzur, dan mereka setiap hari membanting tulang ditengah panas terik membantu dan mengawal keselamatan negara.
Bagi kami di Pakatan Rakyat, anda berhak untuk memperolehi dan merasakan kemewahan negara, bersama-sama rakyat yang lain. Anda berhak juga untuk merasakan walau sedikit, kekayaan golongan mega-kaya UMNO dan Barisan Nasional yang hari ini tidak ada seorang pun daripada pemimpin mereka yang miskin. Ini amat berbeza dengan golongan UMNO yang terdahulu, sehinggakan rakyat melihat kesengsaraan pemimpin mereka, dan rakyat itu jugalah yang membantu mengurangkan kedaifan pemimpin politik mereka ketika itu.
Sekiranya anda dahagakan perubahan hidup, sekiranya anda ingin menguji Pakatan Rakyat, maka berilah undi pos anda kepada Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. Kami akui kemenangan PAS di sini tidak akan memenangkan Kerajaan Persekutuan kepada kami, tetapi ia boleh menjadi ISYARAT MAYDAY bahawa UMNO dan BN akan tumbang dalam Pilihanraya ke-13 yang akan datang.
Sekiranya Pakatan Rakyat tidak memberikan atau mengotakan janji gaji minima selepas Pilihanraya ke-13 nanti, anda masih lagi boleh mengundi semula BN yang selama 52 tahun selepas kemerdekaan masih lagi meletakkan pejuang keselamatan negara sebagai 'Rakyat Kelas ke-2'.
Marilah kita bersama-sama jadikan Bagan Pinang sebagai 'Perang Waterloo' bagi UMNO dan BN. Kemenangan PAS di sini akan menjadi titik-tolak kehancuran UMNO dan BN termasuk politik memperkayakan kroni dan famili. Airmata Napoleon Bonaparte akan menjadi airmata Najib Razak. Marilah kita bersama-sama menunjukkan protes kita terhadap layanan buruk BN dan UMNO terhadap pasukan Polis dan Tentera agar isyarat jelas dapat dinyatakan: KAMI BUKAN RAKYAT KELAS KEDUA! KAMI PEJUANG NEGARA!

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH - TAQBIR

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



Saya ZAKRI HJ MOHD. ALI dan isteri
DAYANG MARIA BT ABDUL RAHMAN
ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Dzahir & Batin.

Friday, September 18, 2009

BN Hilang Kepercayaan Rakyat - Dr. Hatta

Barisan Nasional akan bertanding pada pilihanraya kecil di Bagan Pinang negeri Sembilan sebagai gagasan yang rapuh, dengan hubungan antara parti komponen di warnai oleh kesangsian antara satu sama lain.
Bendahari PAS Dr Hatta Ramli berkata Pakatan Rakyat sebaliknya akan menampilkan diri sebagai barisan yang semakin jitu, bersatu dan didokong oleh segenap lapisan masyarakat.
“Saya yakin dengan melihat kepada line up kita yang ada ni bahawa kerjasama ini dapat kita panjangkan di Bagan Pinang ini, PAS, Keadilan dan DAP, bagi saya berada dalam persahabatan dan kerjasama yang paling baik pada masa ini.
“Inilah suasana kerjasama yang paling baik buat masa ini, kita boleh lihat, mesyuarat pimpinan berjalan dengan lancar dan akan dimantapkan lagi dengan penstrukturan daripada struktur itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ceramah di Kampung Si Rusa Bagan Pinang. Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan diadakan pada 11 oktober dengan penamaan calon pada 3 oktober.
Kira-kira 2,000 penduduk sekitar bagan pinang menghadiri cermah ini, petanda jelas sokongan terhadap Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan semakin mantap.
“Kita sudah menang tujuh kali pilihan raya kecil di Semenanjung, kalah sekali di Sarawak, dan kali ini pilhan raya ke sembilan dan berlaku di negeri Sembilan, kawasan Barisan Nasional, kawasan yang satu hari dulunya, katakan 15 tahun yang lalu tiada yang punya kewarasan pemikiran yang boleh menyangka negeri Sembilan ini tuan-puan, pembangkang boleh menang.
“Mereka rasa yang boleh menang satu dua kerusi pun DAP tetapi baru-baru ini kita telah menang 15 kerusi dan itu bukan satu jumlah yang sedikit malah mengejutkan mereka. Walaupun mereka menang Bagan Pinang dengan majority 2,300, hari ini tuan-puan mereka cukup takut dan mengelabah,” katanya.
Dr Hatta berkata Umno-BN selama ini cuba memaparkan Pakatan Rakyat sebagai gagasan yang semakin retak dan akan berpecah belah, namun hakikat adalah di sebaliknya.
“Mereka mengatakan bahawa PR akan pecah bila-bila masa, Datuk Seri Najib meramalkan bahawa PR sedang mengatur dengan mengatakan PR sedang melakukan kesalahan yang besar terutamanya di Selangor
“Dan beliau berasa yakin bahawa kerajaan Pakatan akan tumbang di Selangor, tiba-tiba tuan puan, komponen BN satu demi satu menuju kehancuran.
“Bukan hanya di komponen di Semenanjung, komponen di Sabah dan Sarawak sama-sama bertelagah dan berpecah. Baru-baru ini dalam Perhimpunan Agong MIC, tetamu jemputannya ialah Najib Razak merasmikan dan dia sudah peril Samy Vellu, dia cakap kita tidak boleh jadi popular dalam parti sahaja, kita mesti popular dengan masyarakat.
“Dia sudah target samy Vellu sebab Samy Vellu sudah ditolak oleh rakyat, Sungai Siput sudah tolak dia,” katanya.
Dr hatta berkata tindakan Samy Vellu mengkritikan Najib secara terbuka menunjukkan perbalahan antara pemimpin BN semakin hampir kemuncaknya.
“Sebab Samy Vellu tidak popular lagi tetapi Samy Vellu dia lawan pula Najib dan perli Najib dengan kalau mahu jadi pemimpin semua masyarakat mesti jadi pempimpin, kalau mahu jadi pemimpin kepada semua masyarakat, mesti jadi pemimpin parti dulu.
“Menunjukkan bahawa keadaan dalam MIC dan BN sangat-sangat tidak sihat, perubahan yang dibawa oleh MIC tidak berlaku, orang lama, orang yang telah ditolak oleh rakyat lagi dipilih sebagai pemimpin. Mereka sedang berpecah,” katanya.
Dr Hatta berkata perbalahan dan pertelingkahan antara pemimpin BN yang semakin serius sedang mengheret parti itu kepada satu lagi kekalahan di Bagan Pinang.
“Inilah senario di dalam Barisan Nasional hari ini tuan-puan, mereka sedang berpecah. Sampaikan mereka kata tidak guna berebut, berkuasa di dalam parti tetapi setiap kali pilihan raya kecil, mereka kalah dan mereka sedar dan mereka sudah tahu bahawa kekalahan sedang menanti mereka,’ katanya.
sumber:tvantara

