Followers

Tuesday, December 1, 2015

Isu NFCorp selesai, laporan patut dibentang di Parlimen Faiz Zainudin


tonyKes itu sudah selesai di mahkamah dan sepatutnya tiada masalah untuk dibentangkan kepada semua ahli parlimen untuk diteliti. 

KUALA LUMPUR: Walaupun isu National Feedlot Corporation (NFCorp) telah selesai di mahkamah namun laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) masih belum dibentangkan kepada ahli parlimen.

Laporan itu sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada 2014 tetapi dihalang oleh Pejabat Peguam Negara kerana kes itu masih berjalan di mahkamah.

Memandangkan kes itu telah selesai pada 24 November lalu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Aman Mulia digesa supaya membenarkan pembentangan laporan kepada ahli parlimen.

Desakan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.


“Siasatan sudah selesai pada penggal lalu 2013. PAC telah siapkan dan memutamadkan laporan NFCorp dan perkara itu sudah sampai kepada Pejabat Speaker pada awal 2014 tetapi PAC diberitahu bahawa laporan itu tidak akan dibentangkan dalam Parlimen akibat kes NFCorp masih berjalan di mahkamah (pada waktu itu).

“Pada ketika itu, Speaker memberitahu Peguam Negara menasihatkan supaya pembentangan laporan ditangguhkan sehingga kes selesai. Kita sudah tahu kes sudah selesai.

“Kita harap Speaker selesai sesi ini, esok atau lusa membenarkan pembentangan laporan NFCorp kepada semua ahli dewan supaya dapat diteliti dalam dewan termasuk pihak berkuasa supaya tindakan susulan dapat dijalankan,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAC di Lobi Parlimen pada Selasa.

Pada 24 November lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta.


FMT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.