Followers

Thursday, December 31, 2015

PKR desak lesen ekspot bauksit dibekukan FMT Reporters


Lee-Chean-Chung,bauksit

Parti itu berkata pembekuan lesen ekspot bauksit akan menghentikan perlombongan dengan serta-merta, dan sekaligus mengakhiri pencemaran

PETALING JAYA: PKR mendesak kerajaan pusat supaya membekukan lesen ekspot bauksit di Pahang, memandangkan ada kemungkinan kemerahan pesisiran pantai Beserah berpunca daripada pencemaran.

Ketua Biro Alam Sekitar PKR, Lee Chean Chung berpandangan pembekuan lesen-lesen ekspot bauksit akan menghentikan perlombongan dengan serta-merta dan tindakan pembersihan boleh dilaksanakan di kawasan-kawasan yang terjejas sekitar Kuantan.

FMT dan media lain melaporkan pada Selasa bahawa air di Sungai Balok, Pantai Beserah dan Pantai Batu Hitam bertukar merah, dipercayai angkara bauksit yang mengalir ke laut akibat hutan lebat semalaman.

“Adalah mustahil masalah pencemaran ini dapat diselesaikan dalam keadaan perlombongan masih diteruskan,” kata Adun Semambu itu dalam satu kenyataan.

Perubahan warna Sungai Balok dan Pantai Beserah, yang diangkat sebagai salah-satu destinasi luncur angin terkemuka dunia, Lee berasa amat kesal dengan sikap kerajaan mengendalikan isu bauksit ini.

Katanya, keyakinan rakyat Pahang pada kerajaan pimpinan Barisan Nasional telah terhakis dan merasakan aduan mereka tidak dipedulikan.

“Sedangkan isu ini telah dibangkitkan sejak setahun yang lalu, tiada sebarang tindakan tegas kelihatan telah diambil oleh kerajaan Barisan Nasional Pahang untuk menyelesaikan isu pencemaran bauksit.”

Beliau menambah isu ini harus dipandai serius dan perlu diselesaikan dengan segera: “Pencemaran air dan laut ini menimbulkan keraguan dan kerisauan warga Kuantan sama ada air paip yang menjadi sumber air minuman harian telah tercemar, malah warga Malaysia akan hilang keyakinan terhadap ikan, udang dan sumber lautan lain yang ditangkap di sekitar Kuantan.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.