Thursday, September 17, 2009

Tak Kan Najib Mahu Letak Jawatan PM


Hampa ingat senang-senang Najib nak letak jawatan!
Labels: BN, Najib, Pas, Penipuan, Umno
Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" adalah tulen, kata Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar.
Patutlah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dok main ulang-ulang pasukan demi pasukan penyiasat untuk menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Rupa-rupanya depa takut sangat-sangat nak tubuh suruhanjaya di raja bagi menyiasat kes itu, kata Mahfuz.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menjangka, sidang parlimen yang bermula bermula 19 Oktober ini dan berakhir 15 Disember akan "dibanjirkan" dengan isu PKFZ.
Jika dokumen yang didedahkan oleh Malaysia Today itu adalah benar, adakah siapa-siapa yang fikir Najib akan meletakkan jawatan? Gila! Hampa rendam dia dalam ayaq acaq beratus kali pun dia tak akan letak jawatan. Kawan tengah sedap-sedap jadi Perdana Menteri hampa nak suruh letak jawatan?!!
Kalau dokumen itu benar sekalipun, ini Malaysia la bib! BN dan Umno berkuasa dan depa boleh buat apa saja!

Tun Mahathir Sedih

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".
Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan iannya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di sini.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.
"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya.

"Nazri (menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan menteri besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno.
"Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.
Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M Sukumaran pada perhimpunan agung MIC Ahad lepas di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.
Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap.
Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.
Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata: "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya.
"Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata... suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi)."
"Pasal apa dulu tak react, kali ini react.
"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya.
Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC.
"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.
Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya."
Dr Mahathir berkata Sukumaran kini menjadi mangsa percakapannya sendiri.
Selasa lepas, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan penggantungan serta-merta keanggotaan Sukumaran ekoran kecamannya itu. BERNAMA

Perang Saraf Dari Khir Toyo !


KHIR TOYO TERIMA UGUTAN BUNUH – malaysia kini

Khir Toyo tengah hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam selepas menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.
Mantan menteri besar Selangor itu menerima ugutan tersebut dalam sepucuk surat pagi tadi yang dikirimkan ke pejabat DUN beliau di Sungai Panjang
Surat itu antaranya bertulis: "Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor."
"Saya boleh tembak kamu atau sumpitan beracun yang boleh membunuh kamu dalam masa beberapa saat sahaja," surat itu dipetik.
Surat dua halaman bertulisan tangan itu dikirim dari Bukti Raja berdasarkan cop pada setemnya.

KAH KAH KAH

kah kah kah… MACAM MACAM DI BUAT NAK CARI SIMPATI RAKYAT… kah kah kah..

kah kah kah…. INI UGUT DIRI SENDIRI…. kah kah kah…

kah kah kah…. ADA KETUK KEPALA SENDIRI…. kah kah kah…

kah kah kah... NAH ALIH PANDANGAN.... KES RASUAH...kah kah kah

woit.. SAPA ADA MASA NAK LAYAN BEROK INI.... NAK BUNUH APA ?... kah kah kah

kah kah kah... BEROK INI DAH MATI BERDIRI...kah kah kah...'

nota
ini trik paling lama dalam buku perang saraf.
dari zaman iskandar zulkarnain sudah pakai.
september 11 pun pakai trik ini.
madey tangkap al-maunah juga pakai trik ini.
sumber: tukartiub

Back To PKR


The President of the Malaysian Indian United Party, an insignificant and extremely small party with unknown membership strength, Nallakaruppan was reported to have stated as published in the Tamil Nesan on 14th September 2009 that Dato' Seri Anwar Ibrahim is seemingly misleading and hoodwinking the Malaysian Indians into thinking that he his helping the Indian Community. He has also mentioned that Dato' Seri Anwar Ibrahim is playing a 'Ghandhi' role to win the support, and he goes on to say Dato' Seri Anwar is not even worth the dust of Ghandhi’s feet.
As the former Vice President of MIUP, I, Mr. PO. Krishnasamy, who after fully realizing the self-centered nature of Nallakaruppan, who mislead many Keadilan leaders after he was not given a chance to contest in the Ijok by-election in 2007 decided to desert him and his party. Frustrated and greedy for power and position, Nalla became a tool of the ruling Barisan National led by UMNO.
I decided to join MIUP based on what Nalla told me while I was holding the position of Klang Keadilan Division Chief and Deputy Selangor Keadilan Chief for eight years. This was also what he told to Mr. Maniselvam who was the former Wilayah Deputy Keadilan Chief. At that time Nalla told me that Dato' Seri Anwar Ibrahim will become the Deputy Prime Minister in the BN Coalition and he wanted an approved Indian political party to represent the Indians, since MIC was rejected by most of Indians. I believed his lies and joined MIUP thinking that this party will back Dato' Seri Anwar Ibrahim whom I have great faith and respect as a righteous national leader. Later I found out that this was a well planned scheme and plot to attract me into MIUP and further break the unity of the Indians.
My experience with self proclaimed leader Nallakaruppan showed that he had no principles or ideals whatsoever as a leader, of no caliber and the required knowledge and experience to lead the Malaysian Indians. He did not even provide the MIUP Constitution during the launch of the party and until today he has not done so. We believe he might have made himself the President-for-life of the Party.
I, through this press statement would like to challenge Nallakaruppan to a debate on the baseless and unverified issues raised against Dato' Seri Anwar Ibrahim, and also on what the MIUP has done so far for the Indians, their short and long term agenda, and programmes for the development of the Malaysian Indians. So far what we have seen him as being a stooge of BN to personally attack Dato' Seri Anwar Ibrahim. We challenge Nallakaruppan to release whatever information on cassettes he has on Dato' Seri Anwar Ibrahim immediately and not wait for the legal proceedings.
We know for sure that Dato' Seri Anwar Ibrahim is the only leader who can bring all the races together including the Malaysian Indians into one united Malaysian civil society. Dato' Seri Anwar Ibrahim is a leader par excellence and respected by the world community for his great struggle against injustice and oppression of people by irresponsible leaders. For the average Malaysian, Dato' Seri Anwar is the hope and future for a just and united Malaysia. Him, and only him can win the respect of all the races, and bring Malaysia into the forefront of multiethnic democracy and unity. For Malaysians, especially of Indian origin, Dato' Seri Anwar is our hero, who will bring justice and fairness to all Malaysians irrespective of race and creed. This is the type of leader we want, not traitors like Nallakaruppan who betrayed him despite his support by bringing him back into politics. Nalla claims that Dato' Seri Najib is helping the Indians. If he is helping, we want to ask Nalla, what happened to the promises made during garnering membership and the 12th General Election, that land will be acquired to build a Tamil Secondary School?
All these goes to prove that Nalla is nothing but a BN pawn for his selfish motives. Where was Nalla when the cowhead issue was humiliating the Indians?
We urge Nalla to come to his senses and to not insult the intelligence of Indians by stating that he can help the Indians to a better life. We want his mosquito party, which has not even organized its Annual General Meeting last year, and without proper division leaders, to stop giving false information and misleading the Indians. MIUP is only a publicity stunt and a propaganda party for BN. MIUP will never help the Indians because it has no support whatsoever from Malaysian Indians.
The Indians must support Pakatan Rakyat under the dynamic leadership of Dato' Seri Anwar Ibrahim if they want their rights to be recognized and their status improved, instead of being marginalized like what BN has done in the past fifty two years.


