Followers

Friday, December 4, 2015

Dokumen NOW Benar, Presiden & Timbalan YAPEIM Letak Jawatan


Akhirnya… Presiden, Timbalan letak jawatan dalam anak syarikat YaPEIM

Kira syabaslah untuk untuk National Oversight & Whistleblower (NOW) kerana pendedahan tentang YaPEIM sebelum ini.

Taklah mereka anak-beranak Umno ‘pulun’ semua jawatan sehinggakan merasakan hanya diri sendiri yang berkelayakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata Presiden dan Timbalan Presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM, termasuk perletakan jawatan Felo Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd berkuatkuasa pada 1 Disember 2015.

“Keputusan ini dibuat oleh presiden dan timbalan presiden YaPEIM bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan-urusan di YaPEIM.

“Penambahbaikan tadbir urus YaPEIM akan dibuat secara berterusan bagi memastikan YaPEIM menjadi sebuah institusi ummah yang dipercayai dan diyakini,” katanya dipetik The Rakyat Post.

Untuk makluman apa yang didedahkan NOW sebelum ini, senarai jawatan yang disandang oleh Presiden YaPEIM, Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil berserta gaji dan elaun bulanan:-



Presiden Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Kerja YaPEIM
RM5,000.00
Pengerusi Panel Pemikir Pembangunan Ekonomi Islam
RM5,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Khas LPA Program Mikro Kredit
RM5,000.00
Majlis Penasihat Teknologi Emas & Galian Bernilai
RM5,000.00
Penasihat Dasar dan Operasi Skim Ibadah Korban YaPEIM
RM5,000.00
Pengerusi, Institut Penyelidikan Dan Perundingan YaPEIM
RM4,500.00
Pengerusi, Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM
RM4,500.00
Pengerusi, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin
RM4,500.00
Pengerusi, PJ Perdana Management & Services
RM4,500.00
Pengerusi, YaPEIM Hospitality International Sdn Bhd
*tiada maklumat
Jumlah pendapatan bulanan melalui YaPEIM = RM73,000.00 sebulan.

Berikut pula adalah senarai jawatan yang disandang oleh Timbalan Presiden, Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin berserta gaji dan elaun bulanan:-

Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Audit YaPEIM
RM5,000.00
Ahli Jawatankuasa Pengawasan Syariah YaPEIM
RM1,000.00
Pengerusi Perbadanan Infaq YaPEIM Sdn Bhd
RM4,500.00
Ahli Lembaga Pemegang Amanah PEMANGKIN
RM2,500.00
Ahli Lembaga Pengarah YaPEIM Smart Venture
RM2,500.00

Jumlah pendapatan bulanan melalui YaPEIM = RM45,500.00 sebulan.

-ekeleh.com


YaPEIM tubuh ‘task force’ laksana tadbir urus sempurna

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sedang melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan ke arah mencapai sistem tadbir urus yang sempurna secara berterusan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abibullah Samsudin berkata usaha ini diambil setelah menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membentuk satu pasukan khas atau ‘task force’ bagi menilai dan menambah baik aspek tadbir urus agensi-agensi agama termasuklah YaPEIM.

“Pasukan khas ini akan diketuai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Di dalam perbahasan pergulungannya di persidangan Dewan Rakyat pada 17 November 2015 telah menyatakan kesediaan pihak menteri dan timbalan menteri untuk menambah baik tadbir urus semua agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuklah YaPEIM.

“Beliau turut menyarankan agar agensi agama seperti YaPEIM hendaklah bukan sahaja memastikan segala operasinya mematuhi peraturan tetapi juga mestilah sentiasa berusaha untuk menepati prinsip moral dan integriti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abibullah berkata buat masa ini, presiden dan timbalan presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM, termasuk perletakan jawatan Felo Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd berkuatkuasa pada 1 Disember 2015.

“Keputusan ini dibuat oleh presiden dan timbalan presiden YaPEIM bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan-urusan di YaPEIM.

“Penambahbaikan tadbir urus YaPEIM akan dibuat secara berterusan bagi memastikan YaPEIM menjadi sebuah institusi ummah yang dipercayai dan diyakini,” katanya. -therakyatpost




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.