Tulisan Tun Dr. Mahathir mantan perdana Menteri Malaysia dalam tulisannya di blog /chedet/ bertarikh 11 Sept 2009 menganalisis kekalahan Parti Liberal Demokrat ( LDP) Jepun yang memegang kuasa semenjak 54 tahun lalu. Dalam satu hari sahaja lebih 100 komen dan respon pembaca telah diberikan yang mahukan perubahan uantuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional.Mahathir berpendapat UMNO dan Barisan Nasional akan mengalami nasib yang sama dengan Parti Liberal Demokrat ( LDP) yang ditolak rakyat negara itu. Situasi politik yang berlaku turut menjejaki parti-parti lain yang memperjuang dan mencapai kemerdekaan dari penjajah asing di serata dunia samada di Asia dan Afrika juga kini semakin lenyap.Rakyat tidak lagi ambil kisah kepada perjuangan dan pengorbanan yang telah dibuat parti dan peminpin mereka. Generasi baru tidak tahu nilai kesusahan pejuang kemerdekaan hingga tidak tahu berterima kasih. Ianya tidak penting bagi kehidupan mereka.Puncanya adalah sikap pejuang bangsa ini tamak dan kepentingan diri. Mereka tidak lagi memperkasa bangsa. Mereka mengabaikan perhubungan dengan penyokong dan akar-umbi telah semakin pudar.Ia tidak dipertikaikan lagi dimana rasuah telah menular kepada Umno dan parti-parti komponennya. Kuasa menjadi rebutan sesama mereka. Pemimpin berkeinginan besar mengekalkan jawatan biarpun usia mereka semakin hilang manafaatnya.Dengan pemimpin begini pembangunan negara dan rakyat telah terabai. Dekad yang lalu pemimpin ini bercakap berbilion ringgit telah dijanjikan kepada beberapa koridor dan sebagainya hanyalah kosong dan tak dapat dipastikan. Tidak dapat ditunjukkan RM 250 bilion lebihan wang Petronas dikatakan telah dibayar kepada kerajaan.Ia bukan lagi pelik apabila mendapati Malaysia telah ketinggalan berbanding dengan jirannya. Sekarang Malaysia bukan lagi negara peneraju dan contoh di rantau ini.Pengundi terutamanya Melayu selama ini begitu setia kepada BN terbukti telah beralih kepada pembangkang pada pilihanraya 2008 yang lalu sehingga negeri Umno terkuat telah jatuh kepada pembangkang.Tidak mustahil pilihanraya umum akan datang BN bakal tumbang seperti yang berlaku di Jepun. Pengundi muda tidak mempedulikan apa itu sejarah perjuangan lalu dan ia tidak memberi makna kepada mereka.Hanya yang boleh menyelamatkan BN adalah tiada perubahan kemajuan parti pembangkang kerana mereka bukan pilihan alternatif. Oleh itu jika Kerajaan BN gagal memanafaatkan kemajuan ini dan pulihkan keyakinan mereka. Jika tidak, pengundi ini akan kecewa dan akan buat seperti pengundi Jepun yang menumbang parti yang mereka sokong lebih separuh abad itu.Dalam masa lebihkurang 3 tahun pilihanraya akan datang, masa itu terlalu singkat. Beliau berharap tindakan drastik diambil untuk membaiki keadaan dan rakyat dapat merasakan terbela. Jika tidak BN akan termasuk dalam kumpulan parti lapuk dan terhina kepada sejarah baru.Komen dan respon pembaca nampaknya mereka mahu mengumpul kekuatan mereka dan mencari kelemahan pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.