P.O. KRISHNASAMY
Member of the KEADILAN International Affairs Bureau &
KEADILAN Welfare Bureau

sumber: Laman Marhaen

UMNO PARTI ISLAM KA ?


Entah kali keberapa Umno diisytihar sebagai parti Islam, kurang dapat dipastikan. Mahathir pernah mengisytihar Malaysia sebagai negara Islam, maknanya Umno yang perintah Malaysia adalah parti Islam.
Abdullah pernah popular dengan slogan ‘Islam Hadhari’, maknanya Umno ketika itu parti Islam Hadhari. Suatu masa dulu Umno pernah digahkan sebagai parti Islam ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Malaysia.
Kini Najib pula kata Umno adalah parti Islam. Buktinya, ayahnya pernah buat Felda, tolong orang miskin dan macam-macam lagi. Oklah tu.
Mengapa pada hari ini, Najib perlu beritahu lagi kepada orang bahawa Umno adalah parti Islam? Tentu kerana Najib percaya bahawa orang tidak percaya Umno adalah parti Islam. Beritahu pula bukan sekali tetapi sudah berkali-kali. Walau sudah berkali-kali pun orang tidak percaya juga, tentu ada masalahnya.
Baguslah kalau Umno jadi parti Islam, tiada masalah apa-apa. Walau pun nama dan perlembagaan Umno tidak menyatakan secara nyata komitmen Islamnya, Umno mungkin boleh kata, “Ah, itu nama sahaja, apa ada pada nama. Yang penting amalan….,” Ok, tak mengapa.
Sebahagian besar orang Umno sendiri pun sebenarnya kurang percaya Umno adalah parti Islam. Mereka masuk dan sokong Umno pun bukan kerana Islamnya tetapi kerana habuan dan fulusnya.
Orang memang tidak pertikai Umno yang jadi kerajaan buat baik. Buat Felda, baik. Tapi, cuba Najib jenguk kembali ke Felda pada hari ini. Apa jadi dengan generasi kedua dan ketiganya? Apa jadi dengan masalah sosial yang membarah di Felda? Pernahkan isu-isu pegangan agama remaja Felda diberi perhatian oleh kerajaan?
Itu masalahnya, Umno yang jadi kerajaan buat baik separuh-separuh atau separuh jalan. Kalau masuk Islam, Umno masuk Islam separuh-separuh atau separuh jalan. Aqad nikah ikut cara Islam, tetapi majlis kendurinya penuh dengan keburukan.
Umno yang jadi kerajaan buat musabaqah al-Quran, itu bagus. Tetapi ditempat yang sama dimana musabaqah dianjurkan, ada pula selepas itu acara-acara lain yang bercanggah dengan al-Quran.
Umno yang jadi kerajaan bagi tanah kepada rakyat, itu bagus. Tetapi masalahnya dalam masa yang sama ada tanah-tanah rakyat yang dirampas dan diambil tanpa pampasan wajar. Bagi tanah memang ikut Islam tetapi ambil dan rampas sebarangan macam mana pula?
Macam mana dengan PKFZ, isu-isu Islam dalam perlembagaan, sikap terhadap Palestin, ISA, isu-isu pendidikan Islam, premis judi dan arak, sikap Umno terhadap golongan anti hadis, sikap Umno terhadap SIS, tidak patuh kepada fatwa dalam isu seperti meletak kalungan bunga dan banyak lagi.
Umno yang jadi kerajaan buat masjid dan surau, tetapi Umno yang jaga kerajaan itu juga yang luluskan lesen judi dan arak.
Kalau Najib kata Umno parti Islam tiada masalah, tapi itulah bentuk Islam yang Umno amalkan. Separuh-separuh, separuh jalan atau serba boleh.
Kalau begitu, Umno parti Islam apa? Parti Islam separuh-separuh, parti Islam separuh jalan atau parti Islam Liberal?
Saya bukan mempersoal keIslaman orang lain, tetapi sekadar untuk beritahu kepada Najib mengenai Islam Umno yang dia laungkan itu.


Sumber : detikdaily

Mahathir Berhak Kritik Sesiapa Saja ?


Oleh kerana beliau bekas Perdana Menteri Malaysia yang terlama dan negarawan yang banyak berjasa kepada negara juga kepada parti MIC maka beliau berhak untuk mengkritik.
Rais Yatim berkata, DS Samy Vellu pun boleh naik ke mercu kerjaya pada era Mahathir.
Katanya, sebahagian besar kemudahan yang diterima MIC selama ini adalah pemberian Mahathir melalui Samy Vellu.
komen: kah, kah, kah, HAK Mahathir untuk mengkritik...kah kah kah
Kah kah kah..ini ulasan Rais Yatim Kaki Bodek....Bakar Jembatan..dulu..
Tak kan munkee ini saja boleh komen....kah kah kah Satu Malaysia pun
nak komen juga kah kah kah
Dah Rompak Negara Sampai Kering....Patut Pun Kena Baling Selipar

kah kah kah - standard Mahathir hanya kena baling selipar...
sumber: tukartiub

Projek Untuk Kroni Rosmah ?


Sebuah syarikat milik individu yang mempunyai talian rapat dengan isteri Perdana Menteri, DS Rosmah, dikatakan bakal mendapat kontrak untuk membekal 400 unit bas bagi Program Khidmat Latihan Negara (PLKN).

Bas bas itu akan diimport dari China dan dijangka memintas kepentingan pengusaha bas tempatan yang setia menampung keperluan pengangkutan peserta PLKN, sejak ia dilancarkan pada tahun 2004.

Bas-bas itu dikatatan ditempah daripada syarikat Dong Feng di China, dan akan dijual kepada kerajaan dengan harga $600 ribu sebuah, hampir dua kali ganda berbanding harga asal.

Difahamkan, Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib mengarahkan syarikat syarikat kaitan dengan kerajaan atau GLC untuk menyediakan dana kepada syarikat berkenaan untuk membawa masuk bas bas terbabit dari China.

