Followers

Tuesday, December 1, 2015

Isu gambar: Nurul Izzah jumpa speaker hari ini Faiz Zainudin


izzahIzzah menegaskan bahawa beliau lebih cenderung untuk memberi penjelasan di dalam dewan

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar akan berjumpa dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini bagi memberi penjelasan berhubung pertemuannya dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram.

Katanya, pertemuannya itu adalah secara peribadi dan tidak mahu menyatakan secara terperinci akan perkara tersebut.

“Hari ini Insyallah saya akan berjumpa dengan Speaker dan saya mahukan hak saya untuk bagi penerangan dalam dewan.

“Saya tak akan bagitahu lagi buat masa ini, tunggu sampai saya dapat pengesahan,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menegaskan bahawa beliau lebih cenderung untuk memberi penjelasan di dalam dewan.

“Saya akan minta untuk diberikan penerangan kepada seluruh dewan, bagi saya selesaikan dulu dan kita akan tahu nanti,” katanya.

Terdahulu, Izzah menyatakan kesediaan beliau untuk memberi penjelasan berhubung pertemuan dengan Jacel Kiram baru-baru ini kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menyarankan agar Nurul Izzah menggunakan platform jawatankuasa itu untuk membela diri berhubung pertemuan beliau dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah pada 2013.

Jawatankuasa berkenaan terdiri daripada pimpinan kerajaan dan pembangkang dimana Speaker sendiri bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut.


FMT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.