Followers

Thursday, December 17, 2015

Manila Lumpuh Dibadai Taufan Posted by Kita Bantai


MANILA – Sembilan orang terbunuh dan beratus-ratus lagi terpaksa bermalam di atas bumbung rumah di tengah Filipina selepas banjir yang dibawa Taufan Melor menenggelamkan sejumlah perkampungan, kata beberapa pegawai pengurusan bencana semalam.
Ribut itu menyebabkan bandar raya Manila lumpuh lewat kelmarin apabila air bah mencecah paras dada di beberapa bahagian di ibu kota Filipina itu, manakala perkhidmatan kereta api tergendala dan beberapa jalan utama sesak teruk.

Taufan itu yang dikenali sebagai Nona dalam kalangan masyarakat tempatan berada kira-kira 150 kilometer ke barat daya Pulau Mindoro, selatan Manila semalam dengan tiupan angin selaju 130 kilometer sejam.
Gabenor Mindoro, Alfonso Umali berkata, empat orang terbunuh manakala lima lagi hilang dalam bencana yang disifatkan sebagai antara taufan paling kuat pernah melanda wilayahnya sejak beberapa tahun lalu.
Sebanyak lima orang lagi mati di Samar Utara ketika Taufan Melor tiba membelasah selatan Manila.
“Kira-kira 90 peratus wilayah Samar Utara terjejas akibat ribut ini.
“Ramai orang terpaksa menyambut Hari Krismas di pusat-pusat pemindahan tanpa bekalan elektrik dan air bersih,” kata seorang pegawai pengurusan bencana, Jonathan Baldo.
Beribu-ribu rumah kini hanya tinggal tiang dalam bencana itu, katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, lima nelayan hilang di Teluk Albay di pulau utama, Luzon, kata pihak berkuasa.
Sekitar 120 penerbangan domestik terjejas sementara hampir 200 perkhidmatan feri terpaksa dihentikan.
Taufan Melor turut memaksa seramai 800,000 orang berpindah ke pusat-pusat perlindungan sementara. Laman cuaca Accuweather melaporkan, satu lagi ribut dijangka membadai selatan Filipina lewat minggu ini. – Reuters
Sumber : Kosm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.