Ini kerana syarikat yang terbabit pertalian dengan isteri Najib itu, hanya mempunyai modal berbayar $2 pada masa ini tetapi akan mengaut keuntungan puluhan juta ringgit.

Sumber sumber memberitahu Suara Keadilan kerajaan akan memanggil tender rasmi untuk kontrak itu, untuk memberi gambaran kononnya urusniaga berkenaan dijalan secara telus.

Hakikatnya segala keputusan mengenai kontrak itu sudah pun dibuat. Malah sebuah agensi perkapalan telah dikenalpasti oleh Kementerian Kewangan bagi menguruskan kerja kerja logistik termasuk membawa masuk bas berkenaan dari China.

Sumber itu memberitahu Suara Keadilan, dana bagi pembelian bas berkenaan akan dibiayai oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad. (SPNB).

Sumber juga mendakwa "Prasarana" telah diarah oleh pihak atasan untuk menyediakan dana itu bagi membeli dan membekal atas nama syarikat yang dikaitkan dengan Rosmah.

Dalam pada itu, seorang pengusaha bas yang berpengalaman dalam pembinaan bas mengatakan, bas yang dibuat dari China tidak efisyen dan kos penyelengaraan sangat tinggi.

Sumber : suarakeadilan

Monday, September 14, 2009

Najib PM Terakhir ?


Kalau mengikut teori RAHMAN, memang sah lah Najib Perdana Menteri terakhir, kita doakan semuga dengan idzin Allah SWT, UMNO/BN akan terkubur dalam Pilihanraya Ke 13 kelak, mengikut jejak langkah LDP di Jepun.

Khas Buat Ahli2 UMNO/BN



"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." Surah Hud [11:113]

Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab).

Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka).

Ramalan Tun M : UMNO/BN akan tumbang


Tulisan Tun Dr. Mahathir mantan perdana Menteri Malaysia dalam tulisannya di blog /chedet/ bertarikh 11 Sept 2009 menganalisis kekalahan Parti Liberal Demokrat ( LDP) Jepun yang memegang kuasa semenjak 54 tahun lalu. Dalam satu hari sahaja lebih 100 komen dan respon pembaca telah diberikan yang mahukan perubahan uantuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional.Mahathir berpendapat UMNO dan Barisan Nasional akan mengalami nasib yang sama dengan Parti Liberal Demokrat ( LDP) yang ditolak rakyat negara itu. Situasi politik yang berlaku turut menjejaki parti-parti lain yang memperjuang dan mencapai kemerdekaan dari penjajah asing di serata dunia samada di Asia dan Afrika juga kini semakin lenyap.Rakyat tidak lagi ambil kisah kepada perjuangan dan pengorbanan yang telah dibuat parti dan peminpin mereka. Generasi baru tidak tahu nilai kesusahan pejuang kemerdekaan hingga tidak tahu berterima kasih. Ianya tidak penting bagi kehidupan mereka.Puncanya adalah sikap pejuang bangsa ini tamak dan kepentingan diri. Mereka tidak lagi memperkasa bangsa. Mereka mengabaikan perhubungan dengan penyokong dan akar-umbi telah semakin pudar.Ia tidak dipertikaikan lagi dimana rasuah telah menular kepada Umno dan parti-parti komponennya. Kuasa menjadi rebutan sesama mereka. Pemimpin berkeinginan besar mengekalkan jawatan biarpun usia mereka semakin hilang manafaatnya.Dengan pemimpin begini pembangunan negara dan rakyat telah terabai. Dekad yang lalu pemimpin ini bercakap berbilion ringgit telah dijanjikan kepada beberapa koridor dan sebagainya hanyalah kosong dan tak dapat dipastikan. Tidak dapat ditunjukkan RM 250 bilion lebihan wang Petronas dikatakan telah dibayar kepada kerajaan.Ia bukan lagi pelik apabila mendapati Malaysia telah ketinggalan berbanding dengan jirannya. Sekarang Malaysia bukan lagi negara peneraju dan contoh di rantau ini.Pengundi terutamanya Melayu selama ini begitu setia kepada BN terbukti telah beralih kepada pembangkang pada pilihanraya 2008 yang lalu sehingga negeri Umno terkuat telah jatuh kepada pembangkang.Tidak mustahil pilihanraya umum akan datang BN bakal tumbang seperti yang berlaku di Jepun. Pengundi muda tidak mempedulikan apa itu sejarah perjuangan lalu dan ia tidak memberi makna kepada mereka.Hanya yang boleh menyelamatkan BN adalah tiada perubahan kemajuan parti pembangkang kerana mereka bukan pilihan alternatif. Oleh itu jika Kerajaan BN gagal memanafaatkan kemajuan ini dan pulihkan keyakinan mereka. Jika tidak, pengundi ini akan kecewa dan akan buat seperti pengundi Jepun yang menumbang parti yang mereka sokong lebih separuh abad itu.Dalam masa lebihkurang 3 tahun pilihanraya akan datang, masa itu terlalu singkat. Beliau berharap tindakan drastik diambil untuk membaiki keadaan dan rakyat dapat merasakan terbela. Jika tidak BN akan termasuk dalam kumpulan parti lapuk dan terhina kepada sejarah baru.Komen dan respon pembaca nampaknya mereka mahu mengumpul kekuatan mereka dan mencari kelemahan pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Sunday, September 13, 2009

Bahaya Orang India Menyamar Melayu !


PEMBANGKANG TIADA MASA DEPAN – CHANDRA MUZZAFAR

MASA depan pembangkang di negara ini banyak dipersoalkan oleh kebanyakan pihak sekarang walaupun kedudukan mereka dilihat kukuh selepas pilihan raya Mac tahun lepas berbanding sebelumnya.

Ini memandangkan kemelut antara mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) semakin membimbangkan terutama dalam isu membabitkan soal kaum dan agama. Menurut Chandra, kemahiran menguruskan hubungan antara kaum dan agama ini hanya mampu dicapai melalui pengalaman.

“Jika kita tidak mempunyai pengalaman dan hubungan yang ada banyak dipengaruhi oleh faktor politik maka adalah sukar untuk menangani sebarang isu-isu tentang kaum dan agama,” katanya.

KAH KAH KAH…

woit… JANGAN NAK TIPU MELAYU… BUBUH NAMA CHANDRA MUZAFFAR…kah kah kah…

woit… NAMA MUNKEE NI SEGARAN PILLAI…. kah kah kah…

kah kah kah…. INI NAK TIPU MELAYULAAA… BUBUH NAMA MELAYU…kah kah kah…

woit… PAKAILAH NAMA SENDIRI… JANGAN NAK TIPU MELAYU… kah kah kah…

woit… PATUT LAH SULTAN JOHOR MARAH… TUKAR TUKAR NAMA…kah kah kah..

kah kah kah…. PROJEK TUKAR NAMA ADALAH PROJEK NAK TIPU MELAYU LAAA… kah kah kah…

kah kah kah...TUKAR NAMA KERANA NAK DAPAT PROJEK BALAK...kah kah kah"

sumber : tukartiub

Saturday, September 12, 2009

SPRM lambat siasat Khir Toyo.



