Jangan kita termasuk perangkap mencipta suatu birokrasi agama, kata Ku Li.
“Nampaknya kita tidak pedulikan peruntukan (untuk agama-agama lain di Malaysia) dan mengambil jalan mudah dengan meletakkan Islam pada kedudukan bukan dalam konteks yang dihasratkan Perlembagaan,” katanya dalam ucapan di forum Islam dalam Demokrasi Berperlembagaan, anjuran G25 hari ini (Sabtu).
Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata keadaan ini, antara lain, mendorong kewujudan fatwa-fatwa tidak rasmi yang tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan oleh ulama-ulama lantikan sendiri.
Beliau mengeluh ulama-ulama bertauliah sering mendiamkan diri walau pun sebahagian besar orang-orang kebanyakan tidak selesa dengan fatwa-fatwa jenis itu.
“Kebiasaannya mereka memberi pandangan yang berlawanan berkenaan satu-satu perkara, seraya menyebabkan kekeliruan.
“Malahan juga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) marah apabila pandangan-pandangan yang meresahkan jabatan itu disuarakan di ruang awam. Amalan akademik, wacana dan perbincangan yang tak lapuk dek hujan nampaknya tidak digemari jabatan itu.
“Malang bagi kita kerana pendekatan ilmiah pasti menguja minat, terutamanya di kalangan muda-mudi, yang mahu menyingkap dan memahami Islam dengan lebih mendalam. Lebih mendukacitakan apabila masyarakat merasakan seolah-olah ada polis moral lantikan sendiri berkeliaran di sana-sini dan mencampuri kehidupan peribadi orang kebanyakan.”
Ku Li menegaskan kerajaan perlu melihat kembali bagaimana negeri-negeri Melayu mentadbir hal-ehwal Islam sebelum dan beberapa ketika selepas 1957, terutamanya majlis agama Islam yang dibentuk sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.
Beliau menjelaskan cara yang digunakan ketika itu telah mendirikan urustadbir Islam yang sistematik dan menghapuskan ketidakcepakan seperti kependuaan pengumuman agama dan percanggahan keputusan.
“Pengasas negara ini menekankan pentingnya Islam kepada kaum majoriti, lalu membawa kepada pengiktirafannya oleh Perlembagaan sebagai agama Persekutuan. Maka perlulah ia diurustadbir secara profesional oleh pakar-pakar agama yang terlatih dalam pengurusan dan pentadbiran.
“Namun begitu, jangan kita termasuk perangkap mencipta suatu birokrasi agama seperti yang dibuat oleh agama ahli kitab yang lain,” katanya.
“Perkembangan seperti itu tidak membantu Islam, sekadar memusatkan kuasa di tangan pihak-pihak berkepentingan menggunakan undang-undang Islam.
“Dalam apa jua keadaan, seorang muslim menyembah Yang Maha Berkuasa secara langsung tanpa bantuan orang-tengah, berbeza dengan apa yang cuba diciptakan oleh birokrasi agama.”
FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.