Hakikatnya, Umno yang selama ini mengkhianati orang Melayu dan Islam di negara ini, kata pemimpin Melayu DAP itu.
Menjawab ucaptama Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis, Zairil bahkan berkata bukan DAP yang bertanggungjawab keatas beberapa kontroversi melibatkan amanah orang Melayu-Islam.
“Siapakah yang bertanggungjawab bagi skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), di mana dana hasil sumbangan orang ramai didakwa digunakan bagi membiayai seorang pemimpin Wanita Umno dan keluarganya?
“Bagaimana pula dengan dakwaan penggunaan duit Yayasan Tabung Haji untuk menyelamatkan 1MDB?
“Tidak dilupakan juga skandal Mara yang membabitkan pembelian hartanah bernilai ratusan juta ringgit di negara-negara asing pada harga yang dikatakan terlalu tinggi,” ujar Zairil.
Najib dalam ucaptamanya pada Khamis berkata rakyat hanya punyai dua pilihan iaitu: menyokong pakatan yang dipimpin UMNO atau pakatan yang dikuasai DAP.
Najib menambah negara akan diperintah oleh golongan yang anti perjuangan Islam dan menolak perjuangan Melayu sekiranya pengundi menolak UMNO.
“Adalah mustahil untuk orang Melayu hilang kuasa di negara ini. Bukan sahaja hampir kesemua institusi awam seperti perkhidmatan awam, polis, tentera dan badan kehakiman dikuasai oleh orang Melayu, malah dari segi ekonomi pun, kebanyakan sektor juga dikawal jika tidak dimonopoli oleh ahli peniaga Melayu dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang diterajui orang Melayu,” jawab Zairil.
Malah, tambah beliau lagi, DAP mengiktiraf kedudukan orang Melayu dan agama Islam yang bukan sahaja perlu dihormati tetapi juga diperkasakan.
Perakuan itu, menurut Zairil, dizahirkan melalui pelbagai dasar dan program kebajikan yang memanfaatkan orang Melayu dan penganut agama Islam di Pulau Pinang.
“Dari segi politik dan perundangan pula, kedudukan orang Melayu tidak mungkin dicabar, kerana apa-apa pindaan yang berdampak ke atas hak Melayu memerlukan bukan sahaja majoriti dua pertiga di Parlimen tetapi juga persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.
“Jika beliau (Najib) begitu berani, sila jawab dengan lurus dan jelas: mana RM2.6 bilion?” soal Zairil.
FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.