Tindakan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan ingin menyiasat bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo mendedahkan ketidakcekapan badan itu sendiri.
Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, siasatan sepatutnya telah dilakukan sejak awal lagi berikutan aduan rasmi daripada beberapa pihak berhubung isu Balkis dan Rumah Agamnya itu.
Ini lah sebenarnya perkara terbaik yang sepatutnya SPRM buat sejak dulu lagi, Saya kesal kerana baru sekarang siasatan ini dibuat sedangkan kes itu telah pon dibuatkan atau didedahkan seawal kami masuk pada buln Mac lepas,
“Kalau kita tengok pada kes beliau yang lain seperti kes rumah beliau telah didedahkan pada beberapa bulan lepas, Walaupun SPRM nampaknya macam ingin seimbang dalam siasatan beliau tetapi bagi saya ketidak kecekapan beliau mengambil semua aduan itu secara cepat itu dibuat,” katanya.
Rodziah berkata, tindakan SPRM itu adalah lewat dan tidak berkesan untuk meleraikan persepsi bahawa badan itu bingkas mensasarkan wakil rakyat pembangkang tetapi pemimpin Umno-Barisan Nasional diberi layanan sebaliknya. .
“Sebab kalau kita tgok apa yang berlaku kepada diri saya sendiri, atau pihak pakatan jika sedikit sahaja cerita itu ditulis didalam blog maka pihak SPRM secara cepat masuk buat siasatan sedangkan bagi pihak Khir Toyo kes ini dilambat-lambatkan seolah ingin menunggu arahan dari seseorang baru siasatan itu dibuat,” katanya.

Sumber : tvantara.com

Friday, September 11, 2009

PEMUDA UMNO SERU RI-M'SIA PERTAHANKAN HUBUNGAN !

Kualalumpur - Hubungan Indonesia-Malaysia kembali memanas menyusul sejumlah munculnya isu sensitif di antara kedua negara dalam beberapa bulan terakhir. Pergerakan Pemuda UMNO (United Malaysia National Organisation) Malaysia menyerukan pemimpin dan masyarakat kedua negara untuk tetap menjaga hubungan baik yang sudah terjalin lama.

'Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) yang konsisten dalam upaya memastikan 'hubungan istimewa' kedua negara bertahan baik, memandang serius ketegangan yang terjadi kini. Hubungan istimewa kedua negara telah terjalin sejak lama berdasarkan persamaan asal budaya dan peradaban harus terus diperkuatkan,' ujar Biro Internasional Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid.

Hal itu dikatakannya melalui pernyataan sikap yang disampaikan kepada KBRI Kuala Lumpur. Sekitar 10 pengurus Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendatangi Kedutaan Besar di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Jumat (11/9/2009) pukul 16.00 WIB waktu setempat. Dua orang perwakilan mereka diterima oleh Minister Consellor Pensosbud KBRI Kuala Lumpur Widyarka Ryananta.

Menurut Ahmad, Indonesia dan Malaysia memiliki peranan penting dalam memacu kemakmuran sosial, politik dan ekonomi di kawasan Asia Tenggara. Hubungan kedua negara, lanjut dia, harus ditingkatkan bukan saja dalam kemajuan ekonomi, tetapi dalam meningkatkan kemajuan sosial dan penghayatan budaya.

Ahmad mengatakan, Pemuda UMNO meminta Pemerintah Indonesia perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak manapun yang terus-terusan memperkeruh hubungan Indonesia-Malaysia.

'Pihak pemerintah harus bertindak tulus dan efektif dalam meredakan perselisihan dan menumpas provokasi dari pihak-pihak tertentu,' katanya.

Ahmad juga mengatakan, Pemuda UMNO meminta media Indonesia

sumber: detiknews.com/indonesia/

SUHAKAM Beri Kata Dua Pada POLIS

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) hari ini memberikan tempoh 7 hari, sehingga 19 September kepada pegawai-pegawai polis yang telah disenaraikan memberikan keterangan bertulis untuk direkodkan.
Pegawai-pegawai polis berkenaan sebelum ini enggan memberikan keterangan bertulis kerana menyatakan tidak ada sebarang peruntukan SUHAKAM untuk merekodkan keterangan daripada pihak polis dan bimbang sekiranya keterangan itu akan digunakan untuk mendakwa mereka di Mahkamah Sivil.
Pesuruhjaya,Dato' Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan kepada sidang tentang hak SUHAKAM dalam mengendalikan siasatan terbuka dan merekodkan keterangan daripada saksi-saksi merupakan sebahagian daripada prosedur inkuiri.
Dalam prosiding yang berjalan selama 1 jam itu, Muhammad Shafee membacakan beberapa akta untuk menjelaskan peranan SUHAKAM dan keperluan keterangan direkodkan tanpa mengira sama ada saksi orang kebanyakan atau pun pihak polis bagi membantu siasatan.
SUHAKAM ujarnya tegas dengan pendirian mereka bahawa pihaknya berhak untuk mengambil keterangan bertulis daripada pegawai polis yang terlibat dan mereka sebagai saksi seharusnya sedia untuk memberikan keterangan untuk direkodkan.
Ianya dijelaskan dalam seksyen 14(1)(a) yang membolehkan SUHAKAM berbuat demikian.
Lima peguam yang ditahan di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini 7 Mei ialah Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhalliwal dan Syuhaini Safwan.
Mereka merupakan anggota pusat bantuan guaman Majlis Peguam dan ditahan dalam perhimpunan sekumpulan aktivis membantah penangkapan Wong Chin Huat, seorang jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), yang menganjurkan orang ramai memprotes persidangan itu dengan berpakaian hitam. Wong ditahan selepas melancarkan kempen "1Black Malaysia" dan ditahan reman selama tiga hari di balai polis tersebut.
Inkuiri seperti sebelum ini dikendalikan oleh tiga panel pesuruhjaya yang terdiri daripada Dato' Muhammad Shafee Abdullah selaku Pengerusi, Datuk Dr. Michael Yeoh dan Datuk Dr. Denison Jayasooria.
sumber : tvantara.com

Thursday, September 10, 2009

DATO SERI IR. NIZAR MB YANG SAH


HAKIM SAHKAN ARTIKEL 72: ZAMBRY KENA GANTUNG, NIZAR MENTERI BESAR SAH

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN.

