Followers

Friday, December 11, 2015

Serangan terhadap Najib, ujian Allah- UMNO Kedah Adam Abu Bakar


Datuk Othman Aziz

Perwakilan Kedah, Datuk Othman Aziz berkata ujian tersebut diberikan kerana Allah percaya Najib mampu menangkis setiap serangan dari pelbagai sudut.

KUALA LUMPUR: Serangan dan kritikan yang dilontarkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak digambarkan sebagai ujian daripada Allah Yang Maha Esa.

Perwakilan Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, ujian tersebut diberikan kerana Allah percaya Najib mampu menangkis serangan itu.

“Bukan semua boleh jadi Perdana Menteri. Seorang sahaja. Sebab Allah pilih dia (Najib) sebab dia insan terpilih.

“Sebab itulah, sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di asak kiri, kanan, depan, belakang dan atas, bawah. Sebab dia Perdana Menteri!

“Cuba kalau kita, kita lari awal dah,” ujarnya sewaktu perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO kali ke-69 pada Jumaat.

Jelasnya lagi, Najib mampu menggalas tugas beliau kerana mempunyai kehebatan dan profesional dari aspek pengurusan.

“Datuk Seri Najib ni, dia di atas ekoran kehebatan profesional management, dia ada delegasi dan tools of management,” ujarnya lagi.

Katanya, rakyat tidak seharusnya memikirkan atau mengambil alih tugas Perdana Menteri.

“Jadi, saya hendak habaq (katakan), kita jangan dok pi rosot (kusutkan) kepada kita fikir macam PM. Tidak boleh, kita buat kerja yang duduk di bawah itu,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semua ahli parti mencari ilmu, malah mengingatkan supaya ketua bahagian masing-masing membuat kerja seperti ‘yang berhormat’ dan juga menteri.

“Yang kita, bukan kerja kita, kita jangan dok buat. Sebagai ketua bahagian pi cara YB, cara menteri besar. Atur elok dah.

“Jadi kita ni ada sense of belonging. Ada hak bersama. Kita parti besar, Datuk Seri tidak boleh buat kerja seorang.

“Saya hendak minta balik kepada asas. Kita kena buat kerja dengan ikhlas.

“Kita mai (datang) ini pun sebab kita anggap sebagai ibadat,” katanya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.