Followers

Wednesday, November 18, 2015

Jamil Khir diminta supaya menafikan perkara itu sekiranya ia tidak benar.

Adakah Rosmah penaung PEMANGKIN? – NOW

rosmah

PETALING JAYA: National Oversight and Whistleblowers (NOW) menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan sama ada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merupakan penaung Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN).

Ketua Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata, dia curiga sekiranya Rosmah dipilih menjadi penaung PEMANGKIN yang merupakan badan menjaga dana anak yatim dan orang miskin.

“Apakah rasional Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai Penaung kepada badan yayasan yang menguruskan amal jariah anak yatim dan miskin?,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat NOW pada Selasa.

Akmal turut menyatakan persoalan itu dibuat kepada Jamil setelah NOW membuat semakan latar belakang PEMANGKIN dan menemui satu laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27 April 2009 yang bertajuk “Bantu Anak Miskin, Yatim” yang telah melaporkan majlis pelancaran PEMANGKIN.

Katanya, berdasarkan laporan itu, Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri Perdana Menteri Malaysia telah dilantik sebagai penaung kepada PEMANGKIN yang mana majlis tersebut telah dihadiri sendiri oleh Jamil Khir.

“Pada majlis pelancaran PEMANGKIN, sumbangan daripada YaPEIM adalah paling besar iaitu sebanyak RM4 juta dengan jumlah dana yang terkumpul ketika itu adalah sebanyak RM5 juta.

“Sumbangan terus daripada orang ramai juga dikutip melalui melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut dilancarkan yang diberi nama sebagai Skim Sumbangan Amal Jariah untuk Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin,” katanya.

Justeru, dia menegaskan Jamil Khir perlu mmenjawab kesemua pertanyaannya itu.

“Saya tidak membuat tuduhan, tetapi hanya meminta penjelasan sama ada benar atau tidak Rosmah penaung PEMANGKIN,” ujarnya.



FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.