Malah DPPN Pk amat bersetuju bahawa Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak telah mengikuti semua paraturan di dalam membuat keputusannya terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 ‘Exco’nya adalah sah mengikut Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan tersebut. Perkara ini jelas bertentangan apabila Zambry dan 6 ‘Exco’nya melanggari keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.
DPPN Pk juga amat berkeyakinan bahawa Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan itu juga mengesahkan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN Perak. DPPN Pk meragui keputusan 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan semasa menolak pengesahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah tanpa dokumen bertulis amat tidak mempertegaskan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ini.

Oleh yang demikian, DPPN Pk amat berkeyakinan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut bahawa keputusan kelak akan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

MOHD NUR AMIN Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

09.09.2009

AdukaTaruna: Ustazah mana pulak mengaji Al-Quran ni?


Peristiwa Kenaikan Harga Petrol


Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.


Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam. Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.
Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna". Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."


Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."


Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi." Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,"Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah', 'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu.


Terima kasheh.

Wednesday, September 9, 2009

ANWAR PENGKHIANAT? Siapa kata?


Beberapa minggu sebelum PRK Dun Permatang Pasir, terlalu galak dan lantang beberapa pemimpin Umno yang diketuai oleh TPM Muhyiddin Yassin menuduh DS Anwar Ibrahim adalah pengkhianat. Seperti biasa, `burung-burung belatuk dan terkukur' pun berebut-rebut mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju apa yang di`kahak'kan oleh bos mereka itu. Dan, tidak ketinggalan akhbar `pencacai pengangkut najis' pun sama memainkan peranan mereka siang malam menghasut rakyat agar percaya bahawa DS Anwar adalah `pengkhianat'.

Allah maha kuasa. Kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Ditakdirkan PRK Permatang Pasir pun berlaku dan lebih takjub lagi berlaku di dalam kawasan Si `Pengkhianat'. Lojiknya, j ika Muhyiddin dan beberapa pemimpin Umno termasuk `Raja Sesumpah' Ezam (yang sanggup jadi saksi untuk menyokong bahawa DS Anwar memang pengkhianat) dipercayai rakyat, sudah tentu DS Anwar bakal `ditelanjangkan' di Permatang Pasir. Pelik, ia tidak berlaku malah yang `telanjang bulat' di Permatang Pasir adalah mereka yang `menyembah keris telanjang tak bersarung' itu dulu, kini dan selamanya..


Muslimeen United: Awas, tipu helah Umno-BN!

Oleh: Bekas Profesor, KL.

Harap semua pihak di kalangan Pakatan Rakyat berhati-hati. Hari demi hari kita mula melihat perancangan licik Umno-BN. Bermula di Perak, Kedah dan kita sedang mengalir pelbagai karenah di Selangor.

Hanya satu yang boleh dijangka. Seperti yang disebut Najib, kini semua muncung senjata Umno-BN sedang terarah ke Selangor, lubuk hasil termewah buat Umno-BN.

Pimpinan PR diharap jangan masuk perangkap mereka. Berhati-hatilah selalu. Undangan Najib untuk berbincang nampaknya helah terbaru yang dicipta oleh Umno-BN.

Dan pastinya ini bukanlah yang terakhir, saya percaya akan makin banyak lagi tipu daya dan muslihat yang cuba serta akan dibuat oleh mereka.

Sentiasa berbincanglah selalu di kalangan pimpinan PR. Tidak salah dan rendah martabat kita jika kita sentiasa bermesyuarah sesama sendiri dalam PR demi memastikan ikatan PR makin kukuh.

Moga dengan ikatan yang kukuh ini, PR akan peroleh kemenangan lebih gemilang dalam PRU-13 kelak."

"Membujur Lalu Melintang Patah"

BUBAR DUN PERAK


AJK Dewan Pemuda PAS kawasan Tambun Saudara Mohd Hafez Sabri hari ini mengulangi desakannya supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan segera dan pilihanraya diadakan di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan mereka.

Desakan ini adalah susulan daripada kekecohan yang berlaku di negeri Perak sejak krisis 12 Mac dan yang terbaru pada 2 September lalu apabila Speaker DUN Perak V. Sivakumar bersama 24 ADUN Pakatan Rakyat telah mengadakan Sidang DUN di Hotel Herittage selepas polis menghalang mereka masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK).
Beliau berkata, hanya dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat, demokrasi dan ketertinggian perlembagaan dapat dikembalikan di Perak dan Malaysia.
Ia untuk membolehkan pemilihan semula, agar pengundi negeri Perak mengundi memilih kerajaan mereka.

Mohd Hafez Sabri turut berpendapat, kemelut politik negeri Perak itu telah membawa kesan dan risiko terhadap undang-undang Perlembagaan yang amat serius.
Pemuda PAS Tambun melihat krisis perlembagaan Perak telah menyebabkan sistem perundangan negara ini semakin hilang kehormatannya manakala doctrin separation of power (doktrin pengasingan kuasa) sudah berkecamuk yang mana badan kehakiman boleh mencampuri urusan badan perundangan”, ujarnya merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan 16 April lalu yang membatalkan penggantungan dilakukan oleh Speaker V. Sivakumar terhadap, Zambry Abdul Kadir.

Ia adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Perkara 72(1) Perlembagan Persekutuan dan keputusan mahkamah ini boleh menyebabkan persidangan Dewan Rakyat mahupun DUN boleh dicabar di mahkamah selepas ini. Sebab itulah menurut beliau, DUN perlu dibubarkan segera..
Sebelum ini dilaporkan bahawa sebanyak 97 peratus rakyat Perak mahukan DUN dibubarkan dan ia merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.

“Bubarkan DUN adalah langkah paling bijaksana dan bertamadun kerana ia cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka meraikan demokrasi selari dengan Artikel 21, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang mengatakan bahawa rakyat harus menjadi teras kepada pembentukan sesebuah kerajaan”, tegasnya.
Katanya lagi bahawa Barisan Nasional Perak yang ada pada hari ini perlu malu untuk memerintah Perak secara tidak sah kerana walaupun ketiga-tiga ADUN Bebas menyokong Kerajaan Dr Zambry, tetapi undi popular masih tetap berpihak kepada Pakatan Rakyat iaitu kira-kira 442,660 undi manakala BN mendapat 399,565 undi, majoriti sebanyak 43,095 undi.

“Adakah BN Perak tidak malu memerintah Perak dengan cara gestapo (haram) walaupun seramai 400 ribu lebih rakyat Perak telah menolak mereka dan dalam konteks pemikiran masyarakat intelektual, sepatutnya kerajaan Perak perlu malu alah dan bubarkan DUN untuk menguji penerimaan rakyat terhadap mereka ini”, ujarnya.
“Kita tentu masih ingat keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mei lalu yang pernah mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah bagi negeri Perak dan ini mewujudkan persepsi bahawa menteri besar yang ada pada hari ini adalah haram walaupun disucikan oleh Mahkamah Rayuan”, katanya lagi merujuk kepada pengiktirafan Mahkamah terhadap Dr Zambry sebagai menteri besar Perak.

