Followers

Wednesday, November 18, 2015

Polis tidak tahu di mana Jho Low berada Adam Abu Bakar


jho-low_1mdb_600

Bahagian Interpol tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak yang meminta mengesan dimana jutawan itu dan empat lain berada.

KUALA LUMPUR: Bahagian Interpol Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengesan dan menentukan di manakah jutawan berasal dari Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low kini berada.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis tidak dapat mengesan Jho Low kerana hingga kini tidak ada siasatan yang dibuat terhadap jutawan yang berasal dari Pulau Pinang itu.

“Tiada permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak untuk meminta bantuan Interpol mengesan penama-penama berkenaan,” katanya dalam satu jawapan bertulis di Parlimen.

Selain, Jho Low, pihak polis juga tidak dapat mengesan dua bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Malaysia, Datuk Yusof Annuar Yaacob.

Zahid berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang meminta kerajaan menyatakan di manakah Jho Low, Casey Tang, Jamine Loo, Nik Faisal Ariff Kamil dan Tusof Annuar Yaacob.

Nik Faisal gagal dikesan pada Julai selepas SPRM mula menyiasat syarikat itu. Dia dicari pihak berkuasa bagi membantu siasatan yang sedang berjalan melibatkan wang RM42 juta yang disalurkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala, Casey Tang dan Jasmine Loo pula dicari oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.