Followers

Tuesday, December 22, 2015

Suspek Bakar 6 Buah Kereta Akhirnya Berjaya Ditangkap

.


SUSPEK (tengah) yang membakar kereta dalam kejadian berhampiran Stesen LRT Taman Jaya semalam dibawa ke mahkamah oleh polis bagi mendapatkan tahanan reman di Mahkamah.

Petaling Jaya, Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali  

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 27 tahun direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian enam kereta musnah dalam kebakaran berhampiran Stesen LRT Taman Jaya di sini, semalam.

.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pihaknya mendapatkan perintah reman itu pagi tadi bagi membolehkan polis menyiasat kejadian kebakaran kereta dipercayai berpunca akibat perbuatan khianat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.  

"Polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi melengkapkan kertas siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian terbabit boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.  

BH hari ini melaporkan seorang lelaki bertindak membaling molotov cocktail ke arah kereta dinaiki bekas isteri bersama teman lelakinya sehingga mengakibatkan enam kenderaan musnah terbakar dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu.  

Bagaimanapun, wanita terbabit dan temannya berjaya menyelamatkan diri daripada kereta yang sedang terbakar itu.  

Suspek berjaya ditahan polis pada jam 11 malam semalam di sekitar lokasi kejadian dan polis turut merampas motosikal  jenis Yamaha Ego yang dinaiki lelaki itu.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.