Mengulas mengenai sidang DUN Rabu lalu sama ada sah dari segi Perlembagaan atau tidak, Ajk Dewan Pemuda PAS Tambun itu, berkata bahawa ia sah.
“Apa yang saya belajar serta menurut Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari serta undang-undang tubuh Negeri Perak itu sendiri, sejak dari mula lagi bahawa Speaker yang sah adalah V Sivakumar dan sudah menjadi bidang kuasanya untuk memanggil sidang DUN dan menggantung keahlian ADUN itu sendiri”

“Jadi tindakan melantik A Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas bahkan beliau jelas melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa,” ujarnya merujuk kepada jawatan Ganesan yang masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan secara haram pada 7 Mei lalu. Jelas beliau.
Justeru katanya Dewan Pemuda PAS kawasan Tambun berharap agar Sultan yang juga bekas Ketua Hakim Negara menggunakan peruntukkan undang-undang untuk perkenankan pembubaran DUN demi kebajikan rakyat Perak dan juga memulihkan integriti badan kehakiman itu sendiri.

“Bubar DUN sebenarnya dapat mengelakkan rakyat Perak daripada terus ditindas kerana percakaran politik PR dan BN ibarat gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati tersepit”
“Dan kepada BN Perak, mereka sepatutnya menyahut seruan Perdana Menteri yang baru untuk mendahulukan rakyat dan dalam isu ini, jelas rakyat telah diterkebelakangkan dan kepentingan politik lebih diutamakan”, ujarnya lagi..

09.09.2009
M@RHAEN Twitter Updates

UMNO/BN HINA UNDANG UNDANG - TIDAK HORMAT SERI PADUKA SULTAN PERAK


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) hairan dengan kenyataan Tan Sri Datuk Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri berkaitan rampasan kuasa negeri Perak dan kenyataan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan kedudukan Speaker DUN Perak.

DPPN Pk meminta supaya Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Dr. Zambry supaya jangan memperbodohkan rakyat Perak dengan apa yang telah dilakukan terhadap rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat awal Februari lalu. DPPN Pk tidak mahu UMNO / Barisan Nasinal (BN) memperbodohkan rakyat Perak dengan isu yang ada, malah DPPN Pk yakin rakyat akan memastikan Pakatan Rakyat terus menerajui negeri Perak.

DPPN Pk mencabar UMNO / BN supaya mengikut peraturan, undang-undang dan juga Perlembagaan bagi menentukan siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah dan yang terkini status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah mengisytiharkan diri mereka itu ADUN Bebas. DPPN Pk mempersoalkan UMNO / BN kenapa takut kepada kuasa rakyat jika UMNO / BN benar-benar kuat.

DPPN Pk hari ini mencabar Pergerakan Pemuda UMNO / BN Negeri Perak yang hanya tahu berkokok melalui media tetapi bacul untuk berdebat, siapakah sebenarnya mengikut peraturan, undang-undang atau Perlembagaan dengan rampasan kuasa jahat UMNO / BN. Bagi tujuan tersebut DPPN Pk menyerahkan segala pengurusan samada tempat, masa dan isu untuk di perdebatkan kepada Pemuda UMNO / BN.

ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
sumber : Laman Marhaen

Kerajaan PR lebih Telus dari UMNO/BN


Semua media pengampu milik Umno@BN menyiarkan kekecohan yang berlaku dalam sesi dialog melibatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan isu pembinaan kuil di Seksyen 23 semalam.

Dialog itu membuktikan kesediaan kerajaan Pakatan Rakyat bersemuka dan berbincang tentang masalah rakyat. Pujian wajar diberikan kerana kesediaan mendengar masalah rakyat. Tak kisah apa kesudahan dialog itu tetapi ia membuktikan bahawa kerajaan pakatan Rakyat lebih telus dan berani berhadapan dengan rakyat. Begitu juga seperti yang ditunjukkan Menteri Besar Kedah Ustaz Datuk seri Azizan Razak dalam isu pusat penyembelihan babi di Alor Star dan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam isu Kampung Buah Pala mereka turun dan mendengar masalah dan rintihan suara lubuk hati rakyat walaupun pun mengetahui mereka bakal disumpah seranah.Mereka lebih gentelman berbanding pemimpin Umno@BN yang takut berhadapan dengan rakyat.Sebagai contoh bila Kampung Berembang di Selangor hendak dirobohkan pemaju mana pergi pemimpin Umno@BN yang diketuai Datuk Muhd. Khir Toyo ketika itu? ( sibuk meninjau projek istananya barangkali).


Begitu juga apabila Masjid Kampung Bujal di Kuala Berang dirobohkan mana pergi kelibat pemimpin Umno@BN? Malah merekalah yang menjadi dalang merobohkan masjid berkenaan. Dalam hal yang lain pemimpin Umno@BN takut untuk bersemuka dengan rakyat dalam isu besar negara seperti PPSMI dan ISA.Pemimpin Umno@BN patut rasa malu dengan sikap mereka yang lebih mementingkan kepentingan diri dari memberi perhatian dan mengutamakan masalah rakyat. Tahniah dan syabas kepada kerajaan Pakatan Rakyat!


sumber : kedahlanie

Tuesday, September 8, 2009

ADA YANG BUTA HATI

"Mengapa manusia tidak dapat melihat kebenaran dan fakta sehingga pelbagai perkara berlaku di depan mata tidak dapat dilihat dengan mata dan hati.

Komen tentang kerajaan negeri Selangor.

BIARPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah 18 bulan berlalu, masih tiada usaha kerajaan negeri untuk tingkatkan kedudukan sosioekonomi dan politik.Selangor sebuah negeri yang kaya semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional puluhan tahun

-A. Kohilan Pillay
Pengerusi Gerakan Negeri Selangor

BN memerintah berpuluh tahun tiada masalah besar berlaku di Selangor tapi kerajaan pakatan yang baru setahun jagung memerintah sudah berlaku macam-macam

-Datuk Ibrahim Ali
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)

Ini membuatkan rakyat tidak menghormati kepimpinan Abdul Khalid selaku Menteri Besar kerana mereka berasakan pentadbiran kerajaannya lemah dan tidak begitu berfungsi

-Profesor Dr. Ahmad Atory H
Pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia"
" Rompakan RM 3 Billion" : Perbadanan Islam Johor Diperalatkan

Sekitar jam 10.00 pagi tadi, pencatat bersama sekitar 30 anak muda Pakatan Rakyat Johor telah membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Johor. Diatas penyelewengan yang berlaku. Amat menjijikkan Perbadanan Islam Johor dan Yayasan Pelajaran Johor dibawa bersama bagi meghalalkan rompakkan bersejarah dikelolai oleh kerajaan Barisan Nasional Johor. Bagi dalang-dalang yang rakus ini berangapan dengan menganugerahkan sebahagiannya kepada badan berasaskan Islam dengan harapan tiada siapa berani membawa pekara ini ke pengadilan dan Istana. Pencatat dan rakan Pakatan rakyat akan bawa pekara ini ke pengetahuan Tuanku Sultan Johor jika pihak SPRM gagal menjalankan tugas dengan segera. Pencatat percaya ramai pencacai UMNO-BN terbabit dalam rompakan pintar ini. Dalam masa 30 hari lagi jika pihak SPRM masih memberi jawapan sedang membuka fail dan tiada tindakan. Pencatat bersama rakan-rakan akan berangkat ke Istana Bukit Serene untuk tindakan Tunku Sultan.
September 08, 2009

Anwar : Menuju Kebangkitan Rakyat Johor

Kempen menuju perubahan giat di jalankan di negeri Johor Darul Takzim, negeri keenam yang disasarkan sebagai frontline Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam pusingan kempennya di selatan tanahair tiba di Parit Sulong, Batu Pahat menemui lebih 3,000 Melayu, Cina, India dan penyokong Pakatan Rakyat yang bersesak-sesak di Markas Pas Parit Sulong. “Zaman kita ini adalah zaman edan, yang hendak bercakap benar dipadamkan, digelapkan, kita terangkan hak kebenaran orang Melayu, tak malu ke kita? Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan, bagi tahu kepada kita bahawa begitu melebarnya pendapatan orang Melayu, Melayu yang paling kaya dan paling miskin. “Istilah sekarang kata kesenjangan antara orang Melayu bumiputera, masalah bumiputera yang dapat AP, dapat kontrak percuma kaya melangit, sedangkan orang Melayu ramai termasuk di Parit Sulong merempat di bawah ini”Memetik karya ulung pujangga Jawa, Ronggo Wisoto, Anwar berkata rakyat harus melihat kebejatan yang berlaku hari ini dengan rasa insaf dan membulat tekad menuntut perubahan sepertimana yang dituntut agama dan bicara akal waras.“Kenapa dikata gila? Yang hak dikata bakhil, orang yang rasuah diangkat, tapi orang yang baik dihumban ke penjara, bukan saya kata tapi Ronggo Wasito, seorang ahli falsafah."“Orang yang zalim dipuja, yang menegakkan keadilan dihina, orang yang merompak kekayaan negeri dianggap pejuang tapi orang yang membela nasib dianggap pengkhianat terutamanya yang tertindas dan miskin."“Ronggo Wasito boleh faham Melayu 2009, kenal zaman akan datang, beliau seolah-olah boleh meneropong zaman akan datang dan ungkapan-ungkapan yang baiknya dalam Bahasa Jawa,” katanya.Jelasnya sehinggakan ahli falsafah terkemuka itu sudah lama membayangkan zaman akan datang yang penuh dengan kegilaan sehinggakan rakyat yang miskin akan lagi bertambah miskin dan terpinggir. Perompakan harta rakyat dan penindasan hak adalah sesuatu yang bukan rahsia, bahkan dilakukan secara terang-terangan oleh pemerintah dan kroni-kroni mereka.“Lebarnya diantara yang paling kaya dan paling miskin, sebab itu saya kata kaji semula Dasar Ekonomi Baru, wah khianat Melayu sebab saya suruh kaji semula DEB, kaji semula kerana kita ambil, kaji semula supaya dapat dilaksanakan dengan adil."“AP, dari Rafidah Aziz sampai sekarang, AP ini apa? Permit import motorkar? Berapa untung dia? Dalam masa 10 tahun permit ini bernilai puloh bilion ringgit, siapa dapat? Orang-orang yang terpilih, orang pimpinan UMNO atasan."“Saya khianat? Tidak! Saya cemburu kerana saya tidak dapat? Tidak! Saya menteri kewangan lapan tahun, mencekik darah banyak mana pun aku boleh. Siapa yang tidak hendak bagi?“Pergi ladang Sabah, Sarawak, ermm Datuk tanah ini, Selangor pun begitu juga, apa yang tidak bagi kalau hendak. Tapi saya syukur Alhamdullilah, saya mampu cakap di bulan Ramadhan ini kerana sampai hari ini mereka tidak boleh tapi boleh cerca saya, boleh telanjangkan saya, boleh pukul saya setengah mati."“Dia boleh cuba aibkan saya tapi dia tidak boleh buktikan sampai hari ini, apa tuduhan khianat dia, satu saham pun saya tidak ambil, satu inci tanah kerajaan saya tidak ambil, satu AP saya tidak ambil,” katanya

.Anwar mengegaskan sekiranya beliau adalah pengkhianat negara, sudah lama beliau boleh berbuat demikian ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan semasa memegang port folio Menteri Kewangan selama lapan tahun dahulu. Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tomahan dan fitnah daripada mereka yang pro kerajaan tetapi Anwar menegaskan tidak akan berputus asa membela nasib bangsa. Ekoran itu, Anwar meminta kerajaan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru bagi memperlihatkan semula perancangan itu sama ada masih relevan lagi atau tidak mengikut arus masa ke semasa. “Saya hendak nak buat, nak ajak sayang, selagi Allah bagi kekuatan, kewarasan, kekuatan iman dan akhlak, saya akan guna seluruh kekuatan saya dan jaga kepentingan ini untuk umat dan negara ini, dan hendak angkat kedudukan orang Melayu, Iban, dan Cina, serta Kadazan gagah di negara kita. Itu niat saya,” katanya.

Monday, September 7, 2009

M@RHAEN - Azmin Ali

http://www.marhaen.info/v2/mar_a_azmin_ali01.html: "Saya terpanggil untuk membantu memanjangkan kupasan sahabat saya, Dr. Muhammad Nur Manuty berhubung isu kepala lembu yang diusung oleh segelintir manusia upahan yang gagal mengawal nafsu amarah mereka. Kupasan ini cukup menarik dan mudah difahami bagi mereka yang berpegang teguh kepada tuntutan Al Quran. Saya bersetuju dengan Dr. Muhammad Nur Manuty, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?
Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan oleh Allah SWT di dalam Al Quran yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.” ( Al-An’am: 108 )

Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Usaha UMNO untuk merampas kerajaan Negeri Selangor dengan apa cara sekalipun menuntut semua pihak supaya berhati-hati dan berwaspada.
Dengan kejadian ini, KEADILAN menuntut agar tindakan segera hendaklah diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan provokasi ini. Undang-undang (penal code) yang sedia ada mempunyai ruang untuk maksud ini. Siasatan tegas perlu dibuat without fear or favor ; siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembu), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya ?
KEADILAN